Thursday, January 31, 2013

Perak ; With Love and Cupcakes



helloooooo.. so finally apa yang aku dok risau dan nervous last entri dah pun berakhir. agak lambat la update dekat blog ni sebab malaih nak transfer gambarnya haaaa. nak update guna smartphone masih belum ada kesabaran yang tinggi. jadi redha je lahhh. padahal pemalas sebab nak selecet gambar pastu tekan easy touch dia lari lari. ye lah jejari kegemukan katanyaaaa. padah makan vitamin C buat macam gula gula. tu yang badan macam kena pam selera makan kalah gorgon mengandung 18. so marilah aku nak cerita kisah pergi Perak dan buat cupcakes. cerita dia big news aku tu ialah aku dapat order dari orang untuk buat doorgifts. cupcakes chocolate sebanyak 800 biji. hambikk kau kemain aku berkuntau didapur bakar segala. mujur la keluarga membantu dan Niza pun datang tolong. 


cerita dia mulanya aku dah minta boxes dari customer awal awal lagi. sebab aku macam dah planned la nak buka kotak , gunting ribbon semua untuk decoration kotak kan. so if buat slow slow lama lama siap la. sebab aku tahu kerja ni renyah sikit. mana nak gunting pastu gam segala lagi kannn. tapi nasibku kurang baik , 2 hari sebelum baru dia bagi semua benda. memang kotak semua dia beli siap. aku just buat cupcakes and packing. tapi bukan setakat itu sahaja ye rakan rakan. diberinya kotak yang belum dibuka maka gigih la aku nak buat. dah la 23 tu kerja 12 jam. yang 24 tu dah plan nak pergi Perak dengan family sebab bapa datang. gigih jugak la malam tu aku buka dulu kotak siap siap. pun tak dapat buka  banyak sebab energy level dah rendah dihabiskan unntuk kerja 12 jam.


the boxes.

soooo sebab 24 semua cuti since that day kan Maulidur Rasul jadi bangun awal la. keinsafan yang tinggi. kemain breakfast dekat Penang kauuu. dekat Jalan Argyll. kalau orang biasa kesana memang tau la breakfast merpati. actually biasa je roti bakar sapu marjerin and gula. tapi syok tengok burung merpati. terasa berada di alam semulajadi. feeling snow white sangat kannnn. on the way balik tu banyak la pulak ha tempat menyinggah. aku ni dengan banyak kerja pastu mana nak cuci kain segala kan sebab memang dah rancang on 25 untuk cupcakes sahaja. tak gerak kemana dah. seklai sampai rumah alahaii sakit perut PMS pulak. terbantut sekejap segala kerja aku. biasalah aku ni merancang aje. Dia yang menentukan. ye takk ? itudiaaa ostajah Ain. *betulkan tudung* baru je duduk lepak sekejap tunggu kain siap segala terus zasss pergi Taiping. hanya satu sebab je iaitu nak makan kueytiau Doli. rasa dia ? okay lahhhhh. dah la sampai sana tu hujan lebat. nak keluar kereta kemain berlari lari. aku dah risau takut la jadi macam kejadian dekat Seoul Garden yang jatuh macam skating tuh. haha ! sekali lain yang dirisaukan , lain jadinya. tengah aku lari lari laju tu , Kakak buka pintu kereta kena dadaku. pergghh lebam memang sampai hari ni la baru menghilang. sakit baq hangggg. :D but sebelum tu kami beli cempedak goreng sedappp ! lepas je tol Kamunting tu kan ada orang jual tepi jalan. memang best gilaaaa. memula ingat tak sedap sebab aku kan dok teringin nak cempedak goreng. sapa follow twitter dengan insta tau la aku dok cari benda tu. beli beli semua kurengg aje. nak ke GH Penang semata beli cempedak goreng sedap tak berbaloi. sekali pergi Taiping jumpa yang sedapp. lepas tu singgah masjid dorang solat aku mengunyah cempedak je la. thihihihi.



taman tasik taiping



kueytiau Doli bagi aku biasa biasa je la. sebab aku kurang sikit makan kueytiau. Char Kueytiau pun baru je bejinak jadi makanan asas. sepinggan RM7 memang banyak gila la weh. semua orang tak habis. aku je yang habis makan tu. tak tahu la sebab lapar ke , sebab PMS ke atau memang sebab aku ni jenis makan banyak. Abah habiskan kerang je. haha. comel. tapi kalau kau tak makan dengan sambal cili dia tu , rasa tak kick. sedangkan aku yang tak makan pedas ni pun kena ambil sambal cili dia. lepas jalan Taiping , pergi Kuala Kangsar. Taman Tasik cantik aku sukaaaaaa sebab banyak pokok rendang. iolls sangat suka panorama macam ittewww. rasa damai je. ewahhhh. lepas tu pokok tu semua banyak yang merendang kedalam tasik. aku dengan Angah dah getik nak pergi panjat pokok duduk atas tu. then ke Kuala Kangsar pun cantik jugak  la. main lompat lompat. bapa pun join sekali ambil gambar melompat. dekat insta ada la gambar tu kan. nanti nak pergi lagi la Kuala Kangsar. walaupunnn sudah kubedal kueytiau sepinggan masih mampu makan cendol gerai no9. sedap gerai tu. laksa dia pun sedap. :P lepas tu nak makan durian tapi tak banyak. sedihhh. :(( gambar tak banyak pun. aku just snap gitu gitu je. tapi walaupun guna hp je sekarang gambar tetap menawan kauuuuu *petir* tapi serius gambar diatas memang guna hp je. lepas tu on the way balik ingat nak lelap la mata sebab nak berjaga malam untuk buat cupcakes. lagipun sleepy sebab effet pain killer kan sekali bapa dan kakak sembang kuat macam apa je riuh terus join venture. 


so balik tu lepak lepak jap tengok tenis Australia Open baru la start the journey. kira macam nak baked dulu separuh sebab takut tak sempat kan. tapi bila fikir balik , alah buat je la semua. senang. tak la rushing sangat nanti sebab boxes belum habis buka tau. ribbon pun banyak lagi tak potong. tapi aku macam relaks je lagi. mata memang kuyu dah la. tak cukup rehat. but paksa jugak. dalam pada tu ada jugak yang tanya sempat ke nak siap ni sempat ke buat mampu ke. terus stress tiba tiba. :D


tak sampai separuh pun ni.

so bila dah baking tu kena pilih pulak yang mana produk bagus ke tak. bila dah asingkan aku macam dah nak shut down. aku naik atas mandi semua. hajat nak gunting ribbon la sekali tertidur macam tu je. next day , adalah the big day tu la kan. Niza aku kerah datang pukul 7 lagi. haha ! so pukul 5 aku dah start cukupkan cupcakes then sejukkan. sebelum aku nak proceed dengan decoration , aku siapkan boxes. that day aku rasa masa macam cepat gila. tak percaya betul. by 11am gitu , bapa yang cuak lebih taku tak sempat. dia kalau dia panik mula dia push orang. aku pun macam rasa nak naik angin. tapi sabar. sebab itu adalah bapa lagi satu malu la nak merajuk depan Niza. hahaha :D masa buat tu risau memang la. aku fikir takut tak sempat sebab aku mana ada pekerja. yang tolong pun Angah Kakak Abang Bob and Abah. pagi dorang semua kerja. tinggal aku and Niza je yang bersilat didapur. seriously aku cuak sebab takut tak siap by 6. kalau siap pun aku takut tak perfect. ketara sifat perfectionist aku tu masih tersisa. ecewahhhh. over kauuu Nurul Ain. buat kerja ni , aku tak makan dari pagi. tak sedar yang sikit makanan pun aku tak masuk perut. tapi Niza sudah kuhidangkan kek dan air segala. siap goreng kopok lekor untuk semua orang bila dah hujung hujung nak siap packing. tapi aku tak give up sebab aku takut nanti rosak reputasi. takut orang marah pun satu dah bayar tapi kerja cincai. selain tu , aku letak diri aku sendiri as customer. aku nak aku puas hati bila aku order something dari orang. kualiti penting baiiii. Alhamdulillah berkat pertolongan semua , doa mama nun jauh di Labuan and Tuhan tolong , i managed to finish it by time. syukur gilaaaaaaaaaa. rasa nak nangis pun ada. rasa nak tidur terus pun ada sebab aku memang flat. dengan tak cukup tidur semua ada la kan. period lagi la sakit pinggang. tapi Alhamdulillah aku berjaya siapkan my first big project. bangga dengan diri sendiri. maybe pada sesetengah orang alahai apa la sangat tapi to know that aku masih baru , kursus pun tak pergi apa semua , memang berdasarkan minat aku buat ni so orang order 800 tu something yang big deal. syukur sangat la atleast orang suka makan air tangan aku. tu je aku fikir. sungguh. :') sebelum ni setakat untuk tunang 20-30 biji tu biasa la. kek pun sebiji tak renyah. tapi ni rasa macam wow Nurul Ain kuat sebenarnya. thihihi.


ready to be sent !


gambar close up nanti la bila free akan ku upload lagi. kalau ingat la kan. tapi decoration untuk VIP guests memang renyah gilaaaa. nak buat icing love segala kan. yang biasa aku letak crumbs. feedbacks Alhamdulillah ramai kata sedap. seronok. sebab orang kata sedap jadi aku boleh feeling DC Cupcakes. hahaha. takde lah gurau je. aku memang seronok pun kalau orang suka makan makanan aku masak or buat. siapa pernah rasa tu tahu la. kang kalau aku kata sedap kang bersara Chef Wan pulakk. tudiaaa tak agak agak tinggi diri. matiklah kan nak cantas Chef Wan. masa buat semua ni , semua cakap nanti  kalau adik kahwin tempah je la. tak larat nak buat semua. haha. tapi betul jugak. tu baru ratus dah penat. kalau ribu memang lagi la berkuntau dekat dapur tuh. terus nak fikir 8 kali betul ke aku nak buat DIY wedding. ahh kau calon pun takde nak wedding segala jadah entah. lepas siap hantar cupcakes semua , rasa macam lega gila. segala kerisauan ku hilang begitu saja. then dinner belanja dorang makan besar dekat Route 69. sebab kesan ubat belum hilang , mengantuk aku tidur dimeja makan. memalukan pulak dah besar pun tidur merata lagi. ahaha :D pengajaran aku dapat ialah untuk packing , aku memang kena tegas untuk minta boxes etc lebih awal if customer nak beli sendiri. and aku kena make sure yang mereka beli kena masuk elok dengan decoration cupcakes aku. sebab aku jadi tak puas hati kalau ribbon tu bercampur warna warni tak serata. oh well , perfectionist la katakannnn. puii. :D but overall , memang good memories. pelajaran baru. pengalaman baru and Alhamdulillah a very good start untuk 2013. :))


so doa aku semoga dimurahkan rezeki untuk terima lebih banyak order. harap korang pun doakan aku sama. thanks in advance. :) doa semoga impian aku nak ada bakeri tercapai. dah ada bakeri baru boleh nak sambung Masters. *ugut diri sendiri. dan kerja sekarang walaupun penat tapi at the same time membahagiakan aku sebab dari situ aku dapat kumpul duit sikit sikit untuk diri aku and bakeri. InsyaAllah kalau ada rezeki umur panjang , wujud la Blissful Bites nanti. ewahh nama nak english je. padahal letak nama kedai kek Mek Ain pun boleh jeeee. haha !


well till then. nanti aku nak cerita pasal kek Butterscotch dan juga kek Peppermint Choc Cake yang aku buat last week. ada ceritanya jugakkk. hehehe ;)







No comments: