Sunday, August 05, 2012

Sebab Hari Ini Cuti



#tajukkecil ; Random Macam Biasa


Assalamualaikum semua orang. sudah 16 Ramadhan. dah masuk juzuk 16 ke belum mengaji ? kalau belum cepat kejar sementara masa masih ada. kalau tak nanti mengah kauu nak mengejar. <-- kata diri sendiri.  haha tak kelakar. okay lah sejak kebelakangan ni rasa ya Allah 24 jam tak cukup. well tipikal manusia ah rasa tak cukup kan. maybe sebab kerja busy gilaaaa. aku perlu menggunakan semua tenaga yang ada untuk kesana kesini , guna otak untuk fikir what's next what's the decision what's the result. lepas tu sah sah la guna  tenaga untuk bercakap. bercakap untuk deal dengan patient. kalau yang tak reti cakap melayu kita speaking je selesai masalah. ni kalau yang stok cina cakap melayu tak betul , english pun tak faham nak buat achane weh ? tak ke stress aku nak explain apa cerita sebenarnya. kalau dah air mata jadi mata air , air liur jadi liuk Dr Dinesh jadi Disney Dr Jason jadi Jacksong memang pasrah la aku main teka teki dekat situ. uji kesabaran  ? yang tu tak payah cerita wehhhh. memang kerja ni aku mengaku la banyak ajar aku supaya lebih banyak bersabar. itu yang habis kerja tu rasa ya Allah penatnya aku. terlalu memaksa pun ye jugak kot. lepas tu mana nak fikir bisnes wahhh bisnes kau walaupun industri kecil je sekarang kan tapi still , tekanan tu ada. kau ingat senang dengan gaji banyak tu nak simpan untuk masa depan , simpan untuk bakeri , beli roti keras beli Tia Amelia , beli syampu beli stok makanan yang selalu magik cepat habis. mana nak fikir duit nak buka bakeri yang seketul kedai tu nak bertapak guna duit  sendiri bukan senang rupanya. ingatkan senang macam berangan :D tulis plan lepas tu potong lepas tu plan lagi lepas tu potong. designing lagi lah. nak try resipi baru lah. busy memang dah tentu. penat tak payah cerita tapi sebenarnya seronok sebab atleast aku tahu aku boleh sebenarnya. cuma kena kerahan tenaga je. lagi satu sibuk ni buat aku tak fikir benda yang entah apa apa. masalah cinta ke masalah takde orang belanaj buka puasa ke masalah kredit takde ke semua tu tak fikir. selalu tetiba je nak call orang ehhh kredit takde. nak guna line tak mampu. padahal malas nak ada commitment nak pergi Maxis bayar bil. nama je pakai smartphone tapi masih pakai kredit. haha oldskool habis. tapi sekurangnya aaku tahu apa aku nak. berguna jugak kedegilan dan keras kepala aku nih. wahh puji diri sendiri bagaimanakan itu ? biar.


oh okay cakap pasal kredit ni dulu kan aku selalu update yang bapa selalu topupkan aku and Baby Mok Mok <-- nama panggilan baru haha :D. so Abah kan selalu called anaknya ini. bukan aku tak call tapi selalunya aku call Mama seminggu sekali and Abah seminggu sekali jugak la. kira seminggu tu called mereka 2 kali. tapi kekadang called Mama tu lebih. so last week memang tak called bapa. tetiba Jumaat hari tu Abah accident. serius aku macam ya Allah terkejut gilaaaa. dah la masa tu aku kerja petang so automatiknya kalau kerja petang akan tidur hostel sebab next day tu morning shift. hari tu Jumaat memang sendu la sebab lupa nak bawa air and makanan untuk buka puasa. mujur Hamdi baik hati belikan kuih seplastik. banyak pahal budak tu ha. bila jadi benda  ni jadinya aku ni last person kot tahu sebab dorang yang lain ingat aku dekat rumah so bila called Angah aku pun patut tahu. masa Angah called aku baru balik kerja. around 11. dengar suara Angah nangis terus cuak jantung macam takde dah. gigil badan kaki tangan. cecepat called Mama sekali kredit 60sen T_T. mujur ada topup terus masukkan nilai then called Mama lagi sekali. cerita cerita semua rupanya Abah kena hit and run. kesian bapa aku pengsan tepi jlaan keseorangan. kalau tak fikir bulan puasa memang kena maki orang yang langgar Abah tu. terhentak kepala. Abah tak sedar apa mujur ada budak moto angkat Abah bawa pergi hospital. biasa lah dia pergi masjid mana bawa hp or wallet. so dekat hospital alone macam tu yang Mama tunggu Abah dekat rumah kemain lama tak pulang lagi. Tuhan nak tolong kebetulan ada kawan Mama pergi hospital tu sebab mabuk salah makan apa entah then nampak Abah alone dekat emergency tu maka called Mama. bergegas la pergi hospital. kuat juak kot terhentak so aku bila denar tu berjurai airmata memang tak tipu la fikir bukan bukan dah. bila tengah malam Mama SMS cakap Abah was okay cuma kena admitted rasa la lega sikit tapi nangis tak stop lagi. apa masalah entah nak over drama kan. scan kepala pun takde apa Alhamdulillah. 

ahh sedihnyaaaaa :'(

setiap masa aku called Mama tanya Abah dah sedar ke belum. Alhamdulillah jugak takde fracture ke apa. jujur aku cakap masa aku dengar je Abah accident aku memang takut betul. time tu baru insaf weh asal selama ni banyak sangat rebel. lepas tu kalau tak rebel tu kemain liat nak hantar mesej ke call ke tanya khabar. selalu call pun tersirat la cakap rindu kucing padahal dalam hati tu rindu Mama Abah. tak faham kenapa diri sendiri nak malu nak mengaku. bodoh betul rasa. bayangkan betapa takutnya aku masa tu aku memang shaking habis lepas tu siap doa ya Allah kalau apa apa jadi dekat Abah Kau ganti la semua pahala aku untuk selamatkan Abah. drama kan ? tapi tu je aku boleh cakap sebab aku takut. walaupun berapa je la pahala aku wallahualam la kan. takut aku lost dia. memang la mati tu pasti tapi entah aku tak sedia tak terfikir yang one day he or Mama wont be with me anymore. mungkin jugak selama ni aku rasa yang dorang selalu ada. mesti ada. pergi mana mana dorang ada. dorang selamat. Abah and Mama pulak Alhamdulillah takde penyakit apa. Mama je la ada migrain. bapa memang selalu fit la katanya kan. sebab dia sportman. main tenis apa semua. jogging 20km pergi balik. yang anak dia jalan pergi KFC depan dan insaf. itu yang rasa secure sangat. bila accident walaupun tak teruk tapi sebab aku drama kan over macam biasa and Abah tak pernah warded tak pernah accident tu yang membantu aku lagi rasa ya Allah apa la jadi kalau mereka takde. memang jujur aku cakap aku insaf dan terasa la. hikmahnya disini walaupun Abah accident buat aku sedar yang aku kena jadi anak yang baik. enough. jangan nak emosi lagi Nurul Ain. tu la selalu gelakkan bapa dan ibu bila jadi macam ni tahu pulak menggigil ketakutan cuak segala rasa nak click buy terus masa masuk web AirAsia tengok harga tiket. padan muka sendiri. 


so hari ni Abah dah balik rumah. dah okay Alhamdulillah. luka sikit je la dekat tangan. tak teruk cuma aku ni takut sangat. maaf la kalau sesiapa yang tengok keadaan aku malam tu rasa tertipu. aku memang tak mampu kawal perasaan time tu. bila fikir balik malu pun ada nak dramatik sangat. baru kau tahu Nurul Ain kecuakkannya if jadi apa apa pada mereka. selama ni kekadang tu ambil mudah je. 


okayyyyy so episod sedih dah lepas. air mata pun kering dah sebab time tu semalaman tak tidur sebab risau menyesal etc semua ada. sahur pun dalam gelap macam tikus makan roti Gardenia sardin 2 bungkus. :D so now nak cerita yang budak gemuk Imaan Nayli Na nak balik raya ni yeayyy ! 9hb ni cukup setahun lah kiranya dia. nak bawa dia pergi jalan. nak beli Mary Jane. nak tampar punggung dia dan nak tampar pipi dia. macam boy. kalau Skype dengan Atok and Nenek , Mama cakap Atok ( Abah ) selalu sua coklat dekat dia lepas tu macam tahu tahu je gigit jari. ish geram betul. aku pun lama dah tak skype dia. busy kan. benci betul macam nih. balik nanti aku nak ambil gambar dia banyak banyak lepas tu video banyak banyak. biar full memory camera. :P

MaanMan gemuk.


oh persediaan raya aku satu apa pun takde lagi lah. maybe beli kasut dengan tudung je la kot. perfume ke apa ke segala jadah tu tak perlu. hari tu baru je ada perfume ala YSL so jangan nak over Nurul Ain. macam kan kanak kanak Ribena nak beraya sakan semua nak baru. tak tahu kenapa tahun ni rasa sayang lebih pada Ramadhan. mungkin sebab dah tua. :) memang la rasa tak sabar nak balik berkumpul semua kan tapi kalau boleh nak Ramadhan tu stay jugak sebab aku tahu kalau bulan biasa aku tak sekuat ni. takdenya berdisiplin tinggi setiap kali lepas solat mengaji , satu juzuk satu hari malam bangun lagi siap berazam sebulan ni khatam tak bercerita bnda mengarut TV pun jarang tonton. mengantuk macam mana pun tegas je mandi. kalau bulan biasa kau jangan nak harap sangat Nurul Ain segigih ni. astagfirullah aladzim tapi tu lah cerita dia. ni bukan nak menunjuk ke apa tapi nak cerita betapa besarnya kesan Ramadhan tu. harap harap aku kekal la macam sekarang walaupun masuk bulan Syawal seterusnya. doakan aku. mana la tahu kot dah dapat main bunga api aku syok sendiri sampai lupa daratan khennnn. :P tapi sayang macam mana pun nak buat macam mana. masa bergerak kan. InsyaAllah la dia tahu yang terbaik. semoga semua amalan kita semua diterima dan digandakan pahala. insyaAllah. kita sama sama doa la untuk semua ye. aamiin. :)


nanti bila ada masa aku update lagi. mood nak update pun kadang kadang kembang kuncup je. dah namanya busy lepas tu bulan bulan puasa ni banyak kerja yang lain didahulukan lah kiranya. dah tua tua ni biar lebih islamik la sikit kan. biar nampak perubahan tu. ye aku kata diri sendiri je. nak kata orang tak baik berdosa kauu. lagipun takut la satg jadi macam kata-orang-pandai-diri-sendiri-macam-apa-je type of person kan. dulu selalu jugak aku baca blog sendiri. sekarang ni nak tengok hp pun habis kerja baru sibuk sibuk check apa jadi. tu yang selalu orang call ke SMS ke aku tak sedar. lepas tu nak reply ke return call ke bertangguh sudahnya sampai ke malam lupa. ampunkan aku ye semua orang. oh ya majlis berbuka puasa dekat tempat kerja hari tu okay je tapi sebab aku ni kalau berbuka jenis yang lantak nasi , so bila takde nasi tu tak rasa kenyang. dah la rehat 30minit je. aku kan kena kerja time majlis tu so kena take turn la rehat and pergi makan. makan laksa pun tak habis. kuih pun tak rasa. tapi mujur marble cheesecake dan brownies laku tinggal bekas kosong je. hehe. :')


well till then. selamat mengejar pahala dan ganjaran di bulan puasa. assalamualaikum semua. :))



Thursday, July 26, 2012

Ni Entri Kek. :D



#tajukkecil ; Hampir Sebulan Dah Tak Update.


Assalamualaikum semua orang. selamat berpuasa. dah nak masuk 6 Ramadhan hoiiii cepatnya masa berlalu harap semua amalan kita diberkati lah semua hendakNya ye. sejak sejak kerja pagi petang ni cepat betul masa bergerak tetiba eh dah berbuka ke alamak ramai patient la so minum air masak je dulu. sadis. T_T tapi tak la teruk mana pun cuma flat sikit la. yang patient pulak datang menyerbu nih. tetiba je ramai lepas tu sunyi jeee. kalau datang tu semua nak emergency case je matik katak lah kami semua. tadi paling extreme lah. abang tu datang cakap nak pergi emergency sebab katanya kaki luka. sekali tengok haa kau dia balut dekat plastik darah siap bertakung dalam tu punya banyak darah keluar. tapi yang heronya siap boleh drive datang hospital. lepas tu bagi kunci kereta dekat aku minta tolong alihkan kereta dia kalau ada apa apa sebab dia parking betul betul depan main entrance. nama aku nak drive memang tak lah woii. haha. tapi insyaAllah He knows best kan kena kerja waktu puasa ni macam mana. at least tak curi tulang and tak bebankan orang dalam bekerja. oleh itu mari lah kita kejar mengejar menggandakan pahala. insyaAllah aamiin. sekian dari Ustazah Ain.


sebenarnya nak tanya ada orang rindu iolls tak neh ? hihihi. *gedik sangat* okay lah okay lah foineee sekarang ni kita update mengenai suprised party Kak Ika okeng. actually takde la sambutan apa pun. just aku buat kek je. satu aku punya singnature dish la ewahh belum apa apa dah singnature dish kan over sangatt. so aku buat Chocolate Brownies yang enak aku cakap enak sebab aku sendiri makan tak ingat dunia dan apa itu kolestrol wahaha. :D dan satu lagi kek ialah butter pecan. kek butter pecan ni aku memang dulu dah selalu buat jugak. tapi sebab hari tu baca blog Kak Nadiah yang soft dan lemah lembut je rupa paras dia ye lah nak kata perwatakan tu aku tak kenal secara live lagi kan. tengok dia buat kek tu so aku macam dah lama tak makan so nak buat jugak lah sebab terliur so aku pakai resipi yang selalu dok buat la. apahall kau Nurul Ain nak buat kejutan tapi buat kek yang kau suka makan. duhhh. jadi sebenarnya dah komplot dengan Kie and Wan nati hari sekian sekian kita buat la camni camni. saja nak buat awal sebab nak puasa dah kan. birthday dia 26 July tapi sebab aku excited kenapa entah so aku tak sabar. jujurnya aku teringin nak makan kek tapi if aku buat sebiji untuk aku sorang sure tak habis. so aku fikir baik la aku buat 2 biji untuk mereka and aku boleh makan jugak sambil sambil tu. haaa gittew leww. so bila dah kerja pulak roster tak sama dengan 2 makhluk Allah yang tadi tu so semua macam lost jadi ke tak. so aku cakap takpela if jadi aku confirm balik. haaa tu dia dasar pemalas update blog ada dialog pun tak letak tanda seru ke pembuka kata ke apa. :D then bila keluar roster baru , aku cuti hari Isnin so if cuti senang la nak baking. tak penat sangat. maka sambutan birthday adalah hari Selasa. tetiba je semua orang tengok aku angkut 2 kotak kek. semua teruja. aku bila orang teruja lagi la aku semangat rasa macam syahdunyaaaaa orang suka makan makanan aku. terus rasa nak mengalir air mata terharu. padahal sebelum tu cuak sebab ada brownies terbalik sikit so topping dia kena kusyen kereta Abang Bob. cuak habissss. :/


kalau kira dah dekat sebulan jugak aku tak baking. kira lama la tu bagi aku. busy kan kerja. balik pun penat lepas tu nak buat kerja rumah semua so abaikan la baking. jadi bila dapat peluang memang 2 terus aku buat kek. tapi sorry la aku update bulan puasa pulak. kalau rasa tak tahan nafsu nanti malam la baru baca eyh. sorryyyyy. 


so pada hari kejadian , aku kerja pagi so aku bawa masuk Brownies dulu la. kek hari lahir kita sembunyikan je dulu. lepas tu bila aku busy dekat belakang semua nampak Brownies atas meja terus jerit , " Ainnnn you're working todayyy ! " aku macam hah camna tahu iolls kerja hari ni so Kak Villa jawab " I saw your cake I dah tahu u kerja " awww omelnyeww dowang neh perasan kewujudan ittew dengan kehadiran kek. ngehehe. over okayy nak terharu segala Nurul Ain woi. masa nak buat suprised aku macam alamak time bila nak keluarkan kek nih. dengan patientnya ramai busy la apa la aku dah nervous takut tak sempat sebab Kak Ika kerja sampai pukul 3 je. last last sebab aku dah cuak sangat so aku tulis surat. surat panjang okayyyy macam surat nak minta putus bercinta je gayanya. lepas tu aku letak je atas almari tepi mesin fotostat. sekali time tu jugak lahh Kak Ika  buat buat sibuk langsung tak masuk dalam nih. aku rasa macam nak je heret Kak Ika tu masuk and suakan kek tu depan dia sebab orang lain dah kalut nak tengok apa semua. Miss Tan lagi la asyik la cakap wah sedapnya bau la apa la. nak intai malu malu. then Kak Ana yang penyibuk tu *aku memang dah anti dia ni semua dia dah over sangat cari pasal hari tu* kalut suruh Kak Ika potong kek. Kak Ika ni jenis blur tau so dia macam tak tahu apa yang mereka dok kecohkan ni. sekali aku dah merajuk la kan so aku keluar rehat. bila aku balik dari rehat tu mata dia merahhh gila sebab nangis lepas tu cakap sedih sedih Ain kenapa susah susah la apa la. aku macam alah rileks la Kak Ika. aku pulak kena pujuk dia. so camtu je la suprisednya haaa. takde grand ke apa tapi as long as Kak Ika and orang yang makan kek tu happy , dah cukup untuk aku. dorang kata kek tu sedap and soft so kalau korang nak tahu betul ke tak , tanya ah dorang. kalau tanya aku , aku mana berani nak kata sedap. kang kata sedap sebenarnya tak sedap malu iolls dengan uolls nanti. jangankan signature dish terus dapat balcklist dari semua. haha. okay tak kelakar. :/


gambar ambil guna henpon sebelum pergi kerja jam 7 pagi. bergegar sebab nak cepat. :D

actually aku nak buat fondant tau kek birthday tu tapi entah macam mana aku bangun pagi rasa ahhh malasnya nak membentuk buat acuan patung kecil kecil pulak kan so buat krim macam biasa aku dok buat dah la. guna Topping Ace lebih kurang. selongkar almari ada lebihan bunga yang buat cupcakes tunang orang hari tu so belasah la. bunga tu actually warna putih so aku kasi dip dalam kalae peach maka dapat la bunga ros warna peach. ngehehe. buat lebih kurang je so sorry la Kak Ika tak perfect sangat. gambar pun gegar kan. macam takde kualiti. nama je smartphone tapi kalau tangan empunya diri tu jenis bergegar pakai apa pun memang la macam gegaran hasilnya. yang Brownies tu biasa je la. lepas siap bakar , buat cooking chocolate terus tuang lepas tu cari almond flakes dah takde. alahai so since aku ni remaja KBKK maka aku tabur je love flakes so dia colourful gittew. ceria okayyyy. cooking cgocolate aku buat sendiri. aku tak beli dengan kedai sebab aku ada masalah masak cooking chocolate yang dah siap. lagi satu aku tend tu makan chocolate bar tu. eheh. aku punya resipi cooking chocolate senang je. butter , susu pekat and serbuk koko and rasa dia naissss. :) terpulang la nak buat banyak mana tapi sukatan kena sama. kalau 1/2 cup butter so susu and serbuk koko pun kena banyak tu jugak. and kena kacau dalam periuk atas api yang slow sampai sebati kalau tak nanti berketul.


guna henpon juga tapi time tengah makan so gegaran kurang. hasil memuaskan.

aku ingatkan cukup la sebiji kek 1kg kan lepas tu dah ada Brownies lagi. sekali diri sendiri pun nazak nak makan tak dapat. mujur la Brownies kegemaran diri sendiri tu aku ada simpan sikit dekat rumah and dah bagi Angah siap siap sikit. yang Butter pecan pun aku rasa sikit je. toleh toleh ehh dah tinggal kotak. takpe lah. rezeki mereka makan. aku okayy je. next time boleh buat lagi. takde masalah punya. so dorang tanya ni tester raya ke apa aku cakap tak lahhh emang nak bagi korang makan saja saja sambil celebrate birthday Kak Ika yang dah nak kahwin. dorang punya feedback Alhamdulillah okay cakap sedap and delicious la verylicious la. aku sukaaaaa :))


so bila aku buat butter pecan cake tu , Kak Zai ada tanya pandai buat tak Marble Cheesecake. aku cakap boleh la tapi tak tau la pada Kak Zai sedap ke tak <-- ni jawapan standard aku la kalau orang tanya. haha :D play safe orang kata. jadi aku pun kerja petang hari Khamis aku cakap dekat diri sendiri ahh buat cheesecake pulak la sebab hari tu ada yang tak sempat rasa kek. yang geng casualty pun dapat makan sikit je. so aku buat la marble ni dengan niat nak bagi Kak Zai and aku nak makan sendiri. aku tak makan cheesecake pun tapi aku makan yang coklatnya tu haa. tapi sambil buat tu dah risau kot la jadi macam Oreo Cheesecake yang dulu tu. siapa yang merasa Oreo Cheesecake tak berapa mantap tu harap dah lupakan rasa dia macam mana. :D terus nervous gilaaaa takut peristiwa berulang. tapi time tu tawakal je lah kan sebab Marble Cheesecake ni jauh lagi senang dan tak seremeh Oreo Cheesecake tuh.  since ada lagi cream cheese dalam peti ais aku pun zassss buat kek. tapi dia tak sempat keras sangat lagi aku bawa pergi kerja. first aku bagi Wan and Kak Ena rasa so dorang kata nice. aku dah rasa nak sujud syukur dah sebab peristiwa Oreo Cheesecake tu tak berulang. aah macam drama tapi serius aku risau. kang jangan kata nak bagi orang merasa sekali rasanya hampagas sendiri yang malu. tak best la perasaan macam tu.


since aku bawa sikit je pergi kerja so aku dapat la ambil gambar yang senonoh sikit bila aku balik rumah sebab kek tu dah keras. teringat la kata kata Pakwan yang gambar tu bagi lawa. dah ada DSLR tu gunakan. nanti senang nak promote la apa la. so gigih la aku jadikan sekeping ni sebagai model semata nak buat gambar jadi lawa. boleh la bokeh sikit so aku puas hati dah. lagi pun ehh malas la nak menungging ambil gamba sepotong kek ni makan masa setengah jam. koserr aku. banyak kerja lain nak buat. ewahh saja je nak menujuk wanita bekerjaya sekarang ni. :D


menyelerakan tak gambar lelawa macam ni ? :P

betul kata Pakwan , gambar tu membantu sesuatu nampak menarik. hewhewhew. tapi selalu ambil guna hempon gegar tu senang terus boleh upload. ni kalau guna DSLR nak upload segala alahai leceh la woi. gambar je pun bukan korang boleh rasa. EH. terkaygee pulak perangai. matiklah drama sangat khenn sebab feeling macam kek kau tu sedap sangat Nurul Ain oii.


tapi yang marble Cheesecake ni ada cerita dia. aku kan bawa kek yang baru masak tak berapa nak keras lagi so aku tumpang la peti ais casualty. 2 tupperware kecil je aku bawa sebab nak simpan untuk makan dekat rumah jugak sikit. sebab Angah makan Cheesecake. aku tak makan sangat so aku korek yang coklat  yang Angah makan cheesecake nya. :D so aku letak je dekat situ then buat kerja macam biasa tanpa risau. sekali bila Kie nak balik , aku suruh dia pergi rasa kek aku bawa. sebab aku dah bagi Wan and Kak Ena so Kie pun mesti kena rasa. sekali balik balik je merasa , Kie cakap sebekas dah habis. tak tahu siapa makan. wuwuwu aku dah sedih sikit la kan tapi lepas 2 minit aku terus hahhhh terkejut beruk dekat situ menangis tepi dinding. Hamdi nampak pun aku tak peduli dah. sakit hati aku okayy. aku minta tolong simpankan je tapi tak tahu siapa yang tak tahu malu sangat makan kek aku sebekas habis. nasib yang sebekas lagi tu tinggal 2-3 ketul lagi so sempat la bagi Kak Zai rasa. lagipun bukan rezeki aku kot. so akhirnya semua dapat rasa la secoit sorang. happy balik la aku nihhh. Hamdi kata marvellous. Kak Zai kata delicious so okay lah. Miss Chow penggemar cheesecake pun kata sedap. Kak Villa over sikit sebab cakap Ain cepat cepat buka kedai please. terharu sangattttttt :') geng casualty pun kata sedap so aku dah cukup happy dah. nama aku nak kata aku punya kek sedap memang tak la. kalau orang puji tu Alhamdulillah. kalau orang kata tak sedap ank buat macam mana. yang penting aku suka makan jadi aku buat sendiri. bila ramai kata sedap and doakan aku ada bakeri satu hari nanti , rasa terharu kali keberapa entah maka terus lupa kemarahan kek hilang masuk dalam perut buncit siapa. haha :D


well tu je la untuk minggu lepas punya kejadian. seminggu 3 kek aku buat and puas hati sebab lama dah tak baking ! :) siapa nak order untuk raya boleh je tapi iolls balik kampung tau raya tahun ni jadi kalau nak makan lepas raya boleh la untuk open house ke apa. kalau nak rasa , datang rumah la Nurul Ain buatkan khas untuk uolls. 


makanya till then. puasa baik baik ye semua orang, jaga amarah. jaga diri. jaga tingkah laku jaga perkataan yang keluar dari mulut. assalamualaikum. bye semua kesayangan. :')





Tuesday, July 03, 2012

Randomly Update.



#tajukkecil ; Siapa Yang Bakal Ku Panggil Sayang ?


hi lovebirds dan angrybirds dan ladybirds. kekasih gelap sihat ? skandal sihat keeeeee ? 


okay foine Nurul Ain tak kelakar. tetiba update macam tu nampak sangat ada skandal. ye lah mengaku ada skandal nama Kaer sebab boyfriend ialah Anuar Zain. please jangan heboh nanti blog hiburan tahu. *tangan kedada mata keatas* ohohoiiiiiii tajuk kemain curlass okay padahal ni random post semata. takde event yang menarik nak beritahu sebab terlalu terlalu terlaluuuuuuuu dedikasi kerja sampai kalau hari cuti memang duduk rumah kemas bilik , basuh baju kemas rumah masak sahaja. macam takde life tapi rasa seronok bila hari cuti. haaa nampak ? nampak tak ciri bakal surirumah berjaya tu ? 


akan tetapi hari tu konon rancang nak keluar main bowling dengan rakan sekerja sekali tak jadi. sedih betul. sebab ye lahhh orang ada girlfriend katanyaaaa kena lah pergi sambut hari lahir girlfriend. redha je lah kawan kawan ni konon beri sokongan supaya kekal berpanjangan jodoh mereka aamiin. dah la pada hari kejadian wah hari kejadian katanyaaa macam history sangat lah ni aku cuti so lepas Subuh tu aku macam nak tidur ke nak bangun kemas bilik sekarang sekali zzzzzzzz. memang potong markah anak dara yang perfectionist. jadi bila bangun lambat sikit terus la lintang pukang kemas rumah masak lunch segala. masak ikan jelawat masak asam pedas dan ayam paprik siap siap terus tunggu Wan datang ambil. kau Wan memang failed tau dengar arahan aku. aku dah siap wangi wangi pakai perfume baru tapi sebab kau sesat aku kena pergi cari kau yang berkereta tu sambil berjalan kaki. jalan kaki okayyyyyyy aku sampai KFC depan sana ! redha je lahhhhh. dah masuk kereta terus paksa on aircond paling kuat sebab nak keringkan peluh. nasib baik aku ni bukan jenis yang pakai make up tudung lilit kasut tinggi segala. kalau tak memang aku paku je heels tu dekat kepala dia. haha ! :D walaupun naik kereta dia yang cuak habis takut sesat merata. padahal still dalam taan perumahan aku. lepas ambil aku bergerak ambil Kak Ika. hari hari lah kena lalu tempat kerja sebab Kak Ika duduk hostel. menunggu Kak Ika pulak kemain lama. nasib baik la aku penyabar. ewahhh puji diri sendiri khennn.


dah tu bila dah bergerak semua tak tahu nak pergi mana. masing masing mati kutu. kata nak pergi Sunway je jalan jalan. sebab sebenarnya aku nak makan Waffle. suka betul makan Waffle lepas tu mixed Strawberry dan Coklat. amboi kenangan betul. lepas tu beli ice blended honeydew extra bubble. aku ni dari zaman sekolah lagi minum ice blended. dulu masa lepas sekolah selalu lepak Blueberry cafe dengan Anice Ina Dzah and Shidah minum ice blended and makan kek. curlasss tau zaman remaja dah lepak cafe kau ! lepas study dekat library memang kesana aku tuju. tapi sembunyi sembunyi sebab Mama tak suka aku makan situ. Mama kan biasalah cerewet sikit. sikit keeeeee bukan banyak ? eh seronok kau Nurul Ain buat lawak pasal Mama. kena petir baru nak insaf. :/ okay sambung cerita keluar dengan kawan. rancangan konon nak main bowling tapi sorang pun tak bawa stokin. acane wehhh ? last last Kak Ika guna kuasa yang paling tua maka decided pergi pulau la jalan jalan. foine Kak Ika foineeeeee. tol dan minyak ada banker katanya maka aku pasrah. lepas tu kemain la dorang nak lajak ke kesana sini. aku dengan tegas kata tak payah. jangan nak over. suka buat aku malu tau. :') wah matiklah nak pura pura segan gadis melayu sangatttt. 


since dua orang teman aku tu masih la kelaparan. aku dah makan nasi siap siap tapi sebab orang tu sesat nak ambil aku kan padahal jalan kerumah ni la paling senang maka terus jadi lapar balik. gittew alasan si gorgon mengandung kembar lapan. salahkan aktiviti jalan kaki sebab lapar lagi. so aku tak pernah lagi makan mee sotong tapi selalu la dengar mee tu sedap. so apa lagi aku pun bagi la idea jom kita try lepas tu boleh lepak tepi tebing sambil bergolek atas padang rumput tengok orang main layang layang. bila tengok orang main layang layang la baring la apa la baru sedar aku ni dah kenapa tak bawa kamera wehhhh. sia sia ada kamera tapi tak bawa. kamera hp tak boleh diharap sangat akan kestabilan gambarnya. maka pasrah la suruh Wan je ambil semua gambar. haha. :D


aku tahu ramai rindu nak tengok wajah aku sekarang yang mengalami pertambahan berat badan so nah. haha perasan betul kau Nurul Ain. benci tauuu.


rasa putih dan cute pulak diri aku nih. :8)

siapa kata sedap mari sini aku nak tanya beberapa soalan. ewaahh serius betul. sebab aku curios tahap mana weh kepedasan korang sampai boleh makan mee sotong ni ? aku makan pedas gilaaaaaa sampai tak tahu samada aku masih ada bibir ke tak. kebas gila. sampai menitis air mata. tu air coconut shake sedap minum 2-3 gelas. 2 gelas sebab sedap sangattttt then minta lagi sebab pedas makan mee T_T tak tahan wehhh. dah la cerita dia nak dapat mee tu kemain lama tunggu nya haaa. aku ni kalau bab tunggu makanan lambat memang emosi nak amukan. 3 kali aku bangun tanya perihal keadaan mee aku. makcik yang belakang aku tu berdua tu dia datang lambat tapi kenapa dia dapat dulu entah. terus aku emosi. Wan dah cuak. Kak Ika apatah lagi. Wan siap cakap nasib la duduk dengan gangster nih. ohoiiiii mulut aku cilikan aje si Wan ni. :P aku sopan dan lemah lembut okayyyyyy. tapi kalau bab makanan memang tegas gittew. actually kalau lambat aku okay lagi tapi kalau orang yang datang lambat dapat dulu terus nak amukan. sebab terdapat ketidakadilan disitu. ewahhhhh. over sangat dekat kedai makan pun nak macam tu. haha ! dah la selamba je bagi fakta yang pokok besar depan kami tu pokok kedua tertua di Malaysia. yang pertama dekat Pahang tu. lepas tu feeling feeling pelancong la sangat. minum air gelojoh nak bergelas gelas. pelancong kedahak namanya tuh. :D


dah makan kennyang lepak tepi tebing. yang air pantai kemain laju hari tu tak tau la kenapa. asyik la langgar batu and terpercik ke aku. ye antara ramai ramai orang bersidai dekat situ , hanya aku yang kena. basah okay baju. sabar je la. memang uji tahap kesabaran. dah la kepedasan masih belum hilang. cari penjaja jual fruits pun takde. last last lepas dah kuyup 2-3 kali , buat keputusan nak pergi tempat lain tapi sebab tak tahu jalan , maka jalan yang ikut sipi sipi je asal nanti senang cari jalan keluar. comel je rasa. tapi nasib baik la aku ingat jugak jalan area tepi bandar and Komtar tu. tengs kepada Abang Bob yang selalu bawa jalan jalan. first time pergi First Avenue. T_T cari ice blended tapi takde punnnnnnnnnnnn TT_TT Kak Ika pulak sibuk masuk Parkson. usha handbag sebab nak cari buat hantaran kahwin bulan 11 ni. yang Wan usha benda bling bling nak beli untuk annual dinner. over sangattttttt woi usha sekarang sebab dinner hujung tahu. drama tau. aku masuk brand outlet store lepas tu nampak flats murah murah banyakkk. then nampak gelang tau. nak beli. sekali bila try nampak tak cantik dengan tangan aku sebab pergelangan tangan aku kecil. jadi gelang tu nampak londeh sangat. tak kemas. sedih. :/


sebab aku dah lama tak naik feri , last was masa Angah dengan Abang Bob tak nikah pun lagi. 5 years ago kot. so Wan pun kata jom lah naik feri demi kawan dia yang dari hutan mana entah kolot sangat. syokkkkk. hehe. jakun sekejap la lepas tu bila nampak obor obor kemain bercerita pasal hidupan akuatik. aku apa lagi terus la ingat balik perihal jellyfish yang belajar dulu dulu. keluar la segala Medusa la phylum Cnidaria la produce asexual and sexual la. lepas tu bila nampak banyak sangat terus ajar yang mana aboral surface mana   proximal end proximo-distal axis la. macam good good je tahu pasal kehidupan marin padahal yang tu ingat. ahaha ! :D tapi sebab dia putih dan bergerak beramai ramai terus keluar cerita sperm bergerak macam tu lah. apakah ? redha je lah kehidupan sains ni memang nampak macam 18SX padahal cakap pasal biologi okayyy. :/


keluar tak lama pun kejap je. sebab aku memang tak akan keluar lebih dari jam 8. by 8 memang dah dekat rumah pun. curlass tau perangai anak dara macam ni. kau mampu ? ahaha *petir*. next time nak keluar lagi beramai ramai. syok juga sebab tak fikir langsung pasal kerja. rasa angin laut dari petang sampai naik feri rasa tenang je. sejuk je. sejuk dan feeling sangat sampai abang feri nak baling tali feri pun aku berkhayal. kesian dia sampai terjerit jerit suruh aku berdiri jauh sikit takut kena libas dengan tali feri. T_T mesti hilang suara dia keesokan hari sebab nak jerit bagi aku dengar lawan enjin feri. jakun sangat ke hapa aku ni weh ? redha. :/


nanti aku update lagi cerita pasal birthday celebration. hihihi. :P yang part kena kutuk 2 hari sebab Germany kalah memang takmau cerita. sakit jiwa okayy kena kutuk. last last bila Spain menang aku pulangkan paku buah keras. ngehehe. sebab Spain memang pilihan kedua lepas Germany. kira okay lah weh aku tukar team saat akhir dah. orang lain suku akhir dah menggagau cari team lain. ewahhh matiklah keji orang pasal bola. ingat terer sangat ke aku tengok bola ? haha. boleh la layan jugak sampai HOD masukkan nama aku untuk main futsal team department aku sempena friendly game lepas raya. nampak sangat dah boikot aku tak bagi aku makan lemang banyak banyak time raya. dah la raya pun kawan sekelas dulu nak kahwin. ye la semua orang nak kahwin yang aku masih la feeling Anuar Zain. mujur aku ni penyabar walaupun kadang kadang time masak tu feeling tunggu suami balik makan. ohohoiii kau dah kenapa Nurul Ain nak over drama ? :P



okay till then. esok kerja pagiiiiiiiii. and doakan Angah berjaya untuk treatment dia kali ni supaya aku dapat anak saudara lagi. Imaan dah boleh berjalan ! tak sabar tunggu raya. nak bawa dia jalan. nanti nak beli kasut Mary Jane untuk dia sepasang. :') dah 11 bulan dah dia. sekejap je. tajuk kecil tu nanti lah cerita. dah panjang sangat ni nanti letih diri aku sendiri nak scroll down bila baca blog sendiri guna hp. :D



bye ! <3





Saturday, June 16, 2012

2 Bulan Dan YRJS Home



#tajukkecil ; Cerita Kerja


Alhamdulillah dah 2 bulan kerja. dalam pada stress kauu sampai jugak 2 bulan. dari tengok patient usung perut sekarang dah patient bersalin anak kembar lagi. sentappp tengok orang ada anak kembar sebab dengki katanya. wah over nak sentap padahal sendiri masih terkapai kapai nak menyimpan duit kekdahnya. kata nak pergi Mekah jadi harusss simpan duit. Islamik Alhamdulillah disitu. insaf jugak diri kau Nurul Ain. ewahhhh seronoknya hati kecil keji diri sendiri khennn. ye lah post lepas bersedih. kemain sedih menangis sampai bengkak mata. bangun pagi rasa perit mata sambil tertanya tanya kenapa pedih sangat mata ni. buat buat lupa kan menangisi diri sendiri padahal sorang pun tak beri respon dan nak berkongsi kesedihan. padan muka diri sendiri. taip berjela pun mana ada yang nak ambil tahu. buat cemar rekod positif aku je. thihihi.


okay okayyy back kepada cerita kerja. stress tu memang la. kelam kelibut segalanya. memang lipas kudung lah kekdahnya. tapi sedar tak sedar dah masuk 2 bulan. macam macam patient dah jumpa. makin lama makin kenal ramai orang. doktor pun ada la yang sembang dua tiga orang. doktor tempat aku semua speacialist eh so memang gerun sikit lah. semua muka serius aje. gementar okay orang bawahan macam aku ni. kalau call nak tanya apa apa pun sellau buat skrip dulu. wahh drama sangat buat skrip kannn. curlasss pekerja dedikasi macam aku ni. pandai buat kelas lakonan. ;)


jadi sejak kerja ni , lagi banyak la ruang untuk kerja kebajikan. haaa time ni la nak cerita mengenai dinner hari tu. dah lepas lama dah baru la nak update. ni namanya bukan update sebab dia tak up-to-date. ni namanya cerita saja saja. ala kitew kitew aje la kiranya. aku tak involved banyak sangat lah sebab aku busy. tapi orang atasan memang buat kerja banyak la. boleh macam tu ? haha. Alhamdulillah derma dapat kutip lebih dari jangkaan. doktor doktor sahaja murah hati bagi cash. tu belum kira beli table lagi. it was a simple dinner yet meaningful lah. seronok layan dan gembirakan orang kurang upaya ni. 


Matron di rumah YRJS sebelum dinner. usha kawasan katanyaaa.

rumah dan keadaan mereka. yang baju merah tu one of the person yang mempunyai angel's heart lah. :')

dinner.

so seperti yang diberitahu , aku pakai kebaya pareo. alah kata dinner biasa so pakaian pun biasa je lah. sebab nak meraikan adalah yang istimewa tu la. aku tak pergi pun tapi Angah kata tempat tu bersih. orang istimewa tu pun bersih. tak la kotor apa semua.


antara makanan yang lazat.

semua makanan adalah lazattttt sekali sampai aku lupa tugas aku jurugambar sebab asyik makan. thihi :P. shark fin *immitation* lazat sampai berapa mangkuk aku makan. ye aku macam pelahap tapi tak tipu memang sungguh lazat. nasi goreng lazat , ikan tak berapa , dessert lazat jugakk. ahh kalau aku ni bab makanan memang semua lazat. malu pulak rasa. wah matiklah tetiba nak malu sorok perangai gorgon. padahal makan memang banyak. 


sambil tu ada la selit acara menari dari Ward Aides indian dengan tarian apa entah. sebab malas nak bergerak berat bontuit asyik makan mengumpul lemak , ambil dari meja je. tu pun tak setting apa main snap. terus gegar gambar orang menari. orang tu kemain tau dengan gelang kaki segala tapi aku snap satu gambar je. tak guna punya jurugambar. jurugambar yang digoda oleh makanan. :D okay la tak kelakar. lepas aku makan aku rasa bersalah jadi aku bangun jugak snap depan depan stage lagi. siap melukut ditepi gantang lagi gaya aku ambil gambar.


step pun tak sharp patut lah aku ambil sekeping je. EH.

serahan cek kutipan derma.


lepas dah habis semua acara , ada lagi makanan tak sampai. aku hampir amarah dah kalau bab makanan lambat sampai ni. mujur tak terbalikkan meja sebab semua menari lagi. sebab tunggu makanan so kita kena kreatif lah. jadi untuk elakkan budak budak istimewa ni bosan dan naik amarah , kita acara bebas la. menari je lagi. ajak mereka menari sama. terussssss semua semangat. syukurrrrr. kalau tak sorang tu dah mengamuk nak balik rumah. mengantuk agaknya dia. ye lah dia bukan tahu apa pun. bila ajak dorang naik stage , semua seronok. firstly , dinner ni huha huha punya eyh. sebelum korang salah anggap sebab tengok gambar menari ni , baiklah aku jelaskan. takde acara lain pun cuma menari ni je yang ada. lain cuma penyampaian cek , hadiah , sumbangan , ucapan President dan exchange cenderamata. itu sahaja. tapi sebab nak elak buadak budak istimewa ni amukan , kita load mereka dengan tari menari. dan mereka semua ni bukan Islam. well , tolong menolong tak kira agama dan bangsa kan. :)






ye aku memang pemalas nak upload gamabr yang bagus. aku main upload je yang ala ala nampak. lagipun aku taknak letak gambar yang nampak jelas muka orang orang istimewa ni. dorang dan beritahu awal awal kalau nak letak gambar mereka mana mana , jangan bagi nampak muka demi sebab sebab tertentu. jadi aku selamat tak payah nak edit segala tutup muka. ambil gambar yang gegar lebih kurang , nampak tak nampak terus setel. kaygeeee tak perangai aku ? haha ! malas ok malassssss. ye aku memang pemalas amat sekarang ni. :P bila mereka yang istimewa ni menari ewahh semua orang yang normal macam kita ni lagi seronok. seronok tengok dorang ni seronok. sebab kita tahu dorang tak macam kita. jadi bila tengok dorang nak makan pun susah , kita rasa kita ni banyak lebihnya. jadi bila boleh kongsi kegembiraan tu ya Allah Tuhan je lah yang tahunya. dulu masa zaman belajar aku ni asyik la buat kerja volunteer jaga Zoo Negara je pun. bersih kandang badak sumbu , kandang beruk/monyet dan sedok tahi gajah. bercakap pun dengan monyet. sekarang Alhamdulillah boleh jaga tempat kucing ( tapi masa terhad nak pergi ) dan dapat peluang buat charity dengan manusia yang kurang bernasib baik jugak. :')


malam tu jugak , kita berjaay kutip derma jugak lah. at first kutip sebab orang luar datang kan so kira kita lanjutkan la kutipan. Alhamdulillah semua baik hati. semoga dirahmati la semuanya aamiin. :). akibat daripada makanan lambat sampai , jadi kita kekurangan hiburan jadi jalan terakhir wahhhhh jalan terakhir kekdahnya kan. drama sangat. kita buka sesi karaoke la. haaa time ni memang tak ramai yang nak naik nyanyi jadi doctors memang jadi mangsa okay. lepas tu ada yang badan kebajikan NGO pun join mereka nyanyi then cakap siapa nak bagi sumbangan lagi pun boleh. so dari karaoke doktor kita dapat kumpul aroung 2K jugak lah. happy sangat. sebab semua duit memang kita bagi pada YRJS HOME lah. gittew. :)



surgeon and O&G specialist menyanyi dengan penuh perasaan.

macam aku cakap lah , tempat aku kerja semua doktor adalah specialists. jadi korang boleh bayangkan lah betapa busynya tempat aku kerja tu. sebab doktor semua ala ala nerd gittew kan. wahhhhhhh kuangja Nurul Ain kata doktor macam tu. atleast mereka gaji sebulan 65K. kau mampuu ? ye tak mampu aku tahu. gaji aku sikit ajeww. boleh la lepas makan Kennys. eh sedap okayy makan Kennys guna duit sendiri ni. dia punya nikmat tu macam sedap semacam je. ke sebab aku memang gorgon ? whatevs. thihi. :B okay sambung. sebab doktor kalau dekat hospital selalu busyyyyyyyyyy je muka serius manjang so kalau mereka ni volunteer nak menyanyi untuk kanak kanak ni , rasa comel sangat. kemain tau doktor menyanyi penuh perasan. suara piching segala suara ayam pun keluar tapi tepuk je la tangan tanda sokongan. doktor pun apa lagi makin la seronok menyanyi. sukaaaaaaaaaaa ! baju merah tu Mr Yong one of our Surgeon yang cute mute and Dr Chan , the senior of O&G Specialist. mana tempat aku kerja maaf tak boleh reveal. bahaya. ;)


so it was a great night. dorang panggil aku gadis " Utusan Melayu " malam tu sebab asyik la ambil gambar dan berkebaya. lagipun ada jugak jemputan media kan so dorang fikir aku ni pun dari mana mana akhbar padahall oi aku pekerja dedikasi okayyy. matiklah puji diri sendiri. ah lantak yang penting bahagia dan rasa positif. wwahhh curlass rasa positif. padahal semalam emosi. diam lah hati kecil over nak kutuk diri sendiri. :/





in case of ada orang yang nak hulurkan sumbangan , boleh la berhubung atau pergi tempat ni terus. dorang masih perlukan cash money , adult pampers , food etc. tak kora bangsa dan agama insyaAllah kalau niat kita baik , Tuhan tolong lah. :) tolong sesama agama kita tu individu lah tapi ni idea dari tempat kerja jadi kena la ikut pilihan rumah mana nak disumbangkan. pada aku , ni bukan satu masalah. sebab nak sedekah dan menolong tu semua makhluk Tuhan. overall , jumlah kutipan adalah more than 15K lah kita dapat. satu yang aku perhatikan , dan ni adalah realiti , maaf cakap eyh. orang agama lain jaga orang kurang upaya agama mereka dengan baik. tak berkira bagi derma. most , aku kata most eyh bukan semua , most of orang kita hanya tahu kutuk dan banyak syakwasangka. budak budak tepi jalan , orang buta , selalu kita tak derma sebab rasa takut tertipu mereka tu sindiket. sepatutnya , sedekah je lah. menipu ke tak tu antara mereka dengan Tuhan dan tanggungjawab kita dah lepas insyaAllah. lagi satu yang aku perasan , orang Melayu  ni biasanya lagi senang nak mengata. kalau tak nampak depan mata tu , bagi dia tak buat kebajikan la tu. contoh macam kalau tak nampak orang tu hulur duit pada orang susah , tak bagi duit ada makbapak makanya kira tak bagi lah tu. sedangkan benda ni semua kita buat kena sembunyi lebih afdal. takkan la bagi derma nak heboh. takkan la nak begi duit pada ibubapa kena cerita dekat orang yang tadi bannkin 500 pada mak. agak agak lahhh. tak beritahu kita tak semetinya tak bagi jadi jangan lah hukum. ewaah motivasi Ustazah Ain panjang pulak. :P tapi tu pengajaran pada aku. and patut kita semua sama fikir lah. agama lain jaga orang tak bernasib baik agama mereka ni jaga bersungguh. mereka kongsi apa mereka ada. harapnya kita orang Islam boleh buat lebih dari mereka. InsyaAllah.


sebelum last , aku nak kongsi cerita ni. orang cina dia beli nasi bungkus dekat kedai kawan dia dan beri pada kucing bukan sebab nak menunjuk dia kaya tapi nak menolong perniagaan kawan dia. sebab kalau bagi duit , kawan dia mesti tak nak terima. orang kita , kalau tahu kawan buka kedai , mesti nak murah konon harga kawan kawan. sedangkan nak keluarkan untuk menolong payah. so , fikir lah maksud tersirat. semua pembaca blog aku kan cerdik pandai. :) *puji diri sendiri sebab sendiri baca blog*



till then , byeeeeeeeeeeee. :) will be away seminggu ! 





Sunday, June 10, 2012

Memancing Bersama Bapa



tak , sebenarnya bersama Kakak juga. sebab Kakak yang bertanggungjawab nak bawa semua pergi maka bertiga lah kita.


apa nih Nurul Ain. sepatutnya beri salam dahulu. Assalamualaikum semua. sekarang janji ditepati lah kita update perihal memancing. perihal okkk. ha kenapa rajin updae hari ni ? sebab hari ni cuti. Ahad yang pertama dapat cuti setelah hampir dua bulan memerah otak tenaga dan keringat membanting tulang bekerja. nampak kan dedikasi disitu ? matiklah sendiri perasan dedikasi. haha. okay tak kelakar.


perjalanan jauh betul. awalnya aku tak sepatutnya ikut pun. sebab sewaktu bapa beritahu rancangan nak pergi memancing , aku belum tahu yang aku dapat cuti ke tak. sekali jadual keluar , dapat cuti berganda 2 hari terus beritahu bapa ketika bapa telefon tanya nak burger Pak Uda ke tak. jadi apabila bapa sampai hari jumaat , petang terus aku tidur di Kulim. konon kata nak pergi awal pagi selepas Subuh. aku pun okay boleh je sebab dah biasa lepas Subuh mana ada tidur lagi kan. sekali aku menunggu takde sorang pun yang keluar bilik lagi. apakah ? emosi sebentar aku sebab tak tahu nak buat. akan tetapi dalam tak tahu tu sempat la packing bag bekal makanan macam nak pergi camping. -_-.


dalam pukul 7 lebih nak ke pukul 8 bapa dah bangun dan bising mana Kakak tak siap lagi. eh bapa macam dah siap. padahal baru sebentar dia keluar bilik. yang aku lepak nengok channel SD One gittew. haha :D jadi aku pun ketuk pintu Kakak then Kakak siap. dah Kakak siap tu ingatkan dah nak gerak sekali bapa macam biasa la dia buat tu la ni la. potong kuku la pilih pakaian la apa la. sekali menunjuk beg dia baju Lacoste baru beli. amboiii kemain bapa. siap belikan adik keling sehelai kaler pink. hampir amukan sebab aku punya takde. ehh mestilah beli baju mahal. baru rasa macam aircond. tak berpeluh langsung macam ada orang bawakan aircond dalam baju kau dan boleh bawa masuk kuburrrrrrr. *im being sarcastic if you guys dont get it haha! :D


perjalanan ya ampun agak jauh. sebelum tu pergi makan dulu lah. isi perut kononnya. aku dah isi perut dari pagi lagi khenn. walaupun dah isi perut tetap makan bihun sup semangkuk. memang dasar gorgon dan bapa memahami. bapa dah tak senang duduk cakap dah nak tengahari ni. jalan nak pergi tu jalan kelapa sawit. bapa asyik cerita pasal politik la. yang rasional punya la kan. seronokkkkkk ! sebab pendapat bapa tak bias. jadi dari situ aku pun boleh la faham beberapa perkara. best orang rasional ni. tak macam sesetengah lelaki yang emosi nak arwah. kalah wanita yang datang bulan. tak faham betul. eh melalut pula. macam ada pengalaman je cerita tadi. okay so tempat dia dekat Sungai Petani apa entah nama tempat dia. Tikam Batu rasanya. dia disebalik bukit gitu. so kau kena masuk sawah padi , bukit kendian baru sampai. so ni papan tanda tempat tersebut. 


boleh call nanti bot datang ambil.
dah sampai kena tunggu bot dulu la ambil sebab nak pergi memancing ke tengah kuala. ke teluk. ke tasik entah aku tak tahu. yang aku tahu aku bawa beg makanan je. jujur aku cakap aku tak reti memancing. aku cuma tahu baling tali tasi letak umpan. dulu masa dekat Labuan pun pergi memancing atas bot besar dengan bapa dan Angah aku guna tali tasi je. Abah panggil poyan. tapi dalam tali tasi dapat jugak ikan kerapu 4-5 ekor okayyyy. :')

bapa yang tidak senang duduk sebab matahari dah naik.



kau nampak tak tu ? menakutkan okayyyy titi dia. nasib baik aku ringan dan kurus. walaupun naik 1.1kg langsung tak beri kesan. tapi mungkin berat beg makanan ada bagi tambahan berat sikit tu yang hampir jatuh. matiklah khennnn salahkan beg makanan. haha. kaygee gila sikap bangau nih. :P


chalet.

kalau kau nak pergi bermalam pun boleh. RM90 kot semalam. dia macam tak mantain sangat dah sekarang bak kata Kakak aku. dulu bapa dia. then sekarang anak dia ambil alih. orang muda tak jaga sangat tu yang gitu rupanya. tapi best. tempat persekitaran dia lawa. tenang la kiranya. bak kata pakar motivasi iaitu bapa , duduk sana 3 jam tak fikir masalah lain. cuma fikir bila ikan nak makan umpan je. tengan dan positif je rasa. ewahh. padahal sebab bapa pun tak dapat ikan. haha :D eh derhaka gelakkan bapa. tapi makcik yang berkain batik tu kelakar. lucu betul. aku dengan dia la dia cakap asyik dapat ikan kayu je so aku macam curious la eh betul ke ikan kayu dekat kuala/teluk/tasik nih kan? sekali kayu bakau. melekat dekat kail dia. panggil la "ikan" kayu. edesss makcik saja buat orang gementar bila beritahu ada ikan kayu.





bapa memang bergaya habis la kan. dua okayyy batang pancing dia. satu readykan untuk aku tapi aku tak nak sebab tak reti. kang aku baling sekali tak bergerak pun tasinya. dari aku merempan baik la aku kunyah makanan. Kakak dengan Bapa je semangat. Kakak asyik kata selalu dia dapat ikan. takpe , aku biasanya. asal ada makanan je. thihi. :P


makcik ni setiap hari dia akan datang. gigih betul dia. baru je letak kail dah naik anak gelama. gementar betul tengok makcik ni. ni dia tumpang pangkin kami la.

tetengah dengar Kakak bebel umpan dia asyik hilang tapi ikan tak dapat , aku pun intai la bawah pangkin kami tu. sebab kayu kan pondok tu. jadi ada lubang. sekali wahhhh ada anak ikan dan beberapa anak ketam. terus teruja beri anak ikan makan umpan. aku hiris kecil kecil dan tabur bagi anak ikan makan. saja main main. ada banyak anak anak ikan tau. berenang berkumpulan. anak ikan gelama ada , ikan kerapu ada , ikan kitan ada. aku main sauk je dengan botol mineral. makanya aku la paing banyak dapat ikan kan ? haha. okay tak kelakar.



anak ikan apa entah. 

anak ketam yang nakal cuba gigit aku. :/

anak kerapu.

oleh sebab baap kesian tengok aku tertungging bagi anak ikan makan , jadi aku minta dia buatkan aku poyan tasi macam selalu dia buatkan untuk aku tu. jadi konon la aku nak mancing jugak. tetiba aje padahal sendiri dah tahu tak berapa reti kan selamba je nak over perasan macam bagus sangat. bila bapa siap buatkan tasi terus cucuk umpan anak udang kecil. :P bapa dah beri semangat yang aku dapat ikan dulu dari yang lain. Kakak emosi berterusan.


ni je alatan aku mampu. dan tu la lubang lubang aku hulurkan makanan. :D

punya la lama aku main dengan anak ikan tu. memang tertungging tertonggek segala macam la kiranya kan. sambil sambil tu ambil gambar main dengan kamera. lama dah tak test skill. yang bapa batang pancing dia asyik la melengkung tanda ada ikan makan tapi dia malas bergerak. katanya biar la ikan makan je umpan. eleh bapa comel sangat alasan padahal memang bapa tak dapat ikan.


dala main main tu sekali dapat anak ikan wehhh ! ahaha terus riuh. aku punya seronok tu macam dapat ikan 14kg ke apa kan. biasalah over drama kannnn. kemain pangil Abah Abah adek dapat ikan. bapa dah teruja sekali tengok anak ikan aje. sebab nak menunjuk pada semua orang maka cecepat ambil kamera dan ambil gambar. bukti la kiranya kan tak bohong. hihihi. :B tapi sebab aku saja je nak main main , aku lepaskan balik la ikan yang aku dapat. lepas je semua. Kakak memang sampai kesudah emo sebab umpan dia asyik hilang je tapi ikan takde. 

tangkapan aku yang paling besar lah pada hari kejadian :D

overall it was fun walaupun aku tak cukup rehat. seronok sebab ada bapa sekali sebenarnya. dan juga sebab aku asyik makan. lepas tu call mama dan buli buli zaimon. bapa macam biasa kalau mama takde depan mata suka kutuk. tapi bila letak telefon lepas cakap terus kata rindu. comel sangat rasa nak peluk je terus. hihi. :P tak sabar tunggu raya insyaAllah berkumpul semua. :')


so till then. nanti aku update lagi. bateri laptop nak habis aku malas nak naik charge. haha :D dasarrrrr pemalas sangat nak exercise kan padahal makan macam gorgon mengandung. matiklah lemak terkumpul lepas ni. :D ada banyak ceritan ka beritahu ni. tapi kekangan masa wahh kekangan katanya kan yang membantutkan aku untuk menulis. ayat memang super tak nak kalah. rasa macam nak tikam diri sendiri sebab menyampah. :/ ha nanti nak reveal la siapa yang selama ni asyik la membuat aku merempan setelah aku bertahan selama ni. dah sampai masa aku pertahankan diri aku pulak. cukup la semua kata keji dan makian selama ni.haa cuak lettew semua orang. :D okay la fineee gurau je. saja nak buat diri sendiri teruja bila aku baca blog ni.. yee aku obses dengan diri sendiri sebab selalu baca blog sendiri 3 kali sehari. bagaimanakah itu ? makanya *tetiba* siapa yang nak tenang , pergi la memancing. boleh topup sifat kesabaran. hihihihi ;)


bye !





Thursday, June 07, 2012

Bebelan Hari Khamis



#tajukkecil ; Si Kenit.


assalamualaikum. hai semua orang yang masih setia baca blog ni ( sebenarnya hai pada diri sendiri je ) , terima kasih sebab selalu ulang alik baca blog ni ( juga cakap pada diri sendiri :D ) walaupun berselang seminggu lebih baru update. sorry blogging bukan lagi keutamaan. wahhh macam sebelum ni keutamaan la sangat khennn. busy busy orang lain pun ada masa jugak selang 2-3 hari nak update. busy busy aku memang pukul 10 dah telangkup tidur. :S. badan penat , otak pun penat weh kerja. kalau aku cerita sini korang kata aku feeling feeling macam Perdana Menteri je kan kata busy. tetapi ini serius. tak percaya , datang sendiri. jadi , sebelum ni ada beberapa peristiwa yang indah la berlaku. pertamanya Abah datang. memang yeayyyyyyyy habis la kan. Abah bawa buah fav aku iaitu buah salak , ada Ferrero Rocher jugak. then Alhamdulillah masa bapa datang dua hari HDU bagi cuti maka terus zass pergi memancing. okay tu takpe nanti kita cerita. selepas pergi memancing yang penat amat , pergi Charity Dinner untuk YRJS Home pulak. Dinner orang orang kurang upaya la. pun nanti kita cerita entri lain sebab aku malas nak upload gambar. koser aku nak upload gambar time internet slow gini. aku loading video Youtube berdurasi ewahhh berdurasi katanya yang 6min pun kena tunggu sampai laptop habis bateri. sebab memang time tu bateri tak berapa nak banyak dah peratusan dia. ahahaha ! :D okay tak kelakar.


ketika bapa mahu berangkat pulang ke Labuan , it was on Monday. aku dan Angah kena kerja dah jadi tak dapat hantar bapa pergi airport. aku pun tak tahu kenapa ramai sangat patient pada hari kejadian. terpaling ramai dalam sejarah hospital tahun ni katanya. so korang bayang la sendiri. hari hari biasa tu dekat 300 outpatient tu biasa je. ni kalau dah terpaling busy memang hazab la. tetengah busy tu tetiba ada orang UK pulak datang sebab nak jumpa doktor ortho untuk dapatkan surat kebenaran dia boleh naik flight. semua tak nak layan jadi begini lah si baju merah aka aku la kena layan. yess British accent pun keluar dengan jayanya Alhamdulillah. dah tu time time tu jugak la bapa datang untuk ucap selamat tinggal bersalam cium pipi segala di hospital. Alhamdulillah lagi sebab dapat tunjuk dedikasi depan bapa gittewwww. :') settle patient UK tu terus stress sambung kerja. yang paling tak boleh blah kawan Anthony ( patient ) tu sibuk la nak cakap Melayu. yang keluar Melayunya cuma " egak egak how long do we have to wait ? " egak egak pun bolehhh. asal faham khennn. yang Anthony ni datang sini melancong sekali kena langgar accident patah riuk segala tulang tangan and muka cedera. tu yang nak ambil surat untuk bolehkan dia balik naik flight ke UK. yang heran dari Penang tu datang kesini kemain gigih. takpe , yang penting terserlah dedikasi aku disitu. ewahhh. perasan sendiri dedikasi. bagaimanakah itu ?


so apa aku nak cerita tadi ? dah lupa lagi. haa nak cerita yang si Kenit Imaan ni dah pergi sekolah. playschool la kiranya. untuk senang cerita kita tatap la gambar. InsyaAllah raya ni balik. jadi sebab bapa baru ada seorang cucu iaitu Imaan jadi tetiba tukar keputusan tak jadi raya Labuan. raya di KB lagi tahun ni. again. so aku dah merempan sikit la sebab tak dapat jumpa kucing kucing aku kan. ni paling lama la aku tinggal dowan. masa zaman belajar dulu setiap kali cuti sem gigih aku balik Labuan bermanja bercakaran mesra dengan dowan. kali ni jumpa Imaan la pulak. tahun lepas raya dia baru keluar perut ibu , tahun ni dah besar boleh jalan dah. permainan kegemaran ialah hp dan laptop. ini salahkan papa sebab selalu ajar anak dia main gajet. main baling bukan main game ke apa eh. -..- eh nak tunjuk gambar tapi kemain panjang bebel. over macam biasa.










cepat je besar si Imaan ni. dah 10 bulan pun. berat 11.6 kg. gigi dua batang. dah pandai berdiri. rambut macam boy. tapi pakai sepit riben. rindu betul nak dukugn dia. sokayyy tunggu dia balik aku akan buli buli zaimon dia. lempang bagi puas hati. ye aku memang mak saudara yang kejam lagi zalim. :D aku kan tak suka budak budak. :P


sekarang sibuk semua cerita nka kahwin. fine lah. aku tak sedia lagi kot nak kahwin. aku dah sedar lama dah yang aku bukan nak kahwin pun. aku just nak ada wedding. buat persiapan itu ini tapi nak kahwin ? not ready lagi. nak ready apanya kalau berpisah dengan ibubapa pun kemain nak feeling menangis. padahal dah besar gajah kan. over drama sangat. lagipun aku still rasa belum puas nak mengekor Mama Abah pergi mana mana. dah terbiasa kalau pergi jalan jauh jauh , akan ada Mama Abah Baby and aku. thihihi. :P so siapa nak kahwin tu dipersilakan la dulu. aku ni mental pun tak ready lagi. bangun pagi nak tunggu pergi kerja pun menonton Oggy and the Cockroaches. apa ? Kardashian ? tak layan. tak puas lagi weh bermanja dengan ibu bapa. <3 ye aku memang sengaja malas nak fikir dah. kalau aku fikir pun , macam la ada lelaki yang nak pergi straight away jumpa Mama Abah cakap terus nak buat aku jadi isteri. cakap dekat aku saja untuk apa ? tak kemana. nuh g beritahu wali aku tuh selagi dia masih kuat berdaya pakai baju Lacoste je sentiasa main tenis dan baling pancing sejauh 1km tapi ikan tak dapat. haha :D eh derhaka gelakkan bapa sendiri yang comel. :/ jadi lebih baik aku fikir apa aku patut buat untuk tebus segala dosa aku tu semua. bagi malaikay belah kanan busy lebih. malaikat belah kiri boleh ambil cuti pulak. ;) lagipun adik beradik aku yang lain macam banyak komitmen jadi biar lah aku yang ketika zaman remaja asyik nak rebel je menebus dosa dosa silam terhadap ibubapa dengan menjaga mereka sehingga ke hari tua. gittew nak jadi anak solehah. hihihi :B


jadinya eh aku tak tahu lah nak buat penutup macam mana. nanti aku update pasal cerita memancing dan dinner amal yang ada shark fin soup yang sedap ittew. aku makan 5 mangkuk. yee lazat sehingga aku makan banyak T_T. tapi bukan shark fin betul. immitation sahaja. tapi ia lazat. apapun lazat pada Nurul Ain. bagaimana itu ? but rakan sekerja selalu kata Nurul Ain always have a wonderful thing to eat in her bag. jelas disitu dalam beg punya pelbagai makanan. -_-


till then , bye semua. teruskan bermotivasi dan postif. ewahh ceria la sangat. aku ni , membebel pun boleh panjang entri. tak faham dengan diri sendiri. :D haha !




Monday, May 28, 2012

Bukan Senang Nak Senang



#tajukkecil ; Semua Orang Akan Berubah


assalamualaikum. ewahhhh tajuk over kan macam serius sangat. tapi harap semua sihat la. tetiba je harap semua sihat la. tak kena langsung penyambungan ayat. 


sebenarnya aku ada sebab nak update tapi lupa. T_T. aku tak faham kenapa asyik lupa je sekarang. kerja seriously padat. wah padat katanyaa. aku masuk 830 sebenarnya tapi aku selalu datang awal dalam 815 macam tu dah start buat kerja. dedikasi khennnn. by 4 aku dah habis duty la. saja feeling follow doktor tu yang pukul 4 aku dah balik sebab doktor off clinics by 4 kecuali Dr Teh seorang Paed yang sangat gemar menerima patients kekadang sampai pukul 7 tak off lagi. kesian ward aide dia minta nyawa sebab patient ramai. yang selalu admitted pun patient Dr Teh la. lagi dua Paeds Dr Dinesh dengan Dr Tan CH rileks je. wah tetiba cakap pasal doktor kan. biasala ni je sumber aku cuci mata katanya. hampir semua cina dan sudah berumur. tapi paling terpaliing handsome dan kacak bergaya ialah Ortho Surgeon kita lah iaitu Mr Tan GH. amboiiiiii kacak bergaya betei dia seorang. memang cair lah tengok dia. terus rasa nak jumpa pakar cardio sebab rasa heartbeat tak stabil. gittew kan overnya haa. :D workplace sometimes okay sometimes tak okay. normal la kot sebab semua orang berjaga jaga tak nak stress tapi ter-stress pulak kan. aku lagi budak baru so agak kerap dijadikan mangsa keadaan la tapi be nice to everyone je lah prinsip aku. nak positif je tak mau negatif. tapi kalau ward aide Mr Ong memang aku rasa nak tikam dia. :P lain so far okay je. okay la kot lama lama. siang kerja kena berkomunikasi dengan patients je lah. macam macam penyakit dah aku hafal ni ha. malam aku baking. Alhamdulillah rezeki. hujung minggu ni nak kena siapkan cupcakes untuk engagement. InsyaAllah semua berjalan lancar. doakan aku eh rakan rakan. :)


hari tu aku ada cakap kan aku dapat wedding invitation. lepas tu bila cuti sekolah start lagi banyak weh aku dapat. yang kad ada yang guna facebook pun ada. nak menangis je rasa. over sangat kan sampai nak menangis. :D tapi gembira la ramai kawan aku nak kahwin dah. dapat jauhkan maksiat. yang sedihnya aku tak dapat pergiiiiiiiiiiiii ! selain dari kekangan waktu , aku cuti tak banyak. aku masuk kerja dah dekat tengah tahun so AL aku alahai ciput aje. so aku simpan untuk cuti raya. nak habiskan kualiti time bersama ibubapa la. kata nak jadi anak solehah dan mithali katanyaaaaaa. tu la sebab utama aku tak apply cuti pun untuk pergi kenduri kahwin. dah la &hb ni Umie kahwin dekat Baling. Kak Ika and all the roomates dekat hostel pergi bermalam rumah Umie tolong buat preparation semua. nak ikut jugak tapi HDU tak bagi cuti. benci ! lagipun by 8 aku kena siapkan cupcakes orang untuk kenduri lagi. risau jugak banyak jemputan aku tak pergi kang aku kahwin nati orang takmau datang. sedih je kan buat lauk sedap sedap macam ikan singgang dan budu goreng ikan kering anak gelama. amboi menu pun dah fikir untuk kenduri. dah la menu klasik Kelantan. jati diri semangat assabiyah kuat sangat la tu kononn. oh by the way hujung minggu ni jugak aku ada charity dinner untuk handicapped la. all the doctors , SRs semua ada. sekali terselit aku insan yang hina lagi dina ini disitewww. dah la rancang nak pakai kebaya pareo warna pink je cukup. tapi dinner ni iolss pakai high heels uolss. amboi perasan ladies sangat ! :D 


cakap pasal kahwin ni aku selalu jugak buat perangai emosi over drama dekat hospital. selalu cakap yang ni jodoh yang tu jodoh. nama Anuar Zain memang selalu jadi sebutan lah. selalu cakap dekat Kak Ika " Kak Ika bila Ain nak jadi isteri orang nih ? " tak pun cakap dekat Kak Villa " Kak Villa carikan Ain jodoh baik punyer sorang please ". lepas tu mereka semua bising la cakap Aki ada tu scandal sejati. rasa nak bakar hospital. tapi selalu odorang cakap Ain ni ramai jee sebut sana sebut sini habis yang gambar dalam purse tu macam mana ? amboi bocor rahsia dalam purse ada gamabr orang. klasik sangat memori simpan dlam purse macam zaman dulu. malu ai T_T. doarang selau banding la dengan Niza sebab Niza senyap je tak banyak bunyi pasal jodoh macam aku sekali terserempak dekat pasar malam berdua dengan Cik Abang ehem ehem gittew. tapi kekadang bila petang patient pun sorang dua je mula la cerita bab kahwin. seminggu dua ni bab kahwin memang in. lepas tu cerita la cita cita lepas kahwin nak jadia macam mana. aku memang dari dulu nak jadi surirumah je. nak letak syarat je dekat bakal suami nak jadi surirumah takmau kerja pejabat. takmau kerja yang keluar pagi balik petang ni. penat  kot. kalau kerja dari rumah okay takpe. kalau pergi office takmau. makanya aku tunggu lelaki yang sanggup macam tu baru kahwin la kekdahnya haaa. :D lepas tu Kak Ana selalu tanya " Ain nak ciri ciri lelaki yang macam mana ? " dengan pantas jawab ala biasa biasa je Kak Ana yang boleh terima Ain seadanya macam Anuar Zain. gittew kan. nak jugak over perasan. matiklah drama kata biasa biasa aje tapi sekali sebut nama artis. tak agak agak. tapi bila kerja hospital ni macam harap calon suami tak gila kerja sangat. tapi kalau doktor memang harapan la kan. kena bertolak ansur katanya sebab ada on-call segala bagai. kata hak milik masyarakat jadi tak boleh nak sentaps kalau laki aku kena panggil pergi hospital. nak merajuk over pun tak mampu. kang kau baru nak feeling laki kau tak peduli kau sekali dia dah pergi hospital nak tengok patient patah tulang. terus sendiri merempan dalam bilik. tu kalau doktor. kalau engineer yang selalu outstation acane ? aku ni dah la manja lebih kalau tahu rasa disayangi. memang manja habis la. idaman setiap lelaki untuk dijadikan isteri mithali gitu lah. ewah matiklah khenn puji diri sendiri. :D


sebelum lupa aku ada berita mengejutkan. aku kan selalu kata berat aku tak lebih 55kg kan dari dulu tapi tadi sekali timbang dekat scale ibu mengandung dah jadi 56.1 kg. sejak kerja naik 1.1kg okayyyy. kerja stress tapi makan makin banyak. ye lah time kerja kunyah roti la biskut la apa la. asyik nak kunyah makan aje. tapi beberapa hari lepas dapat penyakit. belakang dekat belah kiri tu sakit gila. rasa macam tak boleh jalan. sekali beritahu Angah terus dia diagnosis cakap sakit ni. redha je la aku kena togok air masak bergelen gelen. kerja hospital memang selalu tak sempat nak minum. dorang cakap nak kentut pun kena tahan. dapat tak gambaran betapa busyyyyyyyyyyyyyy nya tempat aku kerja. redha aje lah. tapi serius aku rasa macam aku berisi sikit. macam tahun 2010 dulu ada aku berisi tetiba muka bulat macam bola tuh. sekarang ni lebih sikit dari yang tu la. kalau dulu kesan ubat sekarang ni kesan roti yang dijual dekat HomeBakery. takpun kesan dari beras yang dimasak dekat canteen hospital. serius kalau korang tengok aku sekarang nampak la berisi. pipi dah macam pau. ye macam pau tapi ada bijan. bijan tu bahasa lemah lembut jerawat lah. :/ tapi badan still keding. pipi je timbul terus jadi macam bola. time time nak EURO dia jadi bola. yang dulu tu time World Cup rupa aku macam bola. aiyooooo tak tahu kenapa tapi asal bahagia sudah lah. tak bahagia makan hati pun buat aje bahagia. biar orang yang buat kita makan hati tu terasa yang tanpa dia pun kita bahagia. dah orang boleh bahagia tanpa fikir kita kenapa kita nak susah bersedih sendu sentap sambil makan biskut beras fikirkan dia yang berjoli bergembira? aku baru sedar yang tak payah la nak tunjuk sayang sangat sampai bersedih. buat bahagia aje dah. senang. nanti if bersedih buat dia rasa yang tanpa dia kita ni susah nak hidup. tu yang boleh buat tak tahu buat suka hati je sebab tahu orang nakkan dia and harapkan dia. rasa diri tu baguus dan penting. jadi buat apa pun rasa takde apa. ewahh drama sangat macam ni. tetiba je emo tak masal. dah la penyambungan ayat tu tak kena. selalu macam ni Nurul Ain cacamarba je main update. sabar je lah korang yang baca.  


nanti lah update lagi. bila aku dah ingat apa yang aku nak cerita sebenarnya. haha. kemain dalam lupa tu update panjang jugak dah la tak berapa motivasi update kali ni. tapi tak janji bila nak update eh. konon nak update buat cerpen la novel la apa la semua hilang dibawa angin kemana entah. hujung minggu ni bapa datang. nak pergi memancing lagi , makan durian lagi sebab bapa memang pandai pilih durian sampai tahu ada berapa ulas dalam tu , dinner lagi , baking lagi. asyik je demam sakit sana sini tapi Alhamdulillah la semangat aku kuat jugak. ewahh sempat nak memuji diri sendiri khennnnnnn. :P


jumpa lagi nanti. jaga diri bebaik weh. sekarang musim orang sakit nih. and jangan benci benci orang baru bahagia. :) <--- motivasi tu kemain lagi tau.


bye ! :)