Friday, April 27, 2012

Sekarang Kita Jadi Mak Mak Pulak


#tajukkecil ; Masak Memasak.


assalamualaikum. haa tengok kesopanan disitu. sebab nak update konon gaya ala mak mak kennnnnn jadi haruslah bersopan gitewww. supaya terserlah ciri ciri kewanitaan dan seorang bakal isteri yang mithali lewww. *lempangs* okay la sebenarnya hari ni cuti jadi berazam over macam biasa nak update 3 post sekaligus. baru terer-oke ! macam biasa cuti pun bangun awal lah ye sebab dah terbiasa dan juga latihan untuk jadi isteri mithali lah ni. cuma yang tak berapa nak mithali nya kalau cuti ni dah bangun pun boleh tidur balik kekdahnya.. eh eh sungguh anak dara zaman moden. kalau Mama baca ini memang mati. zassss gitu kena bebel kan. jadi lepas bangun tidur balik dalam 9 lebih gitu , terus kemas rumah. cuci bilik air segala lah.. sambil mop tu feeling la sebagai seorang surirumah yang berdedikasi. drmaa je macam biasa kan. ingat , kata kunci dekat sini ialah berdedikasi. tapi sebab lapar then tak tau nak makan apa , sambil tunggu kain baju tu kita rendam 2 jam , perut lapar maka masak la bihun sup jenama Pama. -_-. potong sotong 3 ekor , sayur brokoli lebih sikit , lobak merah then kubis daun kita campur sekali. dah siap potong daun sup , cili padi sebagai hiasan sebab poyo chef , perah asam limau nipis then tabur bawang goreng buka channel Astro kita makan depan TV. Alhamdulillah kenyang. terus mood remaja balik sebab makan makanan segera je campur sayur sayuran. :P


baiklah , umum mengetahui *wah ayat over karangan bahasa tauu. bajet sangat lah ni* aku kan suka baking. tapi rasa macam tercalar imej hari tu buat cheesecake tak sedap sebab takde serbuk cinnamon dekat kedai jadi rasa dia terus buruk. maluuuuuuuuu. tapi harap kek lain dapat cover perasan segan imej tercalar keran cheesecake ituh. dah la sendiri tak makan cheesecake kan. since aku ni asyik la suka baking jadi dekat blog aku selalu cerita pasal kek cupcake dan biskut. akan tetapi aku boleh je masak masakan untuk makan dengan nasi. gila kau kalau tak tahu. nanti aku nak makan nasi dengan apa ? kicap and telur mata ? ahh sedap jugak macam tu pun tapi jangan nak over hari hari makan macam tu jeeeee. if kita ni friend dekat facebook ada la nampak aku upload gambar aku masak kerabu udang la , umai la , asam pedas la , tu la ni la. saja menunjuk. wahh mengaku kannn. ngehehe. aku pun tak faham motif orang upload upload ni kan tapi bagi aku satu je , sebab aku nak beritahu orang lain aku masak tu sebab tu aku upload. kalau aku tak nak beritahu , aku tak upload dah. tihihihi :B


jadinya hari tu aku masak ikan siakap kukus. sedap okayyyyyy. mungkin sebab aku selawat dan bismillah sebelum masak. lepas tu campur rasa kasih sayang tu yang rasa sedap. cuma pedas je la. sendiri tak makan pedas tapi overrr kan poyo nak buat gaya ala chef jadi potong cili padi 5 biji je pun tapi ya hampunnn pedas gils. tapi sebab ikan , aku meratah je la. tapi masam masin semua lengkap ah. tak caya kalu , tanya Angah and Abang Bob. aku tak la kata aku pandai masak tapi setakat ni boleh la. edible lagi la masakan aku. but kalau korang nak aku puji diri , aku rasa ye aku boleh je masak. haha ! :D ala semua orang boleh masak lah. nak dengan tak nak je. tapi Mama selalu ajar kalau masak kena la ada kasih sayang. tak reti masak macam mana pun masakan tu mesti akan sedap. and ia adalah benar ! tapi kalau tak sedap jugak mungkin takde deria rasa. :/ aku pun tak tahu macam mana dalam adik beradik aku , aku macam rajin masak sikit lah. dah la Mama ajar masak pun gitu gitu je. ajaran Mama ialah ' bawang sikit , garam sikit air sikit ' tapi aku pun tak tahu lah sikit tu sikit mana. kalau tanya mesti akan Mama jawab " agak agak je lah " . baiklah. dan kerana agak agak itulah aku boleh masak banyak masakan dah. ewahh over lagi macam seorang chef.



gambar bukti Nurul Ain masak. kalau curi gambar ni dosa. :P

okayyy , ni la ikan siakap yang aku erita tuh. lama betul baru sampai main point.  jadi sebab ada orang tanya macam mana nak buat , mari aku kongsi resipi. ni pertama kali tau kongsi resipi masakan dekat blog. senang dan cepat. serta sedap ! tak percaya ? hanya dengan try masak je korang boleh yakin bahawa ianya sedap ke tak. ini resipi Mama yang aku pernah baca dalam buku resipi masakan Mama tak tahu dari tahun bila entah. tapi ada banyak resipi dalam tu. aku selalu curi curi baca dan hafal resipi dia. :P selain itu , adik adik kalau ada yang baca blog akak , wah akak tau sekarang. sopan betul. sukaaaaa tau , bolah la try masak untuk keluarga adik makan. tak susah dan tak merbahaya pun. lepas ni bila masak ni , mesti keluarga suruh adik adik masak untuk makan tengahari setiap masa. eratkan kasih sayang gitewwwwwww. feeling iklan tak sudah resipinya belum lagi bertaip. okay sekarang resipi :/


resipi ikan siakap kukus.  * wah skema tauu. kalau tulis stim kang korang ingat ikan tu yang ..... hoi apa nih ? *

  1. ikan siakap. ofcourse la kan. tapi kalau adik adik baru nak belajar masak , duit pun tak banyak nak beli ikan siakap dekat Econsave setiap hari Sabtu awal pagi sebab banyak ikan segar , boleh la try guna ikan kembung dulu. tadehal.
  2. garam sikit , tepung jagung setengah sudu dan lada sulah sikit. *perap ikan dengan bahan bahan ni dan biarkan dia alone sementara*
  3. limau kasturi ( ambil air dia je tak kira la berapa biji. tengok ikan la. if seekor dalam 4-5 biji giteww leww)
  4. minyak masak sikit
  5. garam
  6. cili padi potong kecil kecil macam dalam gambar ye. korang kalau tak makan pedas jangan poyo chef macam aku nanti nak makan pun rasa macam naga asyik ternganga mulut kepedasan. tapi biasa cili padi yang panjang ni tak pedas sangat tau. yang kecil tu yang pedas. tapi cili ni maybe datang dari Indonesia ke apa tu yang pedas sangat. ehhhhhhh overr melalut. :P
  7. serai dalam 2 batang hiris halus halus jugak. 
  8. daun limau purut , halia muda dan bawang putih pun dihiris halus halus. mayang pun boleh. nanti korang jugak yang nak mentekedarah nanti. 
  9. 1 sudu teh tepung jagung lagi sekali dan sedikit kiub pati ikan bilis.

cara cara ;

  1. sebelum masak tu dah tentu tentu la kena cuci ikan tu sampai bersih. kena buang segala perut dia. then bila dah sejat ikan tu selepas dibersihkan , perap la ikan macam aku ajar tadi. biar je dia sebati.
  2. dalam bekas lain , campur je semua no 3 sampai no 9 tu. gaul gaul sikit. then letak tepi biar dia sebati jugak untuk menjadi sos.
  3. ambil pengukus , letak air , kukuskan la periuk tu.
  4. lepas air dah panas , kau letak ikan dlaam bekas yang tahan panas , lepas tu atas ikan tuang semua sos yang korang campur tadi. kukus la lebih kurang 10 minit or agak agak la. cucuk la dengan garfu sikit sikit tengok ikan tu dah masak ke belum.
  5. kalau dah masak , ambil nasi dalam periuk , ambil ikan dengan kuah sos sikit , duduk deapn TV buka Astro makan la nasi. ehh macam tercerita keadaan dan perilaku chef pulak. ahh lantakkk.

haa tu je cara cara masak ikan kukus ni. mudah je kan ? tu la korang tadi tak nak percaya cakap aku. ingat aku over je drama cakap senang ? aku ni masak pun tak la leceh. simple je janji sedap. tu yang penting. tapi ada je yang masak tak tahu rasa apa but cakap sedap jugak. tapi aku serius kalau tak sedap aku mengaku je. macam cheesecake ke apa ke kalau tak sedap aku mengaku kannn ? ha giteww la baru jujur. :P wah matiklah puji diri sendiri kata jujur. bencik tau.


senang je kan adik adik ? apa lagi sekarang jugak pasang impian esok hari minggu nak masakkan untuk ibubapa. dari korang tengok TV je lepas tu biar mak masak sorang sorang , baik tolong masakkan satu juadah. nanti terus tahun depan boleh apply anugerah Keluarga Bahagia. semuanya bermula dengan makanan okeyyyy. :D mak pun rasa dihargai. tak payah tunggu Mother's Day lepas tu bila orang kata haram melenting nak marah marah pulak. eh. kalau nak pikat lelaki untuk dijadikan suami pun bolehhhhh. dah kata nak pikat suami kena pikat selera dia dulu kan. mana tahu masak ni pergi picnic esok terus dia ajak nikah macam Schawal tu. untung batu tenggelam dikkk. kelas tauuu nasihat. selalu nak feeling macam pakar masakan. :D


nanti la kalau rajin aku share lagi resipi kerabu udang ke umai ke apa apa ke. kebanyakkan resipi aku dari Mama. aku jarang tanya resipi dari dia. aku selalu tengok dia masak then try buat sendiri. tu cara aku belajar masak untuk jadi isteri solehah dan ibu mithali suatu hari nanti. ewahhhh positif sangattt. padahal sebab kalau tanya resipi Mama selalu akan cakap " tulah time orang masak tak nak tengok sibuk tengok Melodi je bila nak masak baru la kalut tanya resipi ". jadi sebab takut kena fire , tengok je la awal awal dia masak.


fine Mama , fineeeee. terima kasih selalu puji masakan Adek. terima kasih Abah sebab pandai beri semangat. terima kasih Baby sebab bakar semangat aku selepas peristiwa Ayam Kicap *ni rahsia kita dua*. terima kasih juga kepada keluarga sebab beri kepercayaan kepada Adek sekarang untuk jadi tukang masak no 2 selepas Mama. tetiba nak feeling contest Majalah Jelita sempena Hari Keluarga Bahagia. -_-




Tuesday, April 24, 2012

Diari Seorang Pekerja Berdedikasi



#tajukkecil ; Busy Nak Arwah. :/


hye ! wah ceria la kononnya kan. padahal kalau tengok depan ni dah macam apa rambut serabut kucar kacir pakai baju gebeh gebeh muka pun dah macam apa je. tapi sebab nak jadi blogger berdedikasi , pekerja berdedikasi jadi haruslahh kan update walaupun tak tahu nak cerita apa. hihihi. sebab feeling macam best sangat jadi nak update je pasal kerja. yeayyy dah ada kawan ! haha :D. masa takde kawan hari tu cakap dekat  Mama and few friends la yang takde orang kot nak kawan dengan aku. sekarang dah ada la. kawan cakap cakap tu dah ramai la tapi yang teman makan semua sorang ni je. dia kalau nak lunch ke apa ke mesti ajak aku.  ok la tu kira ada teman. takde la sambil makan tu dok baca suratkhabar je keja aku. ilmiah sangat lah kononnya tuuuu. well , Nurul Ain kottt. mana boleh takde kawan lama lama. sunyiiiii :P. kawan aku pun cakap tak percaya la if aku takde kawan. fine lahhh. dah kaa mesra berkawan je la dengan semua orang. takkan nak berkawan kena ada syarat pulak kot ? ;) cuma sekarang ni dengan ward aides tak berkenalan mana sangat la. just hai hai gitu je la. aku ni pulak seboleh boleh nak sembunyikan yang aku ni adik Sr. Ida la kononnya. tapi orang tanya je siapa ni , laju je geng geng front desk tu cakap oh ni la budak baru tu adik Sr. Ida. fineee. T_T. aku tak suka sangat kalau orang tahu benda benda macam ni. tak best je rasa. dah la muka kitorang adik beradik tak seiras pun jadi kalau tak mengaku kakak pun orang macam tak perasan sangat. :D


awal awal tu macam tak stress sangat. sekarang ni bila dah pandai banyak benda sikit ya hampun tuhan tolonggg memang terkejar kejar okayyy. macam nak pengsan. serius. kau tahu je lah hospital kan macam mana. kalau kerajaan tu maybe la dia punya tu macam sendu jee. wah kutuk suka hati aku je kan nak poyo dekat sini ngehehehe. tapi kalau swasta kena macam lipas kudung or ekor cicak yang terputus tuh. kena cepat dan tangkas. kau salah je nanti semua salah pasal patient tu. sebab dia macam chain tau kena bersambung sampai la patient dah selamat kena check dan balik rumah. phew ! makan dekat hospital pun ala ala je. tapi boleh la isi perut. breakfast bayar RM1 untuk 1 meal pastu lunch RM1.50 satu meal. murah tu memang la best tapi lauk semua manada rasa T_T. macam pesakit dah jugak cara makanan. yang selama ni sepanjang hayat mana pernah makan sup akar teratai tapi sekarang dah makan tau. TT_TT tapi sebab tak nak bagi perut berbunyi nanti patinet dengar maluuuuu so makan je la nasi. boleh la dari takde. orang Somalia makanan pun takde okay Nurul Ain jadi jangan nak over sangatttt nak makanan yang best. tapi terliur jugak bila tengok ada doktor selalu bungkus Kennys bawa balik. :/


jadi sebab minggu ni shift pagi je semua kan so rasa macam penat sangat. ye lah pukul 630 dah keluar rumah. keluar okayyyyy bukan bangun then 5 macam tu baru balik. sekarang dah tak tengok TV sangat. rasa cepat je masa berlalu. nak tengok Revenge pun tak sempat wuwuwu sedihhhh. nak emo emo dekat facebook adik keling pun tak sempat jugak. ye la kena tidur awal kalau tak esok dekat tempat kerja jadi anak badak anak singa segala la asyik nganga je menguap kan. malu okayy as a perempuan melayu terakhir. 


sebab konon stress kerja maka hari sabtu lepas pergi lepak Bagan Ajam. alah tepi Pantai Bersih tu. dah la hari kejadian tu bangun pukul 4 pagi lagi sebab nak gerak pergi airport hantar Abang Ipar pergi US then hari sabtu ramaiiiiiiiiii betul orang sebab doktor halfday and orang ramai cuti kan jadi berebut rebut terus tangan kurita la jadinya. jadi sebab konon nak release tension la sangat kan over je macam biasa so lepak la. beli goreng pisang sedap dulu then baru pergi pantai. 





nampak tak calon pekerja cemerlang dekat sini ? nak release tension la sangat tapi sibuk keluarkan kertas doctor's code untuk hafal supaya if apa apa senang sebut je code doktor tu. ye lah sebab Dr. Tan bukan seorang. ramai. okay lupakan pasal kerja. air bandung cincau ni sedapppppppppppppppp. dia tak manis sangat. lepas tu cincau dia bukan cincau tawar tau. ada rasa. arghh sedap gila. tengok pun dah tahu. ye lah ambil guna kamera hp je so takde la nampak sedap sangat kot. padahal time ni ada je DSLR. tapi malu ahh. :P nak makan Yong Tau Fu tapi takde orang yang nak teman sekali. nak makan sorang memang tak ah. sebab dah rancang dalam kepala nak makan PizzaHut. thihihi. rancang tau. saja nak drama macam biasa feeling aku ni seorang yang organize la kan. matiklah perasan masuk bakul. bila masuk PizzaHut order macam macam lepas tu aku seorang je dah belasah 2 mangkuk sup. memang perut gorgon. tak faham betul kenapa jadi macam ni makan banyak. wah matiklah buat buat tak faham kan. :P


kerja setakat ni takde orang mengorat lagi. amboiiiiiiiiiiiii perasan cantik tau. haha ! :D mana la nak ada orang mengorat. nampak pun tak. aku kan duduk belakang tabir je selalu. jarang jarang je keluar. jadi orang jarang nampak aku. tapi if nampak memang perasan la sebab aku sorang je baju lain. ;) ramai Chinese yang datang. Indian sikit sikit and Malay jarangggggg sangat. so nak cuci mata memang tak lah. nak usha doktor pun tak mampu. doktor selalu busy berkurung dalam bilik. nak kata anak dara semua doktor lelaki dan tua pulak. aishh mata pangkah la macam nih X_X. tapi aku kan macam garang kalau orang sengaja je macam nak salahkan aku so tadi aku dah keluarkan taring dah sikit. memang la baru lagi kerja tapi mana boleh suka hati nak put the blame pada orang baru je. wahh sukatik je kan. ward aides tu datang tetiba pastu cakap dekat senior aku tu " you jangan la marah I. marah la budak baru tu sebab dia yang rosakkan mesin tu ". aku tak tahu la dia nak bergurau ke apa tapi selama aku kerja situ setiap kali selisih mulut aku ni nak rabak dah ha senyum dekat dia tapi dia boleh menonongggg je buat tak nampak aku. tak ke over queen sangat macam tu ?? so bila dia tetiba cakap macam tu tadi aku pun apa lagiiiiiii terus la cakap ' bagus la salahkan orang nanti kita pakat kutip dekat akhirat esok lah yeeeee ' terus dia senyap. nak bergurau ? ha tu la gurauan aku pun. :P memang la aku orang baru and ofcourse la aku akan buat salah. kalau tak macam mana aku nak belajar kan. if tak buat salah tu namanya tak buat kerja. tapi aku cakap awal awal la , bukan senang nak cari salah aku kalau aku buat kerja hati hati. amboi suka perasan. tikam diri sendiri sebab over perasan bagus sangat. :D


cuti takde banyak jadi aku sengaja malas nak request cuti segala. kerja je la ikut jadual. sebabnya aku nak simpan cuti nak balik raya dekat Labuan and nak jahit baju melayu kucing aku 7 ekor tuuu. hehehe. semangat sangat lah kan kalau pasal tu. puasa sunat dah jarang sekarang nih. tu tak fikir pulak. lepas tu kalau fikir rasa bersalah kejap dah lupa. apa laaaaa. :/ tapi nak cerita jugak baju raya tahun ni polka dot kecil kecil. cotton yang mahal lagi tau. wah nak jugak cakap mahal. lembut je kain dia. padahal baru beli yang bajunya. part kain tak beli lagi. ye lah mahal jadi tak cukup duit lagi nak beli. jangan esok aku beraya takde kain dah la T_T fine feeling anak jutawan la kan baru rasa berst sikit padahal takde makna apa pun :D


nak update pasal kedai makan best. nanti lah bila free lagi. mengantuk ni acane nak update ? letih okayyyy kerja hospital. tengok orang sakit pun kadang kadang rasa sakit sekali. tapi bila tengok couple datang tengok gynae or new parents datang jumpa paed ke , rasa bestnyaaaaaa. terus rasa nak feeling isteri mithali dekat situ jugak tukar suara cakap lembut lembut. tapi aki selalu cakap dekat aku jangan kalut sangat aih tapi aku rileks je sellau senyum. padahal memang cuak sikit. senyum tu sebab konon nak bagi aliran tenaga positif. motivasi sangat lah tu kononnya. kononnya lahhhhhhhh. :D







Wednesday, April 18, 2012

Novel Lah Sangat



#tajukkecil ; Apa Pun Boleh


apa khabar semua orang ? harap sihat dan mantain bahagia. i is busy sekarang. seriouslyyyyy aku rasa betul ke masa aku 24 jam je? ke dah kena sedut dengan time machine Doraemon tanpa aku sedar ? ahh megarut je la aku nih. fikir benda entah apa apa je. tapi betul la. balik kerja pukul 4-5 gitu. if pukul 4-5. if pukul 9 ? balik balik je buat apa yang patut terus terbongkang sebab esoknya by 630 dah bangun. amboi over drama macam biasa. padahal bukan apa apa sangat pun. poyo je lebih. saja nak tunjuk kerjaya yang berjaya sangat lah kannnn. padahal the truth sempat lagi pukul 1045 tu tengok Revenge. sebab baru lagi so tak boleh la nak cakap kerja best ke tak. i mean kerja okay je. boleh je buat hal sendiri tapi tak best la kan. dah la kerja hospital. yeee aku yang paling la allergik dengan hospital seboleh boleh tak nak pergi or duduk hospital , melekat kerja situ apahal kann. rezeki weh. nak kata apa. asal dapat duit lebih nak bakeri , aku harungkan saja. semangat tu penting. ewahh motivasi pada orang sekitar. lagipun mama beriya suruh aku kerja dulu. sambil tu usaha buka bakeri sendiri. ye sendiri. cehhh ingat nak topup barang 50ribu ke apa. perasan jutawan memang mintak lempang nih. tapi kerja setakat ni takde orang nak kawan dengan aku. sobssobs. sedihhhh. maybe sebab dorang rasa dorang senior. lepas tu aku pulak tak pakai uniform. pakai baju biasa je so kalau jalan around hospital tu , orang buat layan tak layan je aku. dah 3 hari okayy makan alone. sedih habis. doktor semua cina dan tua. howwwwwwwwwww nak cuci mata ? patient pun mostly cinaa. mata pangkah X_X. lepas tu paling rasa bengang bila round hospital , orang berbisik " adik Sister Ida " lepas tu buat muka macam tak tahu nak ekpresi kan apa. tak suka tauuu. nak tegur tu tegur je la. i banyak cakap okay so tadehal. tak habis perasan diva nak semua orang jadi kawan dia. tak malunya aku nih. :D


hari tu konon berangan nak buat novel/drama/cerpen bersiri dekat blog ni kan. sekarang tengok la apa jadi. draft dah banyak je dalam kepala tapi sapatah pun tak type lagi. ah lantak. yang English pun sama. konon seminggu sekali. tapi sejak kerja ni malas la pulak. dekat tempat kerja speaking je so nak update in English lagi macam haih. stress. stress tanpa sebab. over drama macam biasa. matiklah la feeling life macam menteri kesihatan. 


insyaAllah semua okay kot. sejak kebelakangan ni rindu kawan kawan sekolah. rindu betul. macam nak plan jumpa ramai ramai tapi sekarang ramai yang busy. ada yang buat Master , yang kerja , yang kahwin , yang jaga anak etc. kena plan betul betul baru okay kot. aku pun sendiri busy nak handle macam mana. banyak gosip nak update. haaa bergosip je kerja. -_-. nanti boleh tahu siapa kahwin dengan siapa , siapa bercinta dengan siapa. siapa ex siapa. kepochi je kerjaaa. aku kan popular dulu dekat sekolah jadi mesti la semua nak tahu update aku. sedih je cerita sekarang aku cuma main dengan nombor , pesakit dan mentega. drama lagi. yang latest macam Matjim and E nak tunang tahun ni ke bila entah tapi dorang nak berganjak ke step yang lebih baik la. tak tahu la Matjim gurau ke apa. Matjim ni ada kembar panggil Matran. Matran dengan Anis Illiana. betul ke eja ? aku ni dari form1 sampai sekarang asyik la lupa eja nama si Anis ni. Anis ni geng dari dulu lagi dengan E. elok la nanti jadi family dah close. boleh la masak sesama lepas tu aku sebagai tetamu tak undang pergi lepak. wahh suka hati. dulu E macam takde apa dengan Matjim pun. ahh cerita dulu. pernah gaduh dengan E sampai tendang pintu. (-_-"). amenda lah. lepas tu walaupun ada ex elok je kawan dengan kawan kawan dorang. kata rantaian makanan. bukan siratan. so tak putus. maksud aku ex kepada kawan kawan aku la. 


oh one more thing , ni pesanan je. bukan nak marah ke emo ke apa. just because aku ni selalu la gelak ketawa , ceria , macam ada penyakit mental , senyum je bila jumpa orang , strong tak bermakna aku ambil mudah dan aku mudahkan semua benda yang jadi dalam life aku yee. tak kira lah benda tu melibatkan hati ke perasaan ke kerja ke gaya hidup aku ke. mana mana la. jangan sukahati nak judge. anddddd jangan hanya sebab aku ni ada kelebihan boleh buat rileks and macam takde apa depan orang , ye depan orang sebab mereka cakap ego aku kalah lelaki. dorang menipu saja reka cerita nak burukkan aku nih. haha denial mode betul. tak bermaksud aku ni takde terkesan apa apa. :) ni random tau. bukan emo ke maarahkan siapa siapa. biasalah takde akwan kan dekat Penang jadi drama mesti lebih over. :D


malas nak upload gambar. bukan blogger tegar dan bukan ada peminat mana pun. rasa nak buat cupcakes sebab nak makan. tapi if buat banyak tak tahu nak bagi dekat siapa lagi. terpaksa la telam air liur je tengok dekat Google. :/


bye. oh esok 19 April ! hehehe :)





Sunday, April 15, 2012

Watch Your Swatch Watch



#tajukkecil ; Berjiwa Lara


hye. tetiba macam nak sedut semua aura kesedihan semua orang. biar drama lebih. over tau nak drama je selalu tapiiiiiiiiiiiiiii memang harussslah drama kan. well , kalau kor baca blog aku dari dulu , memang dah tahu la aku ni memang pakai jam Swatch je. Puma pun sekarng macam jatuh cinta sikit tapi nak jadi ladies maka buat buat taknak bila Mama offer haritu. :/ okay sambung cerita Swatch. so memang dah maklum la aku tak pandang pun jam brand lain. aku memang membesar dengan Swatch dari memula aku pakai jam. okay la masa sekolah rendah Abah pernah belikan Casio kaler pink (-_-")


jadi sebab a big fan la kiranya kan. padahal big fan ala ala. siap join venture post gambar jam sendiri dekat fan club Swatch dan bertegur sapa dengan peminat Swatch lain dekat Swatch Malaysia. over kann nak jadi diva dekat sini. matiklah nak perasan sangat. memang la korang yang pakai jam lagiii mahal akan kata alah takat Swatch jam getah je pun. ni pun nak kecoh ke. dah aku ni memang suka Swatch je. jiwa remaja whatever lah katanya kan. tapi ni kesedihan okayy kesedihan. support sikit boleh tak ? T_T


kejadian ni berlaku semalam. tengah siap siap nak keluar , sekali buka kotak nak ambil gelang. tertolak la jam kesayangan. dah la selama ni tak pernah jatuh. terlanggar pasu tepi jalan pernah la tapi jam aku ni if calar pergi polish dekat Swatch bayar RM5 dah settle berkilat balik. no worries la. time jatuh tu dia bunyi  " kelepapp " gituuuu. sepantas kilat la aku pun capai jam. sekali nampak macam crack. dah dalam hati emo emo la kan. jam ni baru kot. takde la baru mana. beli time Cik menikah dulu. Raya Haji 2010. masa beli tu baruuuuuu je sampai dekat Malaysia edition ni. seminggu pun tak sampai lagi dia sampai Malaysia aku dah beli. aku memang poyo poyo up to date la kan. macam kasut Mary Jane dulu. tapi rupanya dia tak crack. dia macam lagi overrrrrr. jarum saat dia tercabut ! sobssobsobs. *kesat hingus* aku pun tak boleh rasional dah fikir dia jatuh kuat sangat ke sampai benda alah tu tercabut ? dia tak patah. dia tercabut je. :/


-


-


-


-


-
jam getah.










ahh dah kenapa pulak banyak sangat space ni ? haih *emo* then sebab dah dia tergolek golek macam tu kan jadi cuak habis. menitis air mata lagi. memang over drama la. tapi kalau korang ni jenis sayang barang macam aku , faham lah kot. amboi matiklah puji diri lagi kan. aku kan macam cerewet gitu. kalau macam dia lain dari keadaan first time aku tengok tu , aku dah gelabah biawak camna entah. Mama pun kata aku cermat. dah kata cerewetttttt. dia memang tak bagi kesan pun pada jam tu cuma saat je la tak bergerak kan. dah tu pulak bukan aku tenung jarum saat tu sentiasa ke apa kan tapi dah buruk la dia tergolek golek macam tu. tak seperti biasa. dah tu pulak ni bukan zaman tadika lagi nak pakai jam yang ada aksesori bergerak gerak dalam jam. dulu boleh la pakai jam yang ada air dalam tu lepas tu ada star ke apa ke bergerak sekali kan. dah sehari pulak habiskan masa tawaf cari kedai jam sebab tak puas hati. memula pergi Queensbay sebab aku tahu ada Swatch dekat sana. tapi cari tak jumpa mungkin sebab main jalan je fikiran tak stabil sebab biasa la drama queen macam biasa so masuk kedai jam lain dalam 2-3 buah dulu. first kata tak offer service. standard la kedai jam mahal  kan. lepas tu masuk kedai nama time square sebab nampak jam jam dekat kedai tu yang common la macam Guess Casio gitu. akak Cina tu cakap ada sercive tapi dia tanya jam apa. cakap je la Swatch sambil tunjuk pergelangan tangan. sekali baik punya dia cakap oh yang ni tak boleh buka. you kena hantar tempat dia buat dengan warranty card nanti dia tukar baru terus. yesssss die ! celah mana pulak aku nak cari warranty card. :S lepas dah nangis jiwa macam kacau sikit tapi better , baru la jumpa kedai Swatch. walaupun dah 2 kedai kata benda sama tapi just try my luck. mana la tahu kan. ewaah positif. sekali sama je. memang Swatch sekarang kalau rosak apa dia hantar tempat dia balik. tak main baiki baiki dekat kedai. kecewa okayyy. rasa nak melutut menangis dekat situ tapi macam tak kena dengan suasana sebab ada Cadburry buat roadshow dekat ruang legar tu. memang la aku dah lama pakai Swatch tapi mana pernah rosak apa selama ni. paling pun tukar battery. tu Uncle Chin boleh settle. ni tak tahu la nak kata bagus ke apa. bagusnya takde la nanti jam kau tu disumbat barang tipu. kira rare la. tapi tak bagusnya macam sekarang warranty card tak tahu celah mana. aku pulak celah mana. sementara nak tunggu balik pergi kedai Uncle Chin kan buat buat tak nampak je la. 


satu hari jugak la aku punya drama tu. sekejap sekejap tenung jam sendiri. sayang okayyyy. dah la antara edition dia yang berlambak warna tu aku pilih putih sebab dia rare. mana banyak jam getah putih. yang Fossil besi Bonia apa tu ada la putih tapi aku mana pakai jam macam tu. since aku pun emo kan nak drama macamkan diva jam harga RM78 ribu , terus lupa nak tanya orang Swatch tu kalau takde warranty camna kekdahnya nak buat. nanti la pergi lagi bila dah senang senang. aku nak ke Penang tu bukan senang. nak rentas brigde lepas tu susahkan orang. memang la aku ada lesen tapi harapan la aku nak drive. aku kan perasan ada driver lepas tu time naik kereta memang berangan je lahh. mana nak mengunyah lagi. :D


luahkan perasan dekat adik keling , nasihat dia baik punyerrrrr. katanya takpe la rare habis. kau kan tak suka benda common Nurul Ain. jam orang lain mana ada jarum tergolek golek macam tu. jam aku je. lepas tu kalau rasa menyampah sakit mata sangat , jangan ditengok. kaygeee tau nasihat. dah kejadahnya pakai jam if tak tengok. tunggu la kalau dapat gaji banyak sikit nak beli warna lain la yang Swatch ni. tunggu je lah. if dapat baiki pun tak kisah. tambahkan koleksi sedia ada kononnyaaaa. over macam biasa. 



jadinya sekarang ni kalau nak baring ke aku capai jam tu lepas tu main goncang goncang dengan harapan jarum tu boleh masuk lubang dia balik macam sedia kala. ala ala main mainan yang kita kena goncang goncang untuk masukkan benda bulat bulat tu dalam lubang. gitu lah. terasa la lain la. maybe sebab baru jadi kan. lama lama dah biasa tu takde hal. tapi betul jugak Baby cakap. rare kononnyaaa. 


tu lah haih. sekarang tengok jam pun macam marahkan diri sendiri tanpa sebab. tapi benda nak jadi. semalam dah sehari suntuk dah emo sendiri sendiri. tapi aku still sayang. jam Swatch aku tu walaupun murah pada orang tapi aku sukaaa. murah pun kalau aku suka mana orang lain boleh bantah lagi hahaha kaygee perangai macam ni. :D



okay ni random. sekarang ni suka betul makan steamboat. aku memang suka steamboat dari dulu tapi sejak sejak Figo ada jual set steamboat 5 jenis dalam satu plastik , maka lagi rajin la aku makan steamboat. dapat sirup sirup tomyam tu sampai licin. lagi satu , aku macam feeling nak buat cerita rekaan ala ala nover cerepn dekat blog ni. tapi tengok la macam mana. konon nak motivasikan diri update blog selalu. bakat menulis novel bukan nak ada mana pun. novel melayu pun satu novel je aku pernah baca dari awal sampai habis. lain tu 10min dah habis baca. :D


till then lah kiranya. 


yang benar ,
tuan punya jam yang over drama. matiklah perasa diva macam ni. mesti tercabar Redmummy. ehhhhhh.