Tuesday, April 24, 2012

Diari Seorang Pekerja Berdedikasi



#tajukkecil ; Busy Nak Arwah. :/


hye ! wah ceria la kononnya kan. padahal kalau tengok depan ni dah macam apa rambut serabut kucar kacir pakai baju gebeh gebeh muka pun dah macam apa je. tapi sebab nak jadi blogger berdedikasi , pekerja berdedikasi jadi haruslahh kan update walaupun tak tahu nak cerita apa. hihihi. sebab feeling macam best sangat jadi nak update je pasal kerja. yeayyy dah ada kawan ! haha :D. masa takde kawan hari tu cakap dekat  Mama and few friends la yang takde orang kot nak kawan dengan aku. sekarang dah ada la. kawan cakap cakap tu dah ramai la tapi yang teman makan semua sorang ni je. dia kalau nak lunch ke apa ke mesti ajak aku.  ok la tu kira ada teman. takde la sambil makan tu dok baca suratkhabar je keja aku. ilmiah sangat lah kononnya tuuuu. well , Nurul Ain kottt. mana boleh takde kawan lama lama. sunyiiiii :P. kawan aku pun cakap tak percaya la if aku takde kawan. fine lahhh. dah kaa mesra berkawan je la dengan semua orang. takkan nak berkawan kena ada syarat pulak kot ? ;) cuma sekarang ni dengan ward aides tak berkenalan mana sangat la. just hai hai gitu je la. aku ni pulak seboleh boleh nak sembunyikan yang aku ni adik Sr. Ida la kononnya. tapi orang tanya je siapa ni , laju je geng geng front desk tu cakap oh ni la budak baru tu adik Sr. Ida. fineee. T_T. aku tak suka sangat kalau orang tahu benda benda macam ni. tak best je rasa. dah la muka kitorang adik beradik tak seiras pun jadi kalau tak mengaku kakak pun orang macam tak perasan sangat. :D


awal awal tu macam tak stress sangat. sekarang ni bila dah pandai banyak benda sikit ya hampun tuhan tolonggg memang terkejar kejar okayyy. macam nak pengsan. serius. kau tahu je lah hospital kan macam mana. kalau kerajaan tu maybe la dia punya tu macam sendu jee. wah kutuk suka hati aku je kan nak poyo dekat sini ngehehehe. tapi kalau swasta kena macam lipas kudung or ekor cicak yang terputus tuh. kena cepat dan tangkas. kau salah je nanti semua salah pasal patient tu. sebab dia macam chain tau kena bersambung sampai la patient dah selamat kena check dan balik rumah. phew ! makan dekat hospital pun ala ala je. tapi boleh la isi perut. breakfast bayar RM1 untuk 1 meal pastu lunch RM1.50 satu meal. murah tu memang la best tapi lauk semua manada rasa T_T. macam pesakit dah jugak cara makanan. yang selama ni sepanjang hayat mana pernah makan sup akar teratai tapi sekarang dah makan tau. TT_TT tapi sebab tak nak bagi perut berbunyi nanti patinet dengar maluuuuu so makan je la nasi. boleh la dari takde. orang Somalia makanan pun takde okay Nurul Ain jadi jangan nak over sangatttt nak makanan yang best. tapi terliur jugak bila tengok ada doktor selalu bungkus Kennys bawa balik. :/


jadi sebab minggu ni shift pagi je semua kan so rasa macam penat sangat. ye lah pukul 630 dah keluar rumah. keluar okayyyyy bukan bangun then 5 macam tu baru balik. sekarang dah tak tengok TV sangat. rasa cepat je masa berlalu. nak tengok Revenge pun tak sempat wuwuwu sedihhhh. nak emo emo dekat facebook adik keling pun tak sempat jugak. ye la kena tidur awal kalau tak esok dekat tempat kerja jadi anak badak anak singa segala la asyik nganga je menguap kan. malu okayy as a perempuan melayu terakhir. 


sebab konon stress kerja maka hari sabtu lepas pergi lepak Bagan Ajam. alah tepi Pantai Bersih tu. dah la hari kejadian tu bangun pukul 4 pagi lagi sebab nak gerak pergi airport hantar Abang Ipar pergi US then hari sabtu ramaiiiiiiiiii betul orang sebab doktor halfday and orang ramai cuti kan jadi berebut rebut terus tangan kurita la jadinya. jadi sebab konon nak release tension la sangat kan over je macam biasa so lepak la. beli goreng pisang sedap dulu then baru pergi pantai. 





nampak tak calon pekerja cemerlang dekat sini ? nak release tension la sangat tapi sibuk keluarkan kertas doctor's code untuk hafal supaya if apa apa senang sebut je code doktor tu. ye lah sebab Dr. Tan bukan seorang. ramai. okay lupakan pasal kerja. air bandung cincau ni sedapppppppppppppppp. dia tak manis sangat. lepas tu cincau dia bukan cincau tawar tau. ada rasa. arghh sedap gila. tengok pun dah tahu. ye lah ambil guna kamera hp je so takde la nampak sedap sangat kot. padahal time ni ada je DSLR. tapi malu ahh. :P nak makan Yong Tau Fu tapi takde orang yang nak teman sekali. nak makan sorang memang tak ah. sebab dah rancang dalam kepala nak makan PizzaHut. thihihi. rancang tau. saja nak drama macam biasa feeling aku ni seorang yang organize la kan. matiklah perasan masuk bakul. bila masuk PizzaHut order macam macam lepas tu aku seorang je dah belasah 2 mangkuk sup. memang perut gorgon. tak faham betul kenapa jadi macam ni makan banyak. wah matiklah buat buat tak faham kan. :P


kerja setakat ni takde orang mengorat lagi. amboiiiiiiiiiiiii perasan cantik tau. haha ! :D mana la nak ada orang mengorat. nampak pun tak. aku kan duduk belakang tabir je selalu. jarang jarang je keluar. jadi orang jarang nampak aku. tapi if nampak memang perasan la sebab aku sorang je baju lain. ;) ramai Chinese yang datang. Indian sikit sikit and Malay jarangggggg sangat. so nak cuci mata memang tak lah. nak usha doktor pun tak mampu. doktor selalu busy berkurung dalam bilik. nak kata anak dara semua doktor lelaki dan tua pulak. aishh mata pangkah la macam nih X_X. tapi aku kan macam garang kalau orang sengaja je macam nak salahkan aku so tadi aku dah keluarkan taring dah sikit. memang la baru lagi kerja tapi mana boleh suka hati nak put the blame pada orang baru je. wahh sukatik je kan. ward aides tu datang tetiba pastu cakap dekat senior aku tu " you jangan la marah I. marah la budak baru tu sebab dia yang rosakkan mesin tu ". aku tak tahu la dia nak bergurau ke apa tapi selama aku kerja situ setiap kali selisih mulut aku ni nak rabak dah ha senyum dekat dia tapi dia boleh menonongggg je buat tak nampak aku. tak ke over queen sangat macam tu ?? so bila dia tetiba cakap macam tu tadi aku pun apa lagiiiiiii terus la cakap ' bagus la salahkan orang nanti kita pakat kutip dekat akhirat esok lah yeeeee ' terus dia senyap. nak bergurau ? ha tu la gurauan aku pun. :P memang la aku orang baru and ofcourse la aku akan buat salah. kalau tak macam mana aku nak belajar kan. if tak buat salah tu namanya tak buat kerja. tapi aku cakap awal awal la , bukan senang nak cari salah aku kalau aku buat kerja hati hati. amboi suka perasan. tikam diri sendiri sebab over perasan bagus sangat. :D


cuti takde banyak jadi aku sengaja malas nak request cuti segala. kerja je la ikut jadual. sebabnya aku nak simpan cuti nak balik raya dekat Labuan and nak jahit baju melayu kucing aku 7 ekor tuuu. hehehe. semangat sangat lah kan kalau pasal tu. puasa sunat dah jarang sekarang nih. tu tak fikir pulak. lepas tu kalau fikir rasa bersalah kejap dah lupa. apa laaaaa. :/ tapi nak cerita jugak baju raya tahun ni polka dot kecil kecil. cotton yang mahal lagi tau. wah nak jugak cakap mahal. lembut je kain dia. padahal baru beli yang bajunya. part kain tak beli lagi. ye lah mahal jadi tak cukup duit lagi nak beli. jangan esok aku beraya takde kain dah la T_T fine feeling anak jutawan la kan baru rasa berst sikit padahal takde makna apa pun :D


nak update pasal kedai makan best. nanti lah bila free lagi. mengantuk ni acane nak update ? letih okayyyy kerja hospital. tengok orang sakit pun kadang kadang rasa sakit sekali. tapi bila tengok couple datang tengok gynae or new parents datang jumpa paed ke , rasa bestnyaaaaaa. terus rasa nak feeling isteri mithali dekat situ jugak tukar suara cakap lembut lembut. tapi aki selalu cakap dekat aku jangan kalut sangat aih tapi aku rileks je sellau senyum. padahal memang cuak sikit. senyum tu sebab konon nak bagi aliran tenaga positif. motivasi sangat lah tu kononnya. kononnya lahhhhhhhh. :D







No comments: