Friday, April 27, 2012

Sekarang Kita Jadi Mak Mak Pulak


#tajukkecil ; Masak Memasak.


assalamualaikum. haa tengok kesopanan disitu. sebab nak update konon gaya ala mak mak kennnnnn jadi haruslah bersopan gitewww. supaya terserlah ciri ciri kewanitaan dan seorang bakal isteri yang mithali lewww. *lempangs* okay la sebenarnya hari ni cuti jadi berazam over macam biasa nak update 3 post sekaligus. baru terer-oke ! macam biasa cuti pun bangun awal lah ye sebab dah terbiasa dan juga latihan untuk jadi isteri mithali lah ni. cuma yang tak berapa nak mithali nya kalau cuti ni dah bangun pun boleh tidur balik kekdahnya.. eh eh sungguh anak dara zaman moden. kalau Mama baca ini memang mati. zassss gitu kena bebel kan. jadi lepas bangun tidur balik dalam 9 lebih gitu , terus kemas rumah. cuci bilik air segala lah.. sambil mop tu feeling la sebagai seorang surirumah yang berdedikasi. drmaa je macam biasa kan. ingat , kata kunci dekat sini ialah berdedikasi. tapi sebab lapar then tak tau nak makan apa , sambil tunggu kain baju tu kita rendam 2 jam , perut lapar maka masak la bihun sup jenama Pama. -_-. potong sotong 3 ekor , sayur brokoli lebih sikit , lobak merah then kubis daun kita campur sekali. dah siap potong daun sup , cili padi sebagai hiasan sebab poyo chef , perah asam limau nipis then tabur bawang goreng buka channel Astro kita makan depan TV. Alhamdulillah kenyang. terus mood remaja balik sebab makan makanan segera je campur sayur sayuran. :P


baiklah , umum mengetahui *wah ayat over karangan bahasa tauu. bajet sangat lah ni* aku kan suka baking. tapi rasa macam tercalar imej hari tu buat cheesecake tak sedap sebab takde serbuk cinnamon dekat kedai jadi rasa dia terus buruk. maluuuuuuuuu. tapi harap kek lain dapat cover perasan segan imej tercalar keran cheesecake ituh. dah la sendiri tak makan cheesecake kan. since aku ni asyik la suka baking jadi dekat blog aku selalu cerita pasal kek cupcake dan biskut. akan tetapi aku boleh je masak masakan untuk makan dengan nasi. gila kau kalau tak tahu. nanti aku nak makan nasi dengan apa ? kicap and telur mata ? ahh sedap jugak macam tu pun tapi jangan nak over hari hari makan macam tu jeeeee. if kita ni friend dekat facebook ada la nampak aku upload gambar aku masak kerabu udang la , umai la , asam pedas la , tu la ni la. saja menunjuk. wahh mengaku kannn. ngehehe. aku pun tak faham motif orang upload upload ni kan tapi bagi aku satu je , sebab aku nak beritahu orang lain aku masak tu sebab tu aku upload. kalau aku tak nak beritahu , aku tak upload dah. tihihihi :B


jadinya hari tu aku masak ikan siakap kukus. sedap okayyyyyy. mungkin sebab aku selawat dan bismillah sebelum masak. lepas tu campur rasa kasih sayang tu yang rasa sedap. cuma pedas je la. sendiri tak makan pedas tapi overrr kan poyo nak buat gaya ala chef jadi potong cili padi 5 biji je pun tapi ya hampunnn pedas gils. tapi sebab ikan , aku meratah je la. tapi masam masin semua lengkap ah. tak caya kalu , tanya Angah and Abang Bob. aku tak la kata aku pandai masak tapi setakat ni boleh la. edible lagi la masakan aku. but kalau korang nak aku puji diri , aku rasa ye aku boleh je masak. haha ! :D ala semua orang boleh masak lah. nak dengan tak nak je. tapi Mama selalu ajar kalau masak kena la ada kasih sayang. tak reti masak macam mana pun masakan tu mesti akan sedap. and ia adalah benar ! tapi kalau tak sedap jugak mungkin takde deria rasa. :/ aku pun tak tahu macam mana dalam adik beradik aku , aku macam rajin masak sikit lah. dah la Mama ajar masak pun gitu gitu je. ajaran Mama ialah ' bawang sikit , garam sikit air sikit ' tapi aku pun tak tahu lah sikit tu sikit mana. kalau tanya mesti akan Mama jawab " agak agak je lah " . baiklah. dan kerana agak agak itulah aku boleh masak banyak masakan dah. ewahh over lagi macam seorang chef.



gambar bukti Nurul Ain masak. kalau curi gambar ni dosa. :P

okayyy , ni la ikan siakap yang aku erita tuh. lama betul baru sampai main point.  jadi sebab ada orang tanya macam mana nak buat , mari aku kongsi resipi. ni pertama kali tau kongsi resipi masakan dekat blog. senang dan cepat. serta sedap ! tak percaya ? hanya dengan try masak je korang boleh yakin bahawa ianya sedap ke tak. ini resipi Mama yang aku pernah baca dalam buku resipi masakan Mama tak tahu dari tahun bila entah. tapi ada banyak resipi dalam tu. aku selalu curi curi baca dan hafal resipi dia. :P selain itu , adik adik kalau ada yang baca blog akak , wah akak tau sekarang. sopan betul. sukaaaaa tau , bolah la try masak untuk keluarga adik makan. tak susah dan tak merbahaya pun. lepas ni bila masak ni , mesti keluarga suruh adik adik masak untuk makan tengahari setiap masa. eratkan kasih sayang gitewwwwwww. feeling iklan tak sudah resipinya belum lagi bertaip. okay sekarang resipi :/


resipi ikan siakap kukus.  * wah skema tauu. kalau tulis stim kang korang ingat ikan tu yang ..... hoi apa nih ? *

  1. ikan siakap. ofcourse la kan. tapi kalau adik adik baru nak belajar masak , duit pun tak banyak nak beli ikan siakap dekat Econsave setiap hari Sabtu awal pagi sebab banyak ikan segar , boleh la try guna ikan kembung dulu. tadehal.
  2. garam sikit , tepung jagung setengah sudu dan lada sulah sikit. *perap ikan dengan bahan bahan ni dan biarkan dia alone sementara*
  3. limau kasturi ( ambil air dia je tak kira la berapa biji. tengok ikan la. if seekor dalam 4-5 biji giteww leww)
  4. minyak masak sikit
  5. garam
  6. cili padi potong kecil kecil macam dalam gambar ye. korang kalau tak makan pedas jangan poyo chef macam aku nanti nak makan pun rasa macam naga asyik ternganga mulut kepedasan. tapi biasa cili padi yang panjang ni tak pedas sangat tau. yang kecil tu yang pedas. tapi cili ni maybe datang dari Indonesia ke apa tu yang pedas sangat. ehhhhhhh overr melalut. :P
  7. serai dalam 2 batang hiris halus halus jugak. 
  8. daun limau purut , halia muda dan bawang putih pun dihiris halus halus. mayang pun boleh. nanti korang jugak yang nak mentekedarah nanti. 
  9. 1 sudu teh tepung jagung lagi sekali dan sedikit kiub pati ikan bilis.

cara cara ;

  1. sebelum masak tu dah tentu tentu la kena cuci ikan tu sampai bersih. kena buang segala perut dia. then bila dah sejat ikan tu selepas dibersihkan , perap la ikan macam aku ajar tadi. biar je dia sebati.
  2. dalam bekas lain , campur je semua no 3 sampai no 9 tu. gaul gaul sikit. then letak tepi biar dia sebati jugak untuk menjadi sos.
  3. ambil pengukus , letak air , kukuskan la periuk tu.
  4. lepas air dah panas , kau letak ikan dlaam bekas yang tahan panas , lepas tu atas ikan tuang semua sos yang korang campur tadi. kukus la lebih kurang 10 minit or agak agak la. cucuk la dengan garfu sikit sikit tengok ikan tu dah masak ke belum.
  5. kalau dah masak , ambil nasi dalam periuk , ambil ikan dengan kuah sos sikit , duduk deapn TV buka Astro makan la nasi. ehh macam tercerita keadaan dan perilaku chef pulak. ahh lantakkk.

haa tu je cara cara masak ikan kukus ni. mudah je kan ? tu la korang tadi tak nak percaya cakap aku. ingat aku over je drama cakap senang ? aku ni masak pun tak la leceh. simple je janji sedap. tu yang penting. tapi ada je yang masak tak tahu rasa apa but cakap sedap jugak. tapi aku serius kalau tak sedap aku mengaku je. macam cheesecake ke apa ke kalau tak sedap aku mengaku kannn ? ha giteww la baru jujur. :P wah matiklah puji diri sendiri kata jujur. bencik tau.


senang je kan adik adik ? apa lagi sekarang jugak pasang impian esok hari minggu nak masakkan untuk ibubapa. dari korang tengok TV je lepas tu biar mak masak sorang sorang , baik tolong masakkan satu juadah. nanti terus tahun depan boleh apply anugerah Keluarga Bahagia. semuanya bermula dengan makanan okeyyyy. :D mak pun rasa dihargai. tak payah tunggu Mother's Day lepas tu bila orang kata haram melenting nak marah marah pulak. eh. kalau nak pikat lelaki untuk dijadikan suami pun bolehhhhh. dah kata nak pikat suami kena pikat selera dia dulu kan. mana tahu masak ni pergi picnic esok terus dia ajak nikah macam Schawal tu. untung batu tenggelam dikkk. kelas tauuu nasihat. selalu nak feeling macam pakar masakan. :D


nanti la kalau rajin aku share lagi resipi kerabu udang ke umai ke apa apa ke. kebanyakkan resipi aku dari Mama. aku jarang tanya resipi dari dia. aku selalu tengok dia masak then try buat sendiri. tu cara aku belajar masak untuk jadi isteri solehah dan ibu mithali suatu hari nanti. ewahhhh positif sangattt. padahal sebab kalau tanya resipi Mama selalu akan cakap " tulah time orang masak tak nak tengok sibuk tengok Melodi je bila nak masak baru la kalut tanya resipi ". jadi sebab takut kena fire , tengok je la awal awal dia masak.


fine Mama , fineeeee. terima kasih selalu puji masakan Adek. terima kasih Abah sebab pandai beri semangat. terima kasih Baby sebab bakar semangat aku selepas peristiwa Ayam Kicap *ni rahsia kita dua*. terima kasih juga kepada keluarga sebab beri kepercayaan kepada Adek sekarang untuk jadi tukang masak no 2 selepas Mama. tetiba nak feeling contest Majalah Jelita sempena Hari Keluarga Bahagia. -_-




No comments: