Wednesday, October 15, 2014

Happy 26th !



Assalamualaikum wbt. :)


It was my birthday........ a week ago. bahaha ! Wanted to post dekat Facebook je but ada banyak benda nak cerita so I guessed blog post will help kan ?


Finally Im 26. Wow. 26 tapi macam baru umur 21. Macam baru last year je sambut birthday umur 20 but mannnnn dah 26. Some people at 26 ada anak , dah nikah kahwin or atleast tunang. and me still single. Some drives imported cars but me , still pergi kerja orang hantar. Some owns million dollar company but aku still makan nasi bungkus dan cucur Pak Non. hihi. Nevermindddddd Nurul Ain. Stop comparing. sebab some people tak sempat pun merasa hidup sampai 26 tahun. setengah orang umur 26 dah bermacam masalah kena tanggung. Macam macam hutang kena bayar.


Ok , jangan bersedih sangat. Sebab nak cerita birthday kali ni dapat hadiah yang terpaling nikmat dan besar sangat kesedarannya. Nahhh belum X6 lagi lahh. well , thanks yang mendoakan aku dapat X6 later ! Hadiah hari lahir tahun ni ialah demam denggi yeayyy sumpah tak best sebab baring je kepala pening macam ada seekor anak hippopotamus atas kepala. Tak tahu mana nak start cerita but sakit on your birthday sesuatu yang menginsafkan sangat. Dont know about you but it worked for me. Sumpah insaf sampai menangis setiap masa. Boo padahal nangis sebab manja sangat.


Sakit tu sebenarnya menyedarkan aku yang macam mana aku rancang sekalipun , if Allah tak izinkan , it wont happen jugak. Truth is aku dah lama requested cuti on my birthday. Hampir setiap kalendar yang ada aku tandakan yang 9 Oktober tu adalah hari lahir yours truly lahh kekdahnyaaa. Lepas tu siap beritahu hampir semua orang " oi 9hb birthday aku la blablabla " . Lepas tu siap planned nak buat kek nak belanja kawan kawan makan etc. Yeeee belanja sangat la khennnn.


Awal bulan kan Raya Haji so semua balik Kelantan lah untuk raya. Semua macam normal je. Lepas tu siap pujuk ibubapa suruh datang Penang after raya sebab konon kebetulan Baby final exam jadi alang alang la semua ada kecuali Chik yang dah balik Jepun dulu. Dah bincang dengan Angah nak belanja dorang makan dekat mana etc. Cantik sangat dah plannya. On 6th bertolak balik dari Kota Bharu ke Penang tu jalan pulak Ya Allah sesaknya Tuhan aje yang tahu. So aku dah start pening muntah dah but little that i knew it was dengue. Ingatkan pening sebab mabuk jalan ke hape. 7th still pening but makan ubat je sendiri tapi tak okayyy. 8th jumpa MO dapat PCM dengan Zinnat je sebab demam light je. Tapi dah cuak jugak la sebab like seriously next day my birthday kottttt. aaaaaaaaaaa drama sangat kan. haha ! Malam tu memang dah makin teruk dengan sweater stokin segala bagai pergi tidur Kulim rumah kakak. Orang wished birthday tengah malam , calls , whatsapp semua tak ber-reply sebab kepala berat gila. Memang sedih ah sebab sakit kott. Lama tunggu sekali demam. Masa ni tahap keinsafan tak tinggi sangat lagi. On birthday , makan pun tak selera dah. Rasa pahit semua benda. Paling aku rasa bersalah gilaaa ialah malam tu Mama Abah belanja makan dekat Pen Mutiara tapi aku makan nasi 3-4 mulut je terus tak lalu dah. Kesian semua nak sambut birthday aku tapi sendiri takde upaya. Takde daya dah. Gila kau sampai bawa selimut dalam kereta berjalan jalan. Kepala memang pening gilaaaaa. I feel so so bad to my parents sebab susah susah belanja tapi aku tak makan banyak , to my eldest sister yang sanggup cuti , to my brother in law yang tak sihat jugak tapi sanggup jadi driver , to my youngest sister yang habis paper exam dari Merbok terus balik Penang but aku muka macam mukus. :/ guilty gilaaa. dah la makanan sedap kot kari Pen Mutiaraaaaa tak dapat makannnnnn lepas tu ada kerang rebus sedap lagiiii then air asam boi semua mabeles tapi tekak tak boleh telan. Sobs.



muka yang macam mukus tu

Ok sambung , wahh gigih kan nak cerita jugak sampai habis kisah harijadiku hari sakitku ni tauu. Maka bila balik dinner tu terus tidur berakhir lah sambutan hari lahir yang ke-26 tu. Tragis sangat kisahnya. But sabar rakan rakan , masih belum habis. haha ! 10th finally Mama Abah kena balik KB balik dah so pergi hantar airport sempat singgah Queensbay shopping walaupunnnn kepala pening lalat lagi. Bayangkan , aku boleh berpeluh like a pig dalam mall tu. Serius aku macam apa je. Stok ubat semua dah habis. Bila Mama Abah takde duduk dalam bilik rasa pening sangat macam tak boleh tahan terus nangis sorang sorang cakap " Mama nak Mama wuwuwuwu Maaa tolong " . Fast forward , 11th kena kerja dah tapi sumpah tak larat. Kesian partner kerja sorang sebab aku dah terbaring dilantai kesakitan. Dapat mc lepas tu 12th jumpa MO again. Kali ni jumpa Dr Muralli ( aaa he is the best MO i ever know. tak caya tanya semua HO MO dekat Penang GH ! ) Bila jumpa je terus dia tahniah memang denggi. I was like " whatttt ?! Takde test pun lagi kan Doc ? " Belum sempat drama terus zassss kena set branula drip 2 botol air. Eh dia tak panggil botol tapi jadah suka hati aku lah yang penting korang tahu kan apa benda. haha ! Memula Dr Muralli cakap "takpe u tak payah admit pun habis drip boleh balik ". Apa lagi dalam hati okayyy suka sebab konon kata sejam je settle. Padahal semua tipuuuuuu. Lambat gila kottt. Aku sampai nangis dekat casualty tu sebab rasa tak selesa and rasa lama. Uncle Govind datang  tengok pun nangis. Uncle tanya " ok tak ni ? " tapi belum jawab dah mengalir airmata. Aaaaaa drama kannn ? aku tak boleh. Tak boleh orang care sampai camtu mesti rasa terharu. Then dengan Sn Jothi pun sibuk sibuk tolong , Dr Muralli sekejap sekejap datang check padahal dia ada lagi satu patient pakcik tua , lepas tu SN dekat casualty semua hulur selimut la bantal la tutupkan aircond la. Angah pun sekejap turun tengok lepastu decided lodge je dulu. Dan dannn stress Kak Jah dekat situ dik non oiii. Memula Dr Muralli nak hantar balik tapi kalau balik esoknya kena ambik drip lagi so better stay. Dr Muralli ni dia punya baik tu sampai ke hari ni dok follow up lagi tanya dah ok ke tidak budak sememeh ni kan. Masa dekat ward , Uncle Govind being soo nice every one hour datang checked tengok ok ke tidak budak manja nih. Mr Kyaw Kyaw pun sibuk intai.  Rasa macam Ya Allah ramainya orang sayangggg tapi please taknak kot sakit denggi. T_T



Room 601 , BSC

ni mesti tunjuk sebagai bukti haha :D


Now Alhamdulillah dah sihat demamnya. Cuma headache still ada , rasa gastrik ada , sakit badan pun ada. Dr Amar pun gelak je sebab iv drip ada dekat tangan berhari hari. Dr Amar pangkat dah specialist tu yang suka ketawakan orang in a good way tuh. Sabar je lahhh. Since badan memang takde air dah tu yang kena teruk. Pengajarannya ? Allah Tuhan banyakkkkk. First tu apa aku rancang kalau Tuhan kata tidak so takkan terjadi la. Takkan gelincir seinci pun dari takdir aku kena denggi. Bila dah terbaring sakit kerja tak boleh , nak solat susah , nak makan tak selera , nak cakap pun tak larat ni baru sedar " maka , nikmat Tuhan yang manakah yang kamu telah dustakan ? " , Ngam ngam kena masa hari lahir baru la keinsafan tu abadi sikit. Alhamdulillah Tuhan bagi sakit je. Umur ada lagi. Dia nak tegur yang selama hidup ni dah banyak dosa ke pahala ke. Menegur yang 26 hidup ni fokus utama tu apa. Fokus nak jadi lebih baik ke fokus nak pikat Anaur Zain je. nak bagi sedar sikit yang X6 tak boleh tolong kalau sakit gini. *betulkan tudung* Bila sakit gini , tahuuu ramai orang sayangggg. Hihi. Seronokkkk ! :P Mama pun hari hari mesej tanya okay ke tak. Suka buat orang nangis lagi. Siap mesej kata takpe immune adik kuat jangan risau. *nangis*. Sn Jelson dengan Sn Shahrul pun tolong banyak. lagi lagi Shahrul. Baik hati betul tolong kakak dia yang sakit ni ambilkan air la ubat la lari lari kejar prepare ubat lagi. Lepas tu baru tahu diri sendiri kalau sakit boleh jadi manja macam nak lempang diri sendiri. Yee fahammm sebelum korang kata mengada aku sendiri rasa nak lempang. Tak faham kenapa mesti mengalir airmata setiap kali orang tanya ok ke tak. Benci tau hati lembut sangat ni. Pfftt. Mesti korang kata laah denggi je punnn drama macam sakit nak mati. woii denggi sakit kottt. Takmau dahhh. Dengan peningnya , muntahnya gatal badan etc blerghhhh serikk ! :/



******


Okayyy dah habis cerita keinsafan so sekarang nak cerita lain. Benda ni konon nak launch *ngada sangat ayat padahal apa je punnnn blerghh * on birthday tapi sebab tak terbangun maka terpaksa dilupakan jua hasrat hati. Sekarang korang boleh pergi like dekat FB. Ada FB page Inai's Cupcakes dah konon tapi baru jeeee buat so tak mengalakkan sangat lagi *malu*. Yee aku ni tak reti la nak promote promote ni. Segan sebab takut nanti orang fikir kita paksa paksa like ke hape kannn tapi bila tengok like ciput stress. Kira macam yang tahu tu tahu lah tapi nak promote macam aaaa kena ke. Nanti orang tak suka ke apa kan susah jugak sebab kita tak tahu orang macam mana kan. Tapi lagi kalau tak promote orang tak tahu. T_T



 
Business card cantik dari Jazli








So far order selalu ada la Alhamdulillah tapi tak la sampai kena berhenti kerja untuk baking kan. belum sampai masa lagi. Cita cita memang nak ada kedai sendiri nanti. Kedai yang konsepnya macam cafe yang sangat cosy , ada tempat baca buku , tempat tenangkan diri sambil gemukkan badan gitu. Suasana yang warm jee. So kalau laki kena kerja lepas tu takde orang jaga anak boleh angkut sekali anak anak pergi kedai sambil meniaga sambil nyanyi lagu wheel on the  bus. Hiburan selingan kekdahnyaa. Amboi part berangan memang A sangattt. 


So nanti bila free , usha la page FB Kak Jah ye hadek hadek. Tengok la apa yang ada. Sekarang gambar tak banyak sangat sebab dulu mana selalu ambil gambar lepas tu pendrive hilang. Yang ada harddisk pun penuh Runningman dengan cerita Angel's Eye Doctor Stranger ehhh kenapa semua cerita doktor ni ? Move on la woiii. Sobs.


Jadi sebelum tidur , boleh jamu mata tengok gambar yang ada dulu. Kualiti bercampur campur ye la dari zaman pakai hp biasa ke hp sekarang lighting tak sama. DSLR takde dah jual sebab nak beli sependah. Thihihi.


rainbow cake without frosting

paddlepop with creamcheese

chocolate mint

signature ; Almond Brownies






Yang pernah makan cake ke cupcakes aku tu tahu lah kan rasa dia macam mana. So harap korang doakan aku berjaya ye satu hari nanti. InsyaAllah aku takkan jadi orang yang lupa diri. Doakan aku tau korangggg. Semoga perniagaan kecilan aku ni boleh jadi besar dan berjaya suatu hari nanti aamiin. :') kalau nak card nanti beritahu aku bagi sekali dengan sample congo bars. hehe insyaAllah. ada rezeki tak kemana.



Ok lah , nanti sambung. Kita cerita cerita pasal kawen pulak. haaaa excited Kak Jah membaca nanti. Now , pergi tidur esok kerja woiii.









3 comments:

Andi Rosnita Kandi said...

Salam...
Melooorrr!!!

Rinduuu!!!

Hehehe...
Btw, smoga sehat spenuhnya drpd denggi tu and HAPPY BELATED BDAY!!! 26 dah keee??? Mcm 16 jek tgk nyeee... Hehehe...

Denggi mmg xde experience kena lg, minta d jauhkan. Tp my dad dah kena. Kesiaaannn... Muka monyok mcm cekodok jek dia. Huhuhu...

Apa2pun, smoga kembali cergas! And and and yaaa... Gud luck on ur businesss & future!!! :D

p/s: masih teringat dua kad bday yg sy order kat melor dulu utk hero sy dua org tuh. cantekkk!!! :)

irma-ain ibrahim said...

Nenekkkkkkk !! Ya Allah hilang pergi mana ???!! Facebook manaaaaa ?!! Lama kot tak ggosip mosip kannn. Hehe !


Denggi dia punya pening tu tak tahan. Selera makan semua out. Tak tahan betul. Kalau kena baru tahu. Nak cerita takut oramg kata melebih je.

Nek , meh datang Penang jalan jalan sinii ! Tidur rumah. Free of charge. Hehe

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)