Monday, August 11, 2014

August 2014



Assalamualaikum. thihi. :P


Lama gilaaaaaaaaaaa tak update kan ? After postponing a gazillion events to write about , tetiba rasa nak tulis blog. Macam kena seru gittu khennn. Haha ! Ada lagi eyh orang masuk blog aku ni ? Ish segannyaaaa. Rasa macam lama hilang pastu tetiba thiinggg muncul. So , kawan kawan blogging yang lain macam mana ye ? Still menulis atau dah pencen ? I guess ramai yang dah pencen kott. Sebab dah makin banyak tanggungjawab kan. Ha , ni pun update hari ni lepas tu tak tahu bila pulak la nak update lagi. Haha !


So , this , boleh jadi sangat panjang. Upah korang kerja hari Isnin la ye. Aku cuti so apa ada hal.


Life ? Alhamdulillah better. Family is expanding. Dah 2 pun anak sedara weh. Dua dua nieces. Kakak Imaan dah ada adik. Imaan Darwisya. Dah setahun lebih pun. God , tetiba tersedar macam lama sangat menyepi kan ? Sigh. Masa. InsyaAllah doakan kehadiran anak sedara ketiga tahun depan ( Aamiin ! ) . Bapa pun nak balik Kelantan for good dah. Nak pencen dah tahun depan InsyaAllah. So sekarang ni pantang ada masa memang lari balik Kota Bharu sebab nak tengok rumah. Abah and Mama sibuk renovate sana sini. Biasalah orang nak pencen. gituuu.


Finance ? In term of apa eh ? Hmm kalau nak kata makin kaya tu takla kot. Sebab kereta pun takde lagi. Haha. Konon selalu dok usha BMW X6 tu lahh nak beli la apa kan. Tapi deposit semata dah RM70K. Kegilaan apa wehh nak bayar kan. Terus diam diam usha kereta yang halus mini je sudah. Tu pun belum tentu beli ehh. Usha sahaja. Sebab masih belum ada keberanian nak memandu. Aku pun tak faham macam mana dulu elok je lulus. Lesen kemain ni renew semata. Mungkin feeling ada driver tu membawak kepada realiti tu yang tak berani nak bawa kereta. 


Kerja ? Gooddddddddd. Haha ! Sangat synical okayy. Makin hari makin stress adalah. Tapi Alhamdulillah rezeki dapat promotion. Gaji naik la. Boleh laaa buat beli topup untuk Baby. Thihihi. Business pulak Alhamdulillah jugak. Cuma agak terkilan sebab belum dapat buka kedai or kiosk. Banyak lagi kena belajar. Marketing and how nak manage cash flow etc. Ahhh , cashflow , sangat failed. T_T . Tapi InsyaAllah dengan doa kalian , one fine day eh. Fokus aku sekarang ni kerja and business la. Kahwin memang dah tutup plan. Kena kerja lebih la nak bayar deposit RM70K tuhh. Ingat boleh tukar kelemumur jadi duit ke ? Haha ! Sebab kecewa dengan kekejaman duniawi , Ramadhan tuari memang stop terus dari ambil any order. Haha emosiiiiiiiiiii ! Tapi at the same time , Abang Rafy dah pindah pergi Sabah. takde kawan dah nak teman or minta tolong. Selalu kalau apa apa cari je Abang Rafy. Dia ada penyelesaian kepada pelbagai masalah. Katanyaaa.


Partner ? Still no. I know I knowww people macam woi dah 26 woi. eh kite tahulah umur kite. Amboii sangat perangai macam Kak Jah je tau nak kepoh. Balik raya tuari , hmm most of my friends dah ada anak atleast seorang. Yang aku ni nak bawa kereta pun belum berani. Kejam betul dunia ini. Haha. Jujur cakap , takde hati nak cari la sekarang. Memang takde perasaan langsung. Nanti nanti lahh. Kawan pun takde. Sebelum ni pun kawan orang sama je. Haa nampak tak betapa kekecewaan hidup tu dekat situ ? Ceceyy nak drama aje kan aku ni ? Pfftt. Malas la nak cari nanti kang kena lagi. Wehh bukan senang aku kutip serpihan hatiku yang berkecai ini. Sebab dah plan konon nak nikah la apa la. Plan nak duduk sana la sini la. Akan tetapi , guruh ditengahari Kak Jah oiii. Terus banjir kekdahnya. Ye la kita siapa , dia siapa kan. Aku ni kereta pun takde. Kerja pun takde title. Siapa orang tu ? Ehh Anuar Zain laaa. Siapa lagi calon kite tu. Artis kann mana nak orang makan budu macam kite Kak Jah. Sobs.


Tapi above all , Alhamdulillah jugak sebab masih bernafas. Kadang kadang lama tak blogging sebab rasa macam takde apa sangat nak cerita. Bila baca previous posts alahai macam apa je. Malu. Sendiri tulis sendiri malu. Krisis sangatt ! Sesetengah post tu ada yang boleh wujudkan benda negatif so sebab tu aku simpan balik semua. Ada gambar gambar yang aku malas dah nak simpan , ada cerita cerita yang buat aku rasa tak syok , ada benda benda yang boleh caused orang lain untuk fikir lain dari apa aku cuba sampaikan so , biar lah aku delete. Dan aku harap , korang boleh lupakan jugak perangai bodoh aku tu. Huhuhu sedihnyaa panggil sendiri bodoh. Im glad ive changed. For a better life. Belum lagi la level ustajah tapi InsyaAllah untuk lebih baik. Who knows kahwin dengan Imam Muda Ashraf kann. Eh ada hati. *betulkan tudung* . If someone pernah doakan aku untuk berubah , terima kasih. May Allah bless you , grant you with the highest gratitude. But worry not , im still talkative. And funny too. Tapi tak hot dah sebab hilang berat mendadak. Ye , sebab makan hati. Kecewa putus cinta. Haha. Gotchaa ! bukan sebab putus cinta la. Sebab kurang duit nak makan banyak macam dulu. Biasalah , kekejaman dunia tapi takpe rezeki ada dimana mana *aura bini Imam Muda*


Eh dah la. Malas dah nak tulis. Ni pun gigih ambil masa 4 jam untuk habiskan ni. Tak pernah terjadi perkara sebegini. 


Till then , insyaAllah ada umur aku tulis lagi. Aku cerita lagi pasal tunang tak jadi. Ehh excited kau Kak Jah. Gurau jew lehhh. Manada tunang segala bagai. Saja je berangan sendirian sebelum tidur. Pathetic pulak rasanya. 


Mohon maaf kalau tersalah bahasa ye. Assalamualakum. Jaga diri semua. :* eh tak baik cium. Dosa. :D