Thursday, January 17, 2013

Finally ! :D



Assalamualaikum. wah gituuu beri salam kan. finally ni hari aku ada keinginan nak update. lama kauuuu tak bebel sini. 4 bulan lebih katanyaaa. bukan takde keinginan tapi semangat tu tak kuat. kerja pun busyyy. asyik la kerja 12 jam. ye gigih mengumpul wang demi kedai bakeriku. hehs berangan tak habis habis aku nih. poyo kaysss. sekarang ni jarang online guna laptop katanya. sesejak ada Ipad hari tu mana nak sentuh laptop. nak update guna Ipad tak boleh sebab daya tahan sabar tak cukup  tinggi. nak menekan huruf lain , ditekannya huruf lain. nak buat acane dah jejari gemuk sekarang. mana nak runcing macam dedulu dah kekdahnya. kata berat badan naik 3 kg kauuuu. mampu lawan ? bontot dah sebesar bakul jadinya. actually bukan gemuk pun. berisi je dari biasa. ye lah sebelum ni kurus sangat kan. jalan pun macam tiang letrik je gayanya haaaa. sekarang ni sampai jeans pun tak boleh butang. i iz sad. duduk la dalam almari dulu Levi's ku yang baru dibeli 3 bulan lepas. sekarang ni pakai jeans cap Giant je. tak sanggup nak beli Levi's dah sebab takut tak dapat disarungkan kebadan. setereeeeessssss !


so to tell you guys the truth , banyak benda dah jadi. good things pun banyak Alhamdulillah. jenuh ah aku nak mengingat balik. nak cerita pun macam hambar je. sorry my dear stalkers korang boleh simpan balik pendrive korang sebab nak save isi blog aku. wahhhh diva sangat kan ayat. matiklah feeling ada stalkers. padahal reader pun tak sampai 10. haha ! so sekarang ni update tu bebel macam biasa je dah la. tak tahu nak start dari apa yang best sangat. yang penting beri impak dalam life tu , wah ayat nak grand kann benci je rasa. yang grand tu takde la sangat. ada la improvement. macam Ipad2 , smartphone baru gitu gitu je la. cehhh nak jugak beritahu tapi ala ala style rendah diri. ptuihhhh. ahaha ! kena petir baru kau tahu Nurul Ain. :D okay saja je gurau senda dengan korang. lama tak update kann. baru la mesra gini. :P


okay lah first nak cerita tahun lepas raya and puasa such a blessed. ada Imaan semua so sempat buat BBQ lagi. nak cerita taruk gambar sekarang pun rasa macam psiko sangat kau tetiba bulan Maulud nabi update cerita raya. tak ke pelik nau tu kan. raya Haji pun Alhamdulillah aku managed to balik Labuan. gigih kerja simpan cuti semata nak balik raya sana. dengan Boo dah macam anak gajah je gayanya. dia kan selalu makan fish je kerjanya. sama je perangai dengan Ian. pantang dengar tapak kaki terus melompat. tapi yang tak boleh blah si Boo ni dia kan selalu duduk tepi beranda. lepas tu bila nampak burung terbang dia feeling dia boleh terbang agaknya tu yang tergolek jatuh kebawah. sampai pecah pasu bunga. sabar je lahhhh. dah tinggal berapa je la nyawanya haaa. Dol pulak kurus. mungkin terlalu kerinduan pada aku dan Shinbey. well , Shinbey hilang so semua assume dia dah mati. :(( the only persian betina aku dah takde la kiranya. :/


bukti Boo anak gajah.



selain dari tu , bila balik Labuan dapat bermanja dengan Mama Abah. dapat la kasut Nike untuk jogging sebab katanya berat dah naik dan stamina tak secergas dulu. ye la nak buat acane dah setiap hari dok  makan banana muffin. lepas tu bila orang order kek ke cupcake ke , yang lebihan acuan aku sumbat dalam mulut aku. mana la tak gemgems khennnn. tapi aku sebenarnya tak nak bazir. tu yang makan je semua. wahhh defensive tak habis habis. :D akan tetapi , sejak sampai bulan Jan ni , boleh kira dengan jari je baru berapa kali aku pergi jogging. busy wehhh. tak sempat. so aku rasa bersalah dengan diri sendiri sebab tak konsisten. benci.

pemberian bapa.


okay next story ialah Kak Ika dah kahwin yeayyyyy ! jauh okay pergi Kuala Nerang. i thought tak la jauh sangat. rupanyaaaaaa. tapi aku sebagai co-pilot adalah berjaya. terima kasih kepada Ipad dan line Celcom yang penuh , Google Maps dan peta kad kahwin. walaupun smapai pukul 6 , kenduri orang pun dah susun khemah nak kemas , tapi dengan gigih aku and gang datang jugak. dah habis kerja memasing pukul 2 lepas tu nak bersiapnya segala. tunggu Pakwan ratu cantik la apa la semua dah pukul berapa entah gerak. bila sampai tu , pengantin pun dah tukar pakai baju kurung biasa je. tak sempat nak bergambar dengan pengantin dengan baju kahwinnya. tapi takpela yang penting sampai jugak kitorang rumah Kak Ika. sampai jugak hajat kami semua nengok kakak kami kahwin. walaupun plan asal aku ialah bermalam rumah Kak Ika untuk jadi bridemaid dia tapi sebab kena sabotaj dapat kerja malam masa tu. sedih iolls.



pengantin ialah yang tengah. sekarang dah tak pengantin baru pun.



haaa tu lah serba sedikit yang terjadi. semua macam happy je. ada hikmah semua ni jadi tau. selama ni sebab nak jaga hati orang , aku macam rasa terbeban diri sendiri sebenarnya. terlalu rasa takut lukakan hati orang sampai perasaan sendiri tak kisah. cehhh drama TV3 pulokkk. bila dah takde apa dah belajar berdikari ni semua baru la nampak. Alhamdulillah la. betul lah orang kata rezeki tu datang dalam pelbagai keadaan. bukan duit semata. kebahagiaan itu juga rezeki. semua itu datang dari Allah. sekian tazkirah dari ostajah Ain *betulkan tudung*. life pun pretty much good. better i must say. :)) walaupun begitu , diriku ini tetap single lady gittewwww. so kalau dapat jemputan kahwin rakan rasa macam gelabah sikit nak pergi sendirian. nak bawa Anuar Zain kan over sangatttt. nanti paparazi datang menerpa. wahh matiklah feeling kahwin artis. haha ! :D well , bulan depan kawan baik aku nikah. memang bffe so walaupun HOD hold cuti , akan kupujuk beliau untuk cuti hatta sehari pun jua serakian alam. ewahh sastera nak A+ aje. baking pun Alhamdulillah bagus. ada good news sebenarnya pasal baking ni. my first big project la kiranya tapi bila dah confirm nanti , insyaAllah aku update la ehh. hehe. akan ku tepek gambar sekali. sekarang ni ikan masih didalam air. haaa gitteww peribahasa iolls. chuolls faham ke idak tu pepandai la google sendir ye. tapi dalam masa yang sama , risau jugak tapi kena percaya pada diri sendiri. tanpa keberanian mimpi tak bermakna Nurul Aiiinnnn *jerit macam Afdlin*. another good news is , aku akan jadi aunt again. Imaan nak dapat adik dalam bulan April ni kot insyaAllah. :) 


jadi dapatlah aku simpulkan , *wah walaupun aku tak update lama tapi style karangan BM tu belum terhakis nampaknya disini* bahawa beberapa bulan kebelakangan ini , aku rasa gembira dan bahagia. bahagia yang kau tak boleh beli dengan duit or materials. ;) mungkin juga sebab aku belajar untuk positifkan semua benda kan. kalau ada perempuan gila dekat tempat kerja benci aku pun , aku feeling la sebab aku ni kan bijak bestari , ada kasut kerja yang cantik dan badan ala model/pramugari bila pakai uniform tu so sebab tu dia dengki dan benci aku. haaa nampak. nampak tak positif aku tu dekat situ ? :D oh sebelum lupa , mari aku kongsikan gambar aku yang latest supaya korang tak tertanya tanya aku ni berisi tahap mana.




gambar sewaktu bercuti semasa Krismas bersama keluarga. abaikan Mokmoks sebelah aku tu.


walaupun korang nampak tak la berisi mana tapi kalau tengok secara real , pipi dah macam pau jugak la kan. lepas tu bontot besar bakul jugak lah. sexxyy gittew. *petir* well , nanti bila aku ada semangat yang gigih , aku update lagi ye. hihihi. 



see you later alligator ! ;) byeeeeee, <3 div="div">




No comments: