#tajukkecil ; Ibubapa Membezakan Anak
saya ada kakak , abang dan adik. saya dilahirkan sebagai anak yang tengah. saya rasa tak adil kalau saya cerita tanpa beritahu sedikit sejarah saya. dulu , saya nakal. saya degil. ibarat kata , cakap mak ayah saya tak pernah melawan tapi saya memberontak. saya ikut tapi saya tunjuk protes. tapi seingat saya , saya belum pernah lakukan perkara maksiat atau yang memalukan. paling jahat saya buat , mencuri duit. itupun dirumah sahaja. saya tidak pernah terlibat dalam sebarang jenayah ataupun masalah disekolah. saya juga tidak pernah bergelumang dengan masalah teman lelaki atau apa. tapi saya akui saya nakal. waktu itu. ketika masih dilemma dalam mencari identiti diri. tapi , waktu itu , belum tentu boleh merubah fikiran orang waktu sekarang. masa berlalu , saya , obviously dah semakin besar. saya tahu waktu itu , saya mengecewakan kedua ibubapa saya. tapi saya berubah. bila ditakdirkan hidup didunia luar , saya belajar cara hidup dari kawan , lecturer , belajar agama sikit sikit. saya tahu walaupun saya tak mampu ubah tanggapan orang , tapi saya yakin Tuhan akan tolong. dan saya percaya kalau saya masih difitnah , mungkin itu balasan akibat kecewakan hati ibubapa saya waktu dulu. saya beli buku agama , saya mengaji. walaupun tak kerap , saya tetap cuba. dulu , saya tak solat. saya jahil. tapi apa yang saya tergerak hati untuk bercerita sekarang , bila saya sedar bukan saya yang rasa kasih sayang ibubapa yang dibezakan. saya fikir , ini cuma perasaan saya. orang kata sebab saya belum jadi ibu jadi saya tak akan mengerti. dan setiap ibu tetap akan cakap ' sama je mana mana anak pun. tetap sayang juga ' . tapi kadang kala , saya rasa lain. saya rasa memang layanan saya dapat lain dari adik beradik yang lain. lebih lebih dari mak. saya sedar dari dulu lagi tapi saya pendamkan je. tiap kali apa apa benda yang jadi , saya lah yang jadi mangsa tuduhan mak. saya perasan , setiap kali kakak atau abang melakukan kesilapan , mak akan marah. tapi marahnya cuma ke saya. saya yang perlu tadah telinga untuk dengar. untuk terima segala ungkitan. tapi bila depan kakak dan abang , mak macam tak pernah rasa marah atau sakit hati. jujurnya , saya berubah sebab saya cuba untuk memenangi hati mak dan ayah sebab dulu saya pernah kecewakan mereka. dulu , saya selalu dimaki dan disumpah. konon hidup saya tak akan berjaya. saya tahu doa mak akan makbul. jadi saya cuba untuk buat yang terbaik. setiap kali berkumpul , saya la yang buat semua kerja. dari masak kemas basuh baju cuci rumah. semua saya. saya cuba fikir positif dengan kata pada diri sendiri , mungkin mereka percaya kan saya. sebab itu mak serahkan pada saya untuk buat semua sedangkan yang lain boleh berehat. tapi , makin lama , saya rasa tak adil. semua saya kena tanggung. segala fitnah. setiap salah yang terjadi dalam keluarga , saya la orang pertama yang mak akan tunding jari walaupun bukan saya yang buat. saya tertekan. setiap apa yang saya buat , jarang sekali mak cakap thanks or hargai. tapi kalau satu salah saya , walaupun kecil , habis dicanang pada sanak saudara , adik beradik yang saya tak boleh diharap. habis diungkit segala salah yang lain. terus dikata tak guna. saya sebenarnya bukan bodoh dalam pelajaran. keputusan saya membanggakan. tapi mungkin akibat sumpahan atau makian mak waktu dulu menjadikan rezeki saya begini. apply mana mana pun tak dapat. ada je masalah. lebih ketara , bila mak lebihkan abang. marah macam mana pun , abang la yang dipuja. mungkin kerana abang anak lelaki. saya tak tahu saya mampu tahan atau tak. betul atau tau tanggapan saya mak membezakan kasih sayang. tapi itulah yang saya kena lalui. setiap kali dituduh , saya bersumpah yang saya sudah berubah tapi mak tetap cakap saya berlakon , saya cuma putar belit. mak jugak cakap sekali kita buat , selamanya orang tak akan percaya. tapi kenapa kalau abang dan kakak , buat berkali kali pun mak masih percaya ? mak hanya hamburkan kemarahan ke saya ? saya tahu , manusia tak akan pernah dapat berlaku adil. lagi lagi soal kasih sayang. dalam Surah An-Nissa Tuhan telah nyatakan adalah mustahil manusia akan berlaku adil. sampai bila mak akan layan saya macam saya anak yang tak diingini hanya kerana silap saya waktu dulu ?
kalau tanya mak mak , mesti mereka cakap mereka tak pernah bezakan kasih sayang. tapi memang ada kan benda macam ni ? entah. aku pun belum jadi mak. mana aku nak tahu. tapi berdasarkan cerita ni , korang judge la sendiri. :)
p.s ; aku tengok ni dalam Wanita Hari Ini. takde la sebijik apa dia cakap. tapi point dia ada dekat situ.
2 comment/s:
xpe..kebenaran sentiasa di pihak yang benar..yang menjadi tanda tanya ialah masa..bila kebenaran tu akan datang..itu cara allah nak uji kita terutama dalam tunggu kebenaran tu tiba..
ada satu cerita, dialog die camni "kebahagiaan akhirat mengatasi segalanya"
apa pun yang jadi, doa semoga kebenaran tu dtg..and mintalah pertolongan dari Dia..
Dia x pelik kenapa manusia buat salah dan silap...tapi die pelik kenapa manusia x minta petunjuk, pertolongan and pengampunan dari Dia.
kesian dia. sekarang ni manusia selalu cakap dia berlakon walaupun hati betul betul ikhlas dah kembali pada Tuhan.
Post a Comment