Monday, March 19, 2012

Bila Jejari Panjang Kalau Tampar Orang Memang Best Menaip


#tajukkecil ; Bukan Jejari Ayamas


hi ! 

mood tak molek sebenarnya ni.  aku kalau dah 2 hari mood masih tak molek , memang aku panas hati betul la tu. ahh kau ingat kau artis Nurul Ain sampai nak beritahu orang mood kau macam mana ? ok ok aku ni sedar diri la aku bukan baik pun. tak pernah pun aku mengaku aku baik. cakap aku bagus pun tak. tapi aku mengaku aku ni perfectionist sikit. akan tetapiiiii walaupun aku ala ala perfectionist , aku belum sampai tahap nak cecehkan orang lagi la. belum sampai tahap bermulut manis tapi belakang macam longkang tahi. nak kata bodoh , belajar masuk U. nak kata tak matang , umur dah tua. tapi tak tahu la kalau jenis rasa dia je betul kan. tu yang selalu dok cerita pasal orang je. ni la akibatnya kalau selalu layan novel melayu. memang la asyik dalam lala-land. tahu pulak cakap dia pun ada perasaan. habis tu selama ni dok kata orang sana sini tu ingat orang takde perasaan ? nak cerita pasal aku dekat orang pun pergi la. aku tak hairan pun. selama ni pun dah tahu kau tu jenis bawa bawa cerita. cerita orang semua kau tahu. kesiannyaaaaa. :D


okay okay , lupakan la bab merempan tak tentu hala tu. nak cerita pasal benda best je supaya korang jealous la apa lagi. haha *petir. okay tipu je. takde la best mana pun pada korang tapi best la pada diri sendiri. i dah dapat lesen ! yeay me. ke dah cerita sebelum ni ? haish dah lupa pulak. tapi yang bestnya cerita dekat pusat memandu tu masa test aku rasa hampir semua cikgu dekat situ kenal aku. sebab aku kan suka bertegur sapa. ye la mulut aku takde emas tu yang asyik la nak terbuka je kan. jadinya aku kan ambil double lesen. so kena buat motor dulu lepas tu aku orang no 5 dari 200+ orang. gilaaaaaaaaaaaaaa ! memang nervous habis la. menunggu tu dah lama buat test sekejap je. tak sampai 5 minit. dah la masa nak start tu semua pilih motor masing masing. kerusi motor tu panas sebab matahari terk bila aku duduk je spontan keluar dari mulut ' ouch panas ! '. apa lagi , ketawa la semua orang yang dok tunggu giliran tuh. lepas tu bila dah siap depan JPJ officer semua , kena double stand motor lepas tu tolak motor. sekali tapak kasut tercabut. why lah kan time test jadi macam tu. tercabut bukan alang alang. terus keluar jari kaki. T_T malu okayyyyyyyyyyyy. semua orang ketawa tapi sebab dah lepas , uncle cina yang jaga bahagian motor tu baik je. suruh pergi pinjam kasut dekat admin then balik tu ketawa sama sama. aku siap minta uncle tu gantikan kasut aku. mujur lulus okay titi. dapat 19/20 lagi. ni semua berkat dulu masa lower secondary school selalu rempit pergi kedai beli aiskrim Malaysia asam boi kaler oren/merah. masa nak test kereta pun lucu. tapi menunggu sampai aku tertidur :D. masa terbuang bukan alang alang kott. nasib la aku memang selalu  bawa buku dalam beg. boleh baca baca. aku bawa kereta lemah lembut je tapi time tukar gear ganas nak arwah sampai sakit kepala lutut penilai kena kepala gear dikerjakan aku. lepas tu buat buat amazed dengan signature aku since my signature dalam jawi. okay lah fine. orang lain pun ambil lesen jugak jadi tak perlu la kau nak cerita semua Nurul Ain. buat malu je nampak macam jakun sangat. :/


sekarang aku kan baker. jadi macam macam la aku buat. dari tart sampai la pavlova. minngu lepas minggu cupcake. jadi weekend aku buat cupcake sempena birthday and anniversary Abang Bob. vanilla and choc moist cupcakes. tapi topping serius buruk rasa macam nak buang dalam tong sampah. piping takde. bunga dah lawa dah warna merah cute miut lagi.  menangis aku tengok cupcake aku. aku kan perfectionist. elehhh kauuuuuu , menangis rupa cupcake buruk konon. macam la cupcake kau tu sedap pulak kan tak nak menangis Nurul Ain. :D maaf la kalau ada orang makan cupcake aku tapi tak sedap. aku bagi tu sebab nak habiskan dari bazir dalam oven. haha okayy joke je. hari tu buat pie ayam. ya Allah gebu dan lembut betul pie aku sedap je kunyah. serius tak tipu. semua pun puji kata lembut Alhamdulillah. akan tetapi inti dia masin. menangis tepi oven aku bila inti ayam masin. serius sedih. kecewa okayyy. orang kata kalau masak masin tu sebab nak kahwin. nak je la. kahwinnya belum :P oh and aku buat experiment buat kek coklat. kalau nak gebu dan basah kek tu , letak susu coklat Dutch Lady secawan. sedapppppppppp ! tak percaya try la buat. ngehehe :P


sekarang dah tak tahu nak update apa. oh ya dah lama gila aku tak update a blog post dalam English kan ? dulu kemain lagi tau. sekarang Manglish je selalu. tak molek betul. nanti la next post nak try test power tahap English aku sikit. aku dapat rasakan grammar aku tunggang langgang. vocab pun dah jadi intermediate. entah entah beginner je. sedih betul. ye la dah lama tak speaking or tulis dalam bahasa inggeris. i mean speaking dalam jangka masa yang lama la setakat 2-3 line tu selalu je dengan adik keling aku tu ha. apalah guna Muet band 5 kalau sekarang macam bodoh je grammar. apalah guna ambil toefl kalau sekarang speaking tergagap gapap. kena selalu praktis woh. Siti Nurhaliza pun dah pandai cakap English sekarang sebab dia rajin berlatih. tercabar jiwa raga aku macam ni. fine lah. nanti seminggu sekali kena ada post dalam bahasa Inggeris. kalau salah , siapa yang grammar monster ke , gremlin ke , gorgon ke harap tegur. tegur sini terus pada aku. bukan kutukslash tegurlasangat dekat belakang. aku tak reti nak cari mana nak baca kalau kutuk belakang. tapi sekarang ni , tenses pun aku lupa nak guna yang mana. hihihihi. padan muka diri sendiri. siapa suruh selalu guna Manglish. :P


tetiba mood lari. tadi excited mengenai nak buat kejutan. sekarang dah hilang. mungkin patut tidur. sekarang ni selalu tidur awal. apakah ini tanda tanda penuaan ? dah la aku banyak lupa benda. serius lepas kepala aku terhantuk dulu tu , aku lupa banyak hal. kadang kadang , nombor hp aku sendiri pun aku lupa nak sebut. wahai para doktor , wujud ke simptom amnesia timbul tenggelam macam ni ? ke mind set aku je yang lebih lebih nak poyo ? ke kebarangkalian akan dapat lupa ingatan tapi secara perlahan ? :/


nanti la update lagi. nak letak gambar cupcake tapi lupa laa gambar dalam hp tak transfer lagi. guna hp je sekarang ni. dslr tersadai dalam bakul. ngehehe. 


sebenarnya tadi nak buat post ucapan untuk birthday Abang Bob and anniversary dia tau tapi lupa pulak. sampai melalut ke benda lain. ya Allah apa masalah la macam ni nih. kalau lupa ingatan macam ni siapa la nak kahwin dengan aku lagi ? T_T kahwin je yang ingat. amalan nak pergi syurga tak nak ingat ke Nurul Ain ? insaf sendiri


oh ya , aku ada join pertandingan kucing. tak rasa aku akan menang pun. saja saja masuk untuk join komuniti rakyat Malaysia yang ada kucing. tapi kalau korang baik hati nak undi pun boleh. setiap hari satu kali undi je. nah link. kawan aku cakap ni bukan kucing tapi anak badak. anak badak pun rajin dia undi hari hari si Boo ni. aku kalau join pertandingan macam ni jarang sekali nak menang. sama jugak cabutan bertuah. tak pernah bertuah. orang kata kalau try pakai sependa terbalik boleh menang. nanti aku nak try. haha. macam apa je tips macam tu. kalau suruh baca doa ke sejuk sikit hati aku. yakin la jugak nak menang hamper ada Chipsmore ke Milo ke. :D


ok dah panjang. bye ! <3







Wednesday, March 14, 2012

OhSoRandaom #44



#tajukkecil ; Kepercayaan Tu Boleh Diwujudkan Dan Dibuang.


assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua orang yang kacak dan berhati mulia ! harap sentiasa kelakar.


ye lah , kalau kelakar baru la boleh buat orang sekeliling tersenyum dan ketawa terbahak bahak kekekeke. okay tipu je fakta nih. ngehehehe. :P


lamaaaaa jugak tak update. tak payah bagi alasan pun korang dah tahu apa sebab. sebenarnya jujur hari hari nak update tau. im so eager to tell you guys about my story. ada banyakkk cerita best. tapi sekarang kalau cerita pun macam dah basi jadi keterujaan tu tak serupa dah la. kesian korang tau. *tepuk tepuk bahu. lepas tu macam biasa la mesti ada mood turun naik kan sebab biasalah , perempuan ! tapi sekurangnya kita faham diri kita bagus la dari orang tak faham diri sendiri lepas tu nak faham orang lain memang tunggu kiamat dulu ke apa then paling tak boleh blah sebab tak berjaya faham diri sendiri maka nak melenting dan buat buruk dekat orang. manusia jenis apakah begini ?! well mungkin cara membesar dalam kelompok kehidupan yang tak molek jadi tak baik kutuk. tapi kalau dia tak nak cuba berubah , boleh kutuk sikit je. :D sementara itu , last week dapat bunga la 2 dozen. macam biasa tak payah la nak tanya dari siapa. mesti dari orang jauh dok USA kan. jadi bila dapat bunga , korang sendiri boleh faham betapa besarnya kesalahan yang dilakukan sampai kena guna khidmat bantuan bungaan segar since aku memang kalah habis dengan bunga. takde bunga aku rileks je buat-tak-tahu-lantak-kau-la-sebab-nanti-kau-yang-kena-tanggung-state. tapi kalah habis pun bunga tu nyaris dah nak masuk tong sampah walaupun masih fresh dihantar. aku tak kata pun aku ni berlagak , tapi kalau orang cakap aku berlagak , lama lama orang cakap jadi doa tau. haa make sense tak ? mesti lah ! :P jadi jangan la cakap orang buuk buruk nanti jadi betul padan muka nak hadap. okay berbalik pada cerita bunga tu , okay la last last aku accepted jugak la walaupun lambat. 





so lepas dah cuci mata tengok gambar bunga tu , meh nak cerita sikit pasal kepercayaan. ewahh macam pakar motivasi padahal diri sendiri pun nan ado. apekah ? kita selalu or kadang kadang hilang kepercayaan dari orang. tapi kita kena ingat jugak ada orang yang walaupun kena tipu banyak kali tapi dia masih percaya kita. ingat tak my last entri pasal peluang ? yesssss bila orang tu selalu bahagiakan diri dia untuk beri peluang pada orang , maka selagi tu la dia masih percaya orang tu. tapi ada jugak yang bagi peluang tapi tak percaya langsung dah. boleh kata macam tak ikhlas la. tapi takpe.  ustaz cakap tak ikhlas sekarang takpe asal buat. jangan tka buat langsung. ofcourse la kau tak akan dapat kepercayaan tu sebulat macam mula mula kenal dulu. tapi helloooooo this is dunia. apa yang kau expect sampai kau rasa ahh tak payah la nak bagi peluang or kepercayaan pada dia lagi. faham tak semua orang sekarang ni ? it is something macam ni la , kau kena tipu , kau rasa arghhh bencinya lepas tu kau dah tak nak percaya orang tu. soalan aku satu je , apa yang buat kau rasa kau bagus sangat sampai kau tak nak percaya orang tu dah ? hanya sebab dia tipu kau tapi kau tak tipu dia ? jadi kau pasti kau lebih hebat dari dia ? dari segi apa ? apakah dari segi kau tak pernah menipu orang lain waluapun kau tak tipu ? are you shooo sure about that ? eventhough kau tak tipu dia , maybe kau dah tipu orang lain. jadi , bukan ke korang dah sama level. apa ? kau tak pernah menipuu ? adakah anda pasti ? anda jawab ye ? okay jadi sejuta money dah dropped sebab kau pilih jawapan yang salah. :D i mean come on , kita manusia biasa. kita menipu. mengaku je la. aku pun ada menipu. jujur ni. tapi bila menipu , cepat la sedar dan minta ampun dari Tuhan dan orang kita tipu. T_T *harap orang aku tipu maafkan aku :((* kita manusia yang sentiasa ada syaitan dok cucuk cucuk kan. jadi kita kena lebih kuat. ye semua orang faham ada masa kita tergelincir. hari ni kita tak buat , esok kita buat walaupun kita dah berubah. istiqamah adalah benda yang sukar tau bagi kita insan biasa ni tapi jangan stop cuba dan solat taubat every night sebelum tidur okayyy ? Tuhan tahu semua InsyaAlllah. :)


so aku tak nak kupas la soal kepercayaan dan peluang dari segi agama. itu semua korang boleh tanya ustaz yang korang rasa selesa dan suka serta yakin. jangan Google. cari guru yang boleh kita komunikasi secara realiti lebih baik. jadi kita cakap in term or light light untuk kita kita je la. ada masa bila kita kena tipu or orang janji tak betul , kita akan merempan macam orang hilang kewarasan. baling pasu baling laptop menjerit menangis tak nak makan tapi asyik nak tidur je kerja. aku la tu. tak kata orang lain pun. haha :D memang susah la bila kita dah dilukai , kita nak percaya orang balik. aku sendiri mengaku tu. lagi sakit bila kita percaya orang , tapi orang ragu ragu. orang doubtful kita , orang fitnah kita. tapi apa boleh buat. tak semua orang suka kita sebab kita pun bukan suka semua orang kan. apa boleh kita buat , kita baiki je la diri kita. tapi kalau orang tu kata dia sayang kau tapi dia tak percaya kau , kau buat je benda sama dekat dia. nanti kalau dia marah , kau cakap je la tu la kau rasa masa dia layan kau dulu. tapi sebolehnya elak balas dendam. biar la orang buat jahat ke kita. kita duduk baik baik je. sebab ada sesetengah orang yang buta mata hati tak akan nampak salah dia sampai bila bila pun. ehh ada tau orang macam ni. haa jaga jaga :D


aku bukan nak cakap aku baik pun. aku manusia macam korang jugak. cuma perjalanan hidup tu tak sama. tapi dimata Tuhan kita sama. beza cuma takwa. semua tahu tu kan jadi tak payah nak being rude to others hanya rasa diri sendiri hebat and takde orang boleh lawan kita. siapa je kita ni kan ? kalau ye pun kita hebat cari duit , kita hebat belajar dari orang , kita ada kelebihan yang orang takde , tak payah la rasa nak menceceh kan orang pulak. sebab kita ada kekurangan jugak and dah tentu orang kita cecehkan tu ada kelebihan yang kita takde. jadi isu kepercayaan ni , aku tak tahu la kalau korang but aku sendiri , orang tipu aku memang aku still percaya and beri peluang pada dia. walaupun jujur aku akan marah sikit. tanpa orang tu tahu , aku akan build up balik kepercayaan tu sama macam mula mula kenal. deep inside aku akan cuba bagi peluang. tapi if banyak kali pun sama , aku akan tawar hati. aku akan jadi mean gila. and selfish too. they said my ego lagi tinggi dari lelaki. tak caya try me. :) tapi setakat ni 2-3 je yang aku dah tawar hati but by time aku akan cuba untuk abaikan je la. :)


tak payah la nak persoalkan kenapa nak bagi muka or peluang pada orang macam tu pula kan ? memang la. sebab tak siapa tahu how hurt kita kena and rasa bila jadi semua tu kan. tapi fikir balik , kalau Tuhan pun boleh percaya kita untuk berubah after banyak dosa and maksiat kita buat , kenapa kita sesama manusia yang Dia cipta nak ada sifat yang lebih dari Dia ? lagi lagi bila sesama Islam. haaa aku pun fikir camtu jugak bila aku rasa bengang. :P *baik hati mengaku sekarang. okay la korang boleh cakap aku tunjuk baik or what dekat sini. tu hak korang tapi nanti tanggung la sendiri. hihi. ni aku buat entri ni bukan nak up diri sendiri. tapi nak share je. kalau nak up tak mengaku la buat benda tak bagus tuh. ngehehe. it is more than true bila kita dalam keadaan tu kita akan rasa marah dan tak nak bagi peluang dah tapi bila kita fikir , kita sendiri tahu apa kita buat tu salah. aku tak cakap orang lain la. aku cakap diri aku sendiri. masa aku kena tipu , aku rasa perghhh asal dia ni macam sial sangat kan tapi aku tak berhak sebenarnya nak rasa diri aku bagus sampai tak percaya orang lagi dah. sebab aku tahu , mesti perasaan aku marah tu sama denan perasaan orang aku tipu. padan muka aku. jadi aku benci sebenarnya bila orang cakap ' best la bila dengar orang menipu sedangkan kita dah tahu kebenaran dia menipu ' . aku cukup tak suka. macam kau tu tak menipu orang lain pulak kan ? kita yang pilih kita nak percaya orang tu lagi or tak. if kita pilih tak nak , sampai bila bila la benda tu macam tu. akan jadi macam food chain. recycle je selamanya. jadi sampai bila bila sifat keji ni tak hilang. memang betul kita tak boleh ubah semua orang and aku tahu tak semua yang baca ni rasa terkesan. tapi aku percaya , if kita start dengan diri kita sorang je , insyaAllah akan jadi lebih baik. percaya lah.


kenapa aku tak kisah orang tipu aku ? sebab aku dah dewasa untuk fikir yang aku pun pernah tipu orang and bila menyesal , aku mengharap peluang dari orang. jadi sebab tu la aku tak kisah. sebab aku nak peluang dari orang untuk tebus every single thing aku pernah or akan buat. it's free je pun. and insyaAllah dapat pahala. kita memaafkan orang adalah lebih baik dari segalanya. after all , they said , treat people how you wanna be treated. you may say that im rude or  kasar or what , but if you take some time untuk fikir and muhasabah diri , kau akan sedar benda ni jadi bukan saja saja. must be a reason behind it.


yes , must be. :)



ingat eyh im not saying aku baik or aku sindir orang. semua tu aku cerita apa yang jadi dekat aku. kita semua , kalau tak hari or esok , lambat laun kita mesti perlukan lagi satu peluang dan kepercayaan dari orang. stop being so doubtful or was was. sebab was was tu sifat syaitan. :)





Tuesday, February 28, 2012

Sebab Peluang tu Tak Sentiasa Ada



#tajukkecil ; Do Not Regret.


assalamualaikum. tajuk dah campur BM English. oh ya aku kan selalu tak check comment ada ke tak. so tadi rajin maka ada satu comment dari kawan lamaaa. hi Nuar ! teruskan baca blog aku kalau kau sayang aku. :D okay tu je. so sekarang aku sebenarnya nak cerita pasal apa yang aku rasa. selalu pun apa yang aku rasa jugak tapi sekarang ni more to heart punya issue. tapi tak la sedih pun. 


okay , last weekend aku terpaksa travel ke Kelantan naik bas sebab doktor beritahu tetiba je kena pergi HUSM untuk rawatan kan. jadi aku ni bila naik bas , aku suka la berkhayal. aku suka berfikir. kekadang susah juga dilahirkan sebagai orang yang berada dalam golongan pemikir ni. sementelah aku pergi dengan separuh perasaan yang tak tentu. tak sedap hati. jadi aku rasa macam what if malam tu malam terakhir aku. what if sebelum tu la alst time aku jumpa siblings aku. what if tu last time aku texted few friends yang cakap aku sayang mereka. what if ? what if what if. tu je aku fikir. aku takut aku tak sempat nak beritahu semua orang yang aku sayang mereka semua. yang aku rasa bertuah ada orang suka and sudi berkawan dengan aku. aku takut aku tak sempat nak beritahu yang ' saya sayang awak sangat walaupun awak sampai hati kecewakan saya '. you know stuff like that la kan.


selalu ada juga yang tanya aku , kenapa aku selalu je bagi peluang pada orang. kenapa la aku boleh tahan orang kata aku macam macam. kenapa aku still mampu untuk percaya orang yang tipu aku. aku tak mengaku diri aku baik. in fact , aku pun tak tahu orang determine baik tu dari segi macam mana. ada je orang cakap aku berlakon baik. cakap baik baik dekat facebook , dekat blog sebab nak tunjuk baik. ya Allah hai kalau la aku ni nak tunjuk baik , takdenya aku nak marah kadang kadang terlepas jugak dekat blog. ada satu kes , someone selalu maki hina aku macam macam lepas tu buat macam takde apa jadi. forgive and forget. tapi tak. takde forgiveness cuma ada forget je. ada yang tnya whyyyyy kau still bagi peluang ? ada yang cakap sebab aku degil. sebab aku keras kepala. tapi jawapan aku , satu je. sebab aku tak nak rasa menyesal or terkilan satu hari nanti.


dulu , aku tak macam ni. kalau orang buat apa apa dekat aku , aku akan jadi lebih mean. aku tak bagi dah peluang dekat orang. tapi sekarang , selagi hati aku boleh tahan , selagi aku rasa aku masih kuat untuk go on , orang kata aku bodoh pun aku akan bagi peluang. sebab aku takut satu hari nanti , kalau jadi apa apa and aku tak bagi peluang , aku akan rasa sesal. this thing , jadi bila i lost my good friend sebab cancer.


aku ada kawan. Arwah Nur Zafirah Hussin. masa aku form 4 dulu , aku kawan dengan dia je. kita selalu tukar bagi kad la bookmark la. sekelas je pun. she's very good in AddMaths. sebab kita dua dua budak baru jadi kita kawan. sampai satu tahap tu , tiba-tiba kita jadi renggang. aku dengan geng pengawas and debate dengan Rashidah and Feera dengan geng Mila Van semua. at first , aku tak tahu kenapa boleh jadi renggang. in fact , aku tak pernah sedar and peduli pun. still exchanged kad semua tapi tak serapat dulu. lama lama aku tahu la kenapa. sebab lelaki. dia suka one of our senior nama Izzat tapi that guy suka aku. aku tak tahu pun dia suka aku and aku tak tahu pun mereka ada relationship. i never talked to that guy pun. tapi sebab dia , aku jadi tak cakap dengan Feera. maybe that time , Feera ada perasaan insecure. satu hari masa still form 4 , Feera ada bagi aku kad kecil , dia pesan aku baca dekat rumah but being such a curious person as I am , aku baca kad tu dengan Anice. dia luahkan kalau la kami boleh rapat balik. and dia cakap dia selalu terkenang waktu baik dulu. tapi aku pun tak tahu kenapa tak pernah buka peluang untuk kami jadi BFF macam awal awal kenal. sesalan pertama.


naik form 5 , Feera tak daftar masuk on the first day sekolah. aku tanya Cikgu Syuhud kenapa. rupanya Feera masuk hospital. aku pun tak sempat pergi lawat dia. bila dia masuk sekolah , benda pertama dia beritahu aku , dia nak cerita benda dekat aku. aku selalu cakap okay bila ada masa nanti lah. budak nak SPM mesti la busy walaupun baru Januari. dengan kelas Al-Bukhari folio segala jadah. aku lagi aktif gila debate time tu. aim nak johan kebangsaan kan tapi naib johan je pun. masa tu , aku selalu berlatih depan Feera dekat library. that time , aku dapat rasa yang kami rapat balik. tapi masing masing macam awkward. aku tak try harder and dia pun maybe rasa bersalah. yeah sesalan kedua. lama baru aku tahu dia sakit. kena buat kimo semua. sebab every month dia mesti akan cuti dalam seminggu macam tu. aku still ingat benda last kami buat sama sama was baca syair dalam kelas Cikgu Manan. the last thing benda dia belanja aku was karipap kantin. the last time , we ate together time petang sebab ada extra class. i bought her Mee Kari. masa first time ujian tahun tu , sebelum paper AddMaths , kami duduk luar kelas dekat kerusi panjang. dia cakap " Irma , Feera nak sangat cakap something dekat Irma. tapi sekarang masa tak sesuai. nati la bila free kita cakap ". kadang kadang bila aku tanya , dia pula sibuk. bila dia nak cerita , aku pula ada hal. lama lama benda tu berlalu macam tu je. satu bulan tu , bulan April , sebelum dia pergi KL , kami borak borak dekat surau time solat Zohor , kami solat sama sama , aku kirimkan jelly masam dekat dia. dia sempat cakap , " debate elok elok , jangan lupa kad kad Feera , nanti Feera balik Feera nak cerita benda dekat Irma. Irma kena dengar tau " . masa tu aku tak tahu kenapa , aku nak dia cerita time tu jugak tapi mulut aku cakap " okay Irma tunggu nanti kita borak sambil makan Mee Kari haha ".


time passed , masa peperiksaan pertama , Feera dah lama tak datang sekolah , paper AddMaths , tetiba time rehat , aku dapat berita yang Feera dah takde. dia dah meninggal. satu kelas menangis. and time tu , aku rasa menyesal sangat sangat , sampai sekarang aku rasa menyesal kenapa aku tak bagi peluang sekali je , sikit je dari masa aku untuk dengar apa dia nak beritahu aku sedangkan aku tahu betapa teruknya dia sakit. dengan rambut dah takde , kuku dah jadi hitam tapi aku refused untuk luang masa masa terakhir dengan dia. waktu tu , aku rasa aku kawan yang paling penting diri. satu peluang pun aku tak bagi pada orang untuk dengar apa yang dia nak cerita. aku rasa bodohnya aku buat dia tunggu untuk bercerita. betapa aku tak hargai masa aku jadi BFF dia waktu dulu. sedih sangat. perasaan yang kecewa dengan diri sendiri sebab bila pusing belakang , aku dah tak nampak Feera lagi dekat tempat duduk dia tu. bila pergi kelas Fizik , aku dah tak boleh dengar suara dia bergabung dengan aku usik Cikgu Syuhud. :/


sejak tu , aku sebolehnya tak akan hampakan permintaan orang. aku tak agak agak untuk beritahu apa aku rasa. kalau orang minta tolong , sebolehnya aku akan tolong sampai aku mampu. lagi lagi bila aku sendiri dikesan ada cancer CML lepas derma darah 2 tahun lepas , aku akan bagi je peluang pada semua orang. sebab aku takut tak sempat. what if ada yang pergi dulu sebelum aku ? aku dah tak nak rasa sesal sebab aku abaikan permintaan orang. aku tak nak sakitkan hati orang. memang betul aku bukan superhero yang boleh pebuhi semua permintaan orang tapi aku akan cuba. kalau aku mati pun , aku harap orang tak rasa terkilan dengan aku. takde rasa ralat. takde rasa menyesal. sebab tu jugak , kalau orang hina aku maki aku , selagi aku boleh tahan untuk jadi kuat , aku akan maafkan. aku akan cuba bagi peluang untuk dia berubah. tapi kalau dia masih tak mampu fikir macam aku rasa , aku tak boleh buat apa lagi dah.


manusia , biasa la. bila depan mata , semua kita tak nampak. kita tak sedar. kita tak pernah fikir what if jadi apa apa kita dah tak akan ada peluang lagi untuk buat apa apa. bila tak ada , baru la kita akan terasa. kita akan hargai. waktu tu , baru la kita rasa if only dia masih ada , kita akan spend time dengan dia. kita akan sayang dia sebaiknya. kita akan hargai dia. kita taknak lukakan dia. if only ; is the saddest word in the world. :)


aku bukan la nak tunjuk aku ni baik tapi aku bersyukur sangat sekurangnya aku dah belajar. aku dah ada pengalaman untuk sedar dan ajar aku untuk hargai orang. walaupun orang bagi aku gula gula 20 sen , tapi aku belajar hargai orang tu. kalau aku ignore dia , what if tetiba dia takde lagi ? aku dah tak sempat nak ucap terima kasih lagi. sekurangnya , aku buat dia rasa yang masih ada orang hargai dan sayang dia.


sebab tu , kalau kita diberi peluang , kita jangan sia siakan. kalau kita ada ruang untuk tunjukkan sayang kita , kita jangan tangguh. kalau kita nak buat sesuatu , buat je terus. jangan nanti bila samapi satu saat , kita akan rasa menyesal sampai kita terbeban dengan sesalan. hargai la peluang orang beri sebabnya kita tak tahu apa akan jadi esok. jangan kerana ego kita , kita hilang apa kita sayang. :)






p.s ; to all Malaysians yang duduk Lincoln , im sorry that ive deleted you guys from my facebook. im not sure why you guys added me long time ago. if betul nak cipta satu persahabatan , you guys wont ignore me right ? this is not within a week decision. ive given you guys a chance like 4-5 months ago to see either you guys really wanna be my friend or not. but if you guys really wanna know me , you can add me again and start the communication and all. but if you guys added me just because of one particular person or sebab saya nak pergi Nebraska , please stop doing so. :)