Sunday, October 09, 2011

Untuk Fizah



9.10.11

tak tak bukan post pasal birhday. ahaha. sebab Abah tak balik lagi jadi hold dulu. mungkin time birthday Cik baru update pasal birthday aku sendiri. :D


jadi sebab aku seronok hari ni Alhamdulillah ramai mendoakan kesejahteraan aku jadi aku gembira betul. thanks. makanya salah satu ucapan yang lain dari lain ialah cik fizah yang lukis kek lepas tu upload dalam blog. nak letak link pastu cari tak jumpa dah blognya. tukar address kot. :D kalau tak korang boleh tengok sendiri kek yang yummy tuh. kek oren lagi kau. kau ada ke time besday kek coklat ? takde kan ? haaaa.


jadi sebab dah kata terharu , jadi aku pun kira balas budi la ni. aku pun lukis jugak. sebarang kritik baik senyap. pujian takpe. ye aku memang nak pujian je. okay okay fine tak baik macam tu sebab pujian tu semua bukan untuk aku tapi untuk Tuhan sebab bagi aku bakat walaupun ala ala je bakatnya. but still , Alhamdulillah.


ni gambar khuhyun ke kyuhyun entah. yang group SuJu rasanya. haih sorry la aku tak mahir k-pop. kalau salah betulkan. jadi , harap Fizah suka dan gembira dengan lukisan ini. coloring aku memang selalu gagal jadi tu la kekdahnya. ni aku guna water colour dari pensil warna kegemaran iaitu Faber Castell. sebab apa kegemaran ? sebab Abah dah ajar beli ni dari darjah 1. meang tak pakai Luna. tapi bebudak kan time tu. nengok kekawan pakai Luna , nak jugak Luna. masa tu mana la reti bab keunikan ke kelainan ke apa. padahal masa tu kerap kali dipergunakan rerakan sebab pensil warna aku 48 batang dah rerakan baru 12 jadi memang mangsa hilang warna tak cukup. T_T






harap cik Fizah suka lah kiranya. kenapa saya suka kek cik Fizah ialah , lukisan cik Fizah tak nampak senget. symmetrical je. eh betul la kan symmetrical ? baik aku jangan ulas lagi kang memalukan diri sendiri pula gagal Maths. tapi jadi guru ganti Maths boleh pulak. (-_-") . lukisan aku senget sebab aku memang tak reti guna pembaris. aku punya garisan klau guna pembaris pun jadi camni ------/_____ :D memang aku right brainer la. left brainer sikit je la sebab aku memang perinci orangnya. tersusun dan teratur je oktengs puji diri sendiri. 


cik Fizah , pos tau nanti ! terimalah hadiah lukisan dariku untukmu jua ! <3






2 comment/s:

Chocofiz(Nor Yusoff) said...

hahaha dah tukar domain name la cik
chocofiz.blogspot.com
hohohoho...tqtqtq
dah qualified jadi chibi dah lukisan tu :D weeeeeeeeeeee

irma-ain ibrahim said...

chibi chibi ? YEAY ! ahaha.