#tajukkecil ; Sekarang Musim Orang Tunang. Saya....
Assalamualaikum semua orang. se-hat ? <--- so cute kan ejaan zaman dulu. sungguh kachak berga-yha. yang keluar pasal kachak bergaya kenapa entah. tetiba kan. nampak sangat baru lepas feeling tatap gambar Anuar Zain dekat desktop tau. :P dah la tipu ejaan berga-yha.
kenapa dah tak update blog setiap hari ? sebab aku sedang cuba sedaya upaya untuk jauhkan diri aku dari laptop. sebab aku rasa mata aku makin teruk. there's no one to blame but myself. ye diri sendiri. buat cermin mata mahal kemain siap ada protection untuk skrin laptop and tv etc etc lagi tapi tak pakai. pergi jalan pun tak pakai cermin mata. lepas tu hadap screen laptop macam nak cium laptop sendiri. sebab mengamalkan konsep The Secret laptop adalah Anuar Zain eh eh . even aku tak tengok TV untuk seminggu dah. yeay ! sebab aku rasa vision aku makin teruk. tiap kali balik KB , memang pergi kedai cermin mata nak tambah power. jangan kata aku tak makan carrot ek. aku kunyah kunyah je benda alah tu. brokoli berukcoli semua lah aku makan. (-_-") lepas tu bila jalan , aku tak nampak jelas orang depan aku. dah dah lost count berapa orang kata aku sombong. akak tak nampak dikkkk. akak dah tua sekarang T_T
lagipula , seminggu ni aku agak membusykan diri buat kerja. hmm camna nak cerita ye. hmmm aku segan sebenarnya tapi orang kata kalau sendiri tak yakin , acane orang pun nak yakin ngan produk aku. perghh produk kauuuu. sumpah Dato' Siti dengar rasa cuak takut SimplySiti tak laku. :D kalau rajin , korang boleh pergi sini dan like. lepas tu cuci mata sikit then kalau la ada yang berkenan dihati , let me know. korang order , aku buat. kalau bukan untuk korang pun , untuk mak ayah , gewe , kasih , tunang , adik , kakak , abang etc etc. jangan risau. aku buat dengan penuh kasih sayang. nampak tak tu gaya promote? so far , takde lah banyak order. tapi ada la 2-3. tu pun buat aku happy gilaa dah. sebab tak caya ada jugak yang rasa kerja seni aku lawa. hehs. and aku pun takde la expect sebulan dapat RM5000 macam jual One Drop Perfumes kan. slow slow la. orang kata , kita kena sabar. nanti lama lama orang recognize InsyaAllah bertambah rezeki. leklu terbang rendah rendah , kayuh pelan pelan. kang terbang tinggi , kayuh lelaju , accident terus innalillah. haaaaa sendiri yang kecewa duduk penjuru dinding. nauzubillah la. heeee.
selain crafting , aktiviti lain aku untuk jauhkan diri dari laptop ialah jadi photographer bebas. aku rasa aku ada bakat benda benda camni la *bakar degree semua sijil sekarang*. ya Allah ampunkan aku sebab poyo seketika. takde la hebat pun but boleh la. boleh laaaaaaa. yang tengok gambar yang aku letak sebelum ni tahu la tahap mana bakat aku. so last Khamis , aku jadi photographer untuk Majlis Graduasi dan Anugerah Cemerlang sekolah adik aku. sobsobs. adik aku dah nak tamat form5 kotttttttt. ahhhh times really fly fast. agak banyak jugak la gambar yang diambil. baru jalan setapak , "sis sisssss sini gambar " so akak ni layankan je la adik adik semua. :')
![]() |
| gambar poyo. hot gila rasa diri sendiri. cehhhh. |
sepatutnya , time jadi photographer tu , aku sarung rollerblade. gila kau dewan tu besar and aku dipertanggunjawab untuk capture every moment yang berharga. kesana kesini kedepan kebelakang. sampai ketangga depan stage aku belasah. aku je la kontang kanting perempuan sorang. check lens , check setting , check aperture , terduduk , terbangun , segala ter la kiranya. mujur takde gejala ketiba *ketiak basah* sebab berlari kesana sini. sakit kaki. nampak betul penuaan disitu. tapi demi dedikasi sebuah tugas besar dan amanah , redha je laaa. tapi aku tak pakai highheels tu la. tu berlakon je. saja pinjam kasut adik adik. nak try pakai. sudahnya rasa diri sendiri macam KLCC.
![]() |
| fesyen sebenar seorang photographer. flat sudeyhhhh. |
![]() |
| cantik takkkkk ? ;) |
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
sorry saja je buat kelakar lawak hambar. bukan tunang pun lagi. HAHA ! dah Uncle Seeker tu ramal Anuar Zain tak akan kahwin dia tu mental ke apa ? maka disini la aku ibarat Puteri Gunung Ledang menanti dengan penuh sabar. cehhh poyo gila kan ? saja nak buat lawak jugak sebab nak test tahap humor aku. mana tahu tahun depan dapat jadi artis masuk Rajalawak. lepas tu sorang pun tak undi kena beli topup sendiri undi sendiri. :D
tu sebenarnya nak lari dari soalan orang ' ehh kawan kita dah tunang/kawen. kau bilaaaa ? kita bilaa ? ' i was like heh , belum sampai masanya so lek lek lu kan. lagipun Tuhan dah tetapkan siapa kan. so nak rushing g mana. tak larinya. " Dia " tu tetap kita punya InsyaAllah. it just a matter of time. bila masa sesuai , datang la dia. sementara takde datang lagi , fokus ibadat dulu. nak pergi Mekah ! aamiiinnnnnn. :) so bila orang tanya soalan macam tu , aku macam ' kau tanya aku , apa kata kau dulu. aku ni nunggu Anuar Zain 'tunggu Syakir anak Kak Nadiah , dia tak setuju. sedih awal awal aku dah kena reject T_T . but , i secretly rekacipta my own wedding card. haha. siapa like page aku tu , dapat la usha nanti. :D lepas tu buat doorgift sendiri. lepas tu listkan cameraman , majlis. semua nak DIY. lepas dua hari list , sekarang aku tak ingat dah mana aku taruk list tu. :D tapi serius , if aku kahwin , aku nak buat sendiri semua benda. kalau boleh nak jadi tok kadi sendiri. eh?
but apapun , aku doakan kebahagiaan semua orang. to those yang akan nikah kahwin , tahniah. yang belum lagi , insyaAllah akan sampai masanya. ni asal tetiba kesimpulan boleh jadi pasal kahwin ? pang sedas.
seminggu nak elak diri aku dari laptop dan TV , hanya 45% je berjaya. haha. explanation tadi tu semua saja je alasan kenapa tak update blog.
thanks baca dengan penuh kosentrasi sampai sepet mata. harap terhibur hihihihihi gelak gatal. till then ! :)
tu sebenarnya nak lari dari soalan orang ' ehh kawan kita dah tunang/kawen. kau bilaaaa ? kita bilaa ? ' i was like heh , belum sampai masanya so lek lek lu kan. lagipun Tuhan dah tetapkan siapa kan. so nak rushing g mana. tak larinya. " Dia " tu tetap kita punya InsyaAllah. it just a matter of time. bila masa sesuai , datang la dia. sementara takde datang lagi , fokus ibadat dulu. nak pergi Mekah ! aamiiinnnnnn. :) so bila orang tanya soalan macam tu , aku macam ' kau tanya aku , apa kata kau dulu. aku ni nunggu Anuar Zain '
but apapun , aku doakan kebahagiaan semua orang. to those yang akan nikah kahwin , tahniah. yang belum lagi , insyaAllah akan sampai masanya. ni asal tetiba kesimpulan boleh jadi pasal kahwin ? pang sedas.
seminggu nak elak diri aku dari laptop dan TV , hanya 45% je berjaya. haha. explanation tadi tu semua saja je alasan kenapa tak update blog.
thanks baca dengan penuh kosentrasi sampai sepet mata. harap terhibur hihihihihi gelak gatal. till then ! :)



0 comment/s:
Post a Comment