tajukkecil ; Saya Juga Punya Hati
assalamualaikum. saya tahu akan ada yang cakap mungkin saya tak patut update entri macam ni. mungkin ada yang cakap saya pandai main ayat. saya akan ingat ayat " memey pandai main ayat " tu sampai bila bila. saya ni takde kawan dekat sini. saya tak keluar rumah. saya nak keluar joli memang tak la. hidup saya dekat rumah je. hidup saya macam ni je. saya cuma buat kek , buat crafting , melukis untuk isi masa lapang dan gembirakan diri saya sendiri. saya takde kawan nak kongsi apa masalah saya. saya takde tempat nak meluahkan apa saya rasa. takde seorang pun saya luah apa saya rasa. saya pendam. saya simpan sorang sorang. bukan semua benda saya kongsi dekat sini. tapi kenapa hidup macam seorang loser macam saya ni pun masih ada yang hati busuk tak suka tengok saya gembira ? atau sekurangnya tak buat saya makan hati ?
saya rasa selama ni pun orang boleh teka siapa orang yang selalu maki saya macam macam. saya tak tahu la memang saya yang macam tu atau sebab sikap marah saya kena maki macam tu. saya tak tahu la saya memang bodoh atau saya memang tak pernah nak buat baik pada orang. okay fine awak boleh cakap saya kena cari salah saya dulu. saya dah letih cari. saya dah tak mampu lagi nak cari salah apa lagi saya ada. tapi biar la saya cakap apa dipihak saya. anggap je ni cerita dari pihak saya. tapi yang pasti awak tak akan dapat bayang betapa kecewanya saya bila makin lama saya bertahan , makin teruk saya kena. kena maki , kena hina dan kena tuduh dengan orang yang awak paling percaya , apa perasaan awak ? bukan makian yang biasa biasa. saya pun tak tahu dari mana saya ada kekuatan untuk tahan selama ni. orang yang mak saya juga sayang , yang ayah saya suka , yang kakak kakak saya kata mungkin dia yang terbaik untuk saya , yang nenek saya kata hatinya baik tak kira la macam mana fizikal dia pun. tapi tak seorang pun dalam keluarga saya tahu yang saya pernah dilabel pelacur oleh dia hanya sebab saya berkawan dengan lelaki. saya pernah dikata tak cukup batang. saya lah yang suka buat fitnah , saya la yang buat hal saya la yang tinggalkan dia alone lepas buat masalah. saya la yang itu saya la yang ini.
kata la nak kata saya budak bahas ke budak forum ke pidato ke apa ke sebab itu saya pandai bercakap. tapi sesiapa pun dia , orang tu ada hati. ada perasaan. ada airmata , ada kecewa , ada perasaan terguris. kenapa saya masih simpan dia dalam hidup saya dan keluarga saya ? sebab saya kenang budi orang. kenapa saya masih maafkan dia setiap kali saya kena maki ? sebab saya percaya pada kemanisan sesuatu kemaafan tu. kata la nak kata saya bodoh sebab senang memaafkan. saya terlalu baik sebab bagi peluang tapi saya percaya pada manisnya sabar dan menjadi kuat.
kenapa sekarang saya buat entri ni ? sebab saya sendiri tak tahu mana lagi silap saya. mana lagi yang tak kena. apa lagi yang saya kena tebus. salah saya sebab nak bergurau tapi mungkin tak kena cara. mungkin besar betul bagi link blog hantu pada orang samapi minta maaf beriya pun tak dilayan. saya tak tahu apa yang membandingkan apa saya pernah hadap dengan gurauan tu adalah gurauan itu lebih menghancurkan hidup dia. saya dah minta maaf , saya sedar salah saya , saya dah mengaku tu memang salah saya tapi orang taknak baik baik. okay if tak nak baik tapi perlu ke cakap saya yang tak nak baik dan tinggalkan sepah lepas hancurkan hidup orang ? sedangkan saya yang minta maaf dan nak baik tapi tak kena layan. kenapa ? its okay kalau bagi awak besar betul salah saya ni tapi perlu ke sampai caci maki saya ? kalau awak tak pernah buat lain cerita la. ni awak pernah buat. tak, saya bukan balas dendam. it just happened. demi Allah ia secara kebetulan. oh well , like youre gonna believe apa saya cakap kan ? im a liar kan ? pandai main ayat kan ? its okay. :)
bukan niat saya nak memburukkan. tak. sikit pun tak. tapi saya dah penat. saya dah takde daya. saya dah naik malas. saya dah usaha tapi cakap saya yang blah. saya dah elok nak baik kata saya yang takde usaha. tu okay lagi. tapi bila dah sampai hina maki and tuduh saya macam macam , saya rasa kali ni saya dah tak boleh tahan. selama ni saya boleh tahan sebab saya rasa benda ni worth untuk saya hold. tapi bila dah kata saya teruk sangat , untuk apa lagi saya dalam hidup dia. keluarga saya nak terus suka dia saya tak halang. tu hak keluarga saya. saya jugak tak akan cerita apa apa pada mereka. biar la mereka anggap dia masih lagi orang yang baik baik. saya tak pernah cakap keluarga saya lagi mulia dari keluarga dia. mak ayah saya tak pernah berhenti puji mak ayah dia sebab boleh besarkan anak yang baik macam dia. yang pandai. yang bagus. tak macam saya. menyusahkan. mak ayah saya selalu menangkan dia dan cakap saya patut mengalah. sekarang , sebab mengalah la saya yang makan hati kan ? saya doa supaya saya kuat. supaya saya sabar. semua ni saya kena tanggung sorang sorang. tak pernah sekali saya mengadu pada kawan kawan saya. saya diam je. awak faham ke apa perasaan seorang perempuan bila kena pendam semua ni sorang sorang ? awak fikir seorang perempuan tu setakat mana kuat dan tabahnya dia ?
saya bukan nak minta simpati sesiapa. tapi saya cuma nak tahu , apa yang ada dalam hati awak tu sampai boleh tuduh orang macam macam sedangkan awak sendiri tahu orang tu berusaha untuk something better. saya ingat awak tanya saya bila saya beriya minta maaf " maaf boleh buat apa ? boleh reverse apa yang dah jadi ? ". hanya sebab tak boleh reverse ke awak tak maafkan saya sampai hina caci maki saya ? ye saya memang tak akan boleh ubah masa. tak boleh. maaf sangat kalau gurau link blog hantu tu hancurkan hidup awak sampai sekarang. saya harap awak mampu reverse segala parut ada dibadan saya , segala sakit kepala saya , segala hantuk kepala , segala sakit , segala airmata yang dah hilang , segala guris yang ada dihati saya. saya harap awak boleh reverse. supaya segala benda tu tak hancurkan hidup saya macam saya hancurkan hidup awak. kalau awak tak mampu reverse apa awak dah buat, what makes us different ? nothing.
awak nak kata saya tunjuk baik ke , berlakon ke , tagih simpati ke , nak judge saya ke , kata la. saya dah biasa. saya dah biasa kena maki kena tuduh macam macam. bila waktu macam ni saya ingat time time kita baik dan elok , time kita ketawa and gembira , saya rasa berat sangat hati sebab kali ni saya dah tak mampu bertahan. dah terlalu berat tuduhan awak. mungkin awak tak ingat semua tu. sebab tu awak terlalu keras kepala nak hold benda ni. kalau awak la sorang je yang nak baik baik , kenapa awak takde cari saya pun ? yang tak nak baik pulak ye mencari cari ? awak boleh cakap apa je tapi dalam hati awak sendiri awak tahu siapa yang tak berusaha. tapi if awak tak sedar , saya tak tahu apa dalam hati awak.
terima kasih untuk janji kosong yang awak tak akan buat saya sakit lagi. dan curang tu adalah kesalahan paling tak boleh dimaafkan dalam sesuatu hubungan and you know what , im not. saya tak curang. saya tak pernah curang. dan tolong jangan sebab kata kata awak , orang yang paling saya percaya , buat saya berubah jadi perempuan yang awak tak pernah terfikir saya mampu buat.
0 comment/s:
Post a Comment